Series
10573
Ting!
Ting!
Ting!
Berderet naik notifikasi whatsapp di wallpaper Iphone miliknya.
Berkerut kening Rayha tiba-tiba saja naik nombor telefon yang tidak di kenalinya. Terbaru ni hanya nombor Ibu Fika saja yang dia kenal tidak pula dia berkongsi dengan sesiapa kecuali nombor telefon itu adalah scammer.
Rayha membuka aplikasi whatsapp dan melihat nombor yang tak dikenali itu.
~assalamualaikum, helooo there..
~kau Rayha kan?
~ni aku Dyan.. make sure esok Cafe De' Luna Putrajaya 10 am sharp..
~btw jangan lupa save number aku.. aku malas nanti kena leter dengan baba aku sebab kau tak save number bakal suami kau ni. Seen..
Lekas Rayha tekan gambar dp whatsapp milik lelaki itu dan terpapar lah gambar lelaki itu sedang berdiri berhadapan bangunan besar tertinggi dunia maybe Dubai..
Typing...
~waalaikumussalam.. saya ada..
~yes saya Rayha..
~okey fine, nanti saya sampai saya send picture.
~baik lah Tuan Dyan.. tapi awak tu yang kena make sure yang awak dah save number saya as your future wife..
Tergelak kecil Rayha dengan ayat menyakitkan hati nya itu. Sengaja.. terasa annoying dengan sikap Dyan itu.
Ting!
Ting!
Rayha terus on semula telefonnya. Mesej dari Dyan buatkan dia rasa mahu mencekik lelaki itu.
{Dyan}
~tak perlu tunggu kau suruh pun nombor kau ni dah save number future wife.. kalau tak disebabkan kakak aku yang save dah lama nama kau tu aku save minah Kpop!
~apa kejadah letak dp lelaki mata sepet macam tu? Dah lah muka macam mamat pinky.. eiiuww geli aku takde kejantanan langsung..
~secara terus terang lah, aku ni tak suka perempuan banyak songeh so be prepare lah ye untuk hadap perangai dingin aku tu!
Rayha kepal tangannya.. sepatutnya pada hari pertemuan dia dengan Dyan yang secara tak sengaja tu dia patut belasah je. Sudah lah perangai tak senonoh, dingin, sombong memang langsung tak boleh dibuat suami. Sudah lah dia mengutuk dp aku tu! Excuse me tu bukan Kpop okey! Rayha tahan sabar dan kembali membalas mesej lelaki itu.
Typing...
~Hellooo Tuan Dyan.. yang awak kutuk-kutuk tu boifriend saya.. and suka hati saya la nak letak muka siapa pun? FYI lelaki tu bukan korea okey! Dah buta ehh sampai tak boleh banding kan korea dengan china?
~lagipun dia lagi gentleman nak dibandingkan dengan awak..? Serba serbi kayu.. btw saya dapat tahu dari sumber google awak kena cop G** kan? Opss terlepas..
~awak fikir dengan body awak tu boleh buat saya suka? Macam tu.. Nonsense la..
Haa ambik kau! Sebijik aku bagi.. Confirm jap lagi dia meletup.. "Ahahahaha" gelak Rayha sambil berguling-guling diatas katil.
***
Dyan terus bangun dari sofa.. panas punggung nya dengan balasan mesej dari Rayha. Berani gadis itu mengatakan dia Gay?
Rafique memandang abangnya yang seperti cacing kepanasan. Baba dan Ibu tiada dirumah memandangkan ada dinner diluar jadi tinggal lah mereka berdua.. Dyana? Petang tadi dah balik ke rumah nya dengan abang iparnya Tengku Airel Harraz.
"Kau dah kenapa bang? Aku tengok macam cacing kena simbah dengan air panas.. tergeliut kesana kesini. Kau mesej dengan sape tu? Bakal kakak ipar aku ke?" Tegur Rafique setelah tidak tahan melihat abang nya yang sudah berasap.
"Ni calon baba ni berani dia cakap aku Gay? Huhh mesti ada lagi sikit-sikit portal tentang aku dalam google tu.."
"Alah kau bang.. dengan perempuan pun kau nak ajak gaduh.. bakal isteri kau jugak tu bang.. Ehh jap aku tak pernah pula tengok perangai terbaru kau ni? Gaduh dengan perempuan?"
"Sebelum ni aku tengok kau dingin nak mampus.. perempuan tegur kau jeling je.. Tapi dengan bakal kakak ipar aku ni kemain kau berapi macam nak meletup.." ujar Rafique.
Aneh dengan perangai abangnya yang satu ini. Mana pernah abang dia berkenalan dengan perempuan.. buat pertama kali dalam hidupnya dia tengok abang dia bergaduh dengan perempuan. Sudah lah perempuan itu bakal kakak iparnya.
"Ahh kau banyak cekadak lah Rafiq! Dah lah kau tengok tv sorang-sorang. Aku nak masuk bilik. Sembang dengan perempuan ni takde faedah pun aku dapat.." marah Dyan.
Entah kenapa dia sedikit terasa dengan perkataan Gay yang keluar dari mesej Rayha. Kemana perginya perangai dia yang dingin dan sombong itu?
***
Rayha mengerutkan keningnya sekali lagi. Mesej yang dihantarnya tiada balasan selepas dia meredah lelaki itu. Takkan lah si Dyan ni terasa hati sebab dia kata lelaki itu Gay?
'Tak kot?'
Rayha gelengkan kepalanya malas mahu peningkan kepalanya memikirkan lelaki seperti Dyan. Esok tahu lah macam mana dia mahu berunding dengan lelaki itu. Bagaimana pun dia mahu tahu reaksi Dyan selepas bertemu dengannya esok.
Tidur lah Rayha. Mata kau pun dah mengantuk ni. Jam dinding pun sudah masuk 11 malam seeloknya dia kumpul tenaga banyak-banyak untuk perang mulut mana lah tahu Dyan itu banyak mulut esok. Bukan dia tak kenal lelaki itu sejak kejadian tempoh hari.
***
Dyan mengiring tubuhnya kanan dan kekiri. Entah kenapa dia rasa tidak mengantuk sedangkan dia penat seharian setelah banyak kerja di pejabat. Memandangkan esok hari Sabtu sudah semestinya ramai orang. Dia tidak mahu bertemu seseorang pada waktu kerja. Sebaiknya dia keluar pada hari minggu mungkin dapat tenangkan dirinya.
Tidak sedar bagaimana dia boleh terlelap. Akhirnya dia tertidur tidak seperti sediakala.
***
Keesokannya..
Rayha memandang jam tangan miliknya. Lagi 5minit pukul 10pagi. Seperti biasa minuman nya adalah Coffee Latte dan Churos coklat menjadi sarapannya pagi itu.
Mesej yang dihantar kepada Dyan hanya naik tanda biru sahaja tanpa balasan. Masih marah lagi kejadian semalam.
Tangan nya ralit mencicah Churos dalam coklat dan mata sedang melihat aplikasi Weibo dimana semua tentang artis China yang difollow nya sedang update photo and video. Sempat dia menekan butang like dan meninggalkan beberapa komen dengan bahasa english nya.
Bunyi kerusi ditarik dihadapannya menarik perhatian Rayha. Lekas dia mengangkat kepalanya. Terpapar lah wajah Dyan yang berkerut memandangnya.
"Kau?!" Itu saja yang keluar dari bibir Dyan disaat memandang Rayha yang merupakan bakal isterinya. Cermin mata hitam ditarik dari menutupi mata coklat hitam miliknya.
"Yes It's me Tuan Dyan.." sengih Rayha menampakkan giginya yang tersusun.
"Surprise maybe.." ujar Rayha dengan nada mengusik.
"Okey surprise.. so kau dah tahu la aku bakal suami kau?" Ujar Dyan kosong. Wajah nya sedingin-dingin ais kutub Utara.
"Hurm ye.. masa kejadian perlanggaran tempoh hari tu saya dah kenal awak." Balas Rayha dengan wajah tenang. Entah kenapa wajah dingin lelaki itu sangat ketara dihadapan orang ramai.
"Kalau macam tu kita straight to the point okey? Miss Rayha Farzana.." sambung Dyan.
"Tak nak order air ke? Takkan awak datang semata nak selesaikan hal ni saja?"
Dyan jeling Rayha.. dia hanya diam saja malas mahu buka mulut. Tidak suka bergaduh di khalayak ramai.
Rayha pandang kecik besar saja Dyan. Ini kah perangai lelaki itu yang sebenarnya? Dingin dan sombong.. hanya sepatah saja dijawab.
"Waiter.. Take order!" Panggil Rayha kepada pelayan kafe yang berada tidak jauh dari mereka.
Pandangan orang sekeliling dan ada juga yang turut berbisik-bisik sambil memandang Dyan buatkan Rayha pelik. Mungkin mereka fikir Dyan benar-benar Gay sebelum ni dan tidak menyangka akan keluar dengan seorang perempuan. Iyalah ketara ramai yang kenal Dyan hanya disebabkan tuduhan tak berasas itu.
"Ye cik nak order apa?" Soal pelayan perempuan itu sambil matanya memandang Dyan. Terpegun dengan ketampanan lelaki itu mungkin.
"Awak nak air apa Dyan?" Soal Rayha kepada lelaki itu yang tampak tidak selesa dengan pandangan pelayan kafe.
"Aku nak air Mocha hot without milk and sugar.." Balas Dyan dengan suara dingin.
"Btw hey girl.. please keep your eyes from me.. Didn't you see my future wife infront of you.. Don't you try stare at me like that!" Tegur Dyan kepada pelayan wanita itu.
Termalu sendiri pelayan itu sehingga merah wajahnya. Pandangan dari pelanggan yang berada disitu diendahkan dan dia masih kekal disitu menunggu kata putus dari Rayha. Manakala Rayha menahan ketawa dengan sikap Dyan yang tak suka di renung oleh pelayan itu kemudian dia menahan sisa ketawanya tidak mahu gadis disebelahnya malu.
"Awak dengarkan apa yang dia order tadi?" Soal Rayha kepada pelayan itu.
"Ye cik.. tunggu sebentar ye. Sekejap lagi ada orang akan hantar minuman. Saya minta diri dulu.." ujar pelayan itu lalu pergi dari meja yang diduduki Rayha dan Dyan.
Beberapa minit kemudian air milik Dyan sampai dan dihantar oleh pelayan lelaki. Mungkin pelayan wanita itu malu kerana disindir oleh Dyan dihadapan muka dan depan khalayak ramai.
"Okey awak boleh mulakan Tuan Dyan.."
"Aku nak tanya pendapat kau ni. Kau setuju ke dengan perancangan baba aku dengan arwah papa kau? Mana lah tahu kau tu ada someone special dan rancangan dorang akan keruhkan hubungan kau tu." Mula Dyan panjang lebar dengan sekali nafas.
"Sejujurnya lah saya cakap.. saya pada mulanya tak terima memandangkan saya pun baru habis study and saya masih belum sedia nak handle company papa. Mengikut wasiat arwah.. dia nak saya kahwin dengan pilihan dia jika saya masih belum ada pilihan sendiri. Kedua arwah juga nak saya warisi semua harta dan company selepas saya sah berkahwin. Lagipun separuh dari harta papa dah diwakafkan dan di dermakan ke pusat Tahfiz dan pusat anak yatim. Setakat tu je lah yang Uncle Zahid sampaikan. Katanya selebih dari itu akan dibicarakan selepas majlis pernikahan saya." Balas Rayha menjelaskan apa yang diberitahu oleh Encik Zahid selaku orang kanan arwah papanya Dato' Ruhil.
"Jadi kau ni takde someone special? Kalau macam tu permudahkan saja perjanjian dorang. Kita kahwin! Lagipun kau dengan aku sama-sama single and no in relationship tak perlu lah bincang panjang-panjang."
"Okey no problem.. small matter kan. Sebelum tu saya nak tanya awak soalan privacy harap awak tak marah lah ye kalau soalan ni sangat sensitif untuk di soalkan."
"Teruskan selagi tak memudaratkan aku. Aku beri keizinan." Balas Dyan memberi ruang untuk Rayha. Wajah Rayha dipandang serius.
Rayha menelan air liur untuk menyoalkan soalan sensitif kepada lelaki itu. Risau lelaki itu melenting saja.
Perlahan Rayha merapatkan dirinya kedepan menghadap Dyan. Dia membisikkan soalan berhampiran lelaki itu.
Tersandar Dyan dengan soalan Rayha. Ada lagi topik semalam. Masih belum percayakan dirinya.
Dia dekatkan kembali dirinya kepada Rayha lalu berikan jawapan yang jelas agar Rayha tidak menganggapnya lelaki sebegitu.
"Kalau kau rasa aku ni Gay.. kau fikirkan lah sendiri. Senang cerita kau kahwin dengan aku dan goda aku? Amacam senang tak permintaan aku? Kalau aku tergoda maknanya aku bukan gay." Ejek Dyan dengan nada sinikal. Sengaja menyakitkan hati Rayha.
"Eii awak memang.. sengaja kenakan saya." Dengus Rayha geram.
"Begini lah cik Rayha.. aku nak mudahkan jalan cerita kita."
Kotak cincin dikeluarkan dari poket dan diletakkan atas meja.
"Be my wife.. be my future mom for my son and daughter and be my Mrs Dyan.. and i will give you my soul and my love for you.. Last thing I will make sure I will take care of you untill my last breath? Do you?" Lamar Dyan dengan suara garaunya dalam nada serius. Tiada sebarang gurauan ataupun usikkan.
Terkedu Rayha dilamar oleh Dyan pada pertemuan pertama mereka. Orang ramai yang melihat mula bersorak dan tepuk tangan. Tidak sangka ada surprise meja sebelah mereka.
"Terima.. terima! Terima!" Sorak orang ramai menyuruh Rayha menerima lamaran dari Tuan Dyan.
Rayha melepaskan keluhan dan menarik senyuman manis dan selebarnya. Dengan lafaz bismillah dia menganggukkan kepalanya. Bibirnya menyebut perkataan "Ye" .
Dyan senyum sekilas tanda puas hati dengan penerimaan Rayha. Tidak lupa juga orang yang bersorak dan mengucapkan tahniah.
Setelah selesai adegan mereka berdua. Dyan membuat pembayaran di kaunter dan mengajak Rayha keluar dari kafe.
"Kira selesai lah pertemuan kita hari ni. 2minggu lagi aku suruh famili aku masuk meminang kau. Sebulan lepas majlis tunang kita nikah. Aku harap kau setuju lah dengan rancangan aku. Lagi cepat lagi mudah." Ujar Dyan dengan suara mandatorinya. Memutuskan semua rancangannya dan Rayha tidak dibenarkan membantah sedikitpun kemahuannya.
"Jadi saya tak boleh buat segala bantahan ke untuk semua rancangan awak ni Tuan Dyan?" Soal Rayha menguji lelaki itu.
"Try it dear.. I make sure our first night you will know my sight.." balas Dyan dengan nada biasa tapi ada maksud dalam kata-katanya.
Meremang bulu roma Rayha pabila Dyan berkata begitu. Kotak cincin dalam genggaman nya dikepal.
"Kalau macam tu terserah awak lah. Nanti saya cakap dengan Uncle Zahid semua keputusan awak. Kalau macam tu saya balik dulu. Apa-apa lagi awak whatsapp je saya." Pamit Rayha.. tidak tenteram berada disitu lama-lama dengan Dyan.
"Okey.. hati-hati drive. Sampai rumah massage je aku." Balas Dyan.
Rayha berjalan menuju kearah honda city miliknya yang di parkir jarak dua buah kereta dari kafe. Terasa seperti mata tajam Dyan masih terpaku kearahnya. Sampai di kereta Rayha mengangkat tangan sebagai tanda dia pergi dulu sebelum dibalas anggukkan dari Dyan yang sudah mula berjalan kearah kereta BMW miliknya.
Mereka berdua berselisih jalan sebelum masing-masing mengikuti destinasi sendiri.
Share this novel