Part 3

Short Story Series 10573

Suasana dalam kafe starbucks sedikit sesak dengan manusia yang sedang melepak dan ada juga yang beratur membeli air. Rayha perasan kebanyakkan dari mereka semuanya golongan remaja dan muda mudi seperti dirinya. Ada juga pasangan suami isteri yang baru bernikah dan ada juga yang sudah ada anak kecil. Golongan emas sangat lah jarang jika diperhatikan.

Coffee Latte Machiato Iced Blend dihirup sekali lagi. Puas hati dengan rasa kepahitan kopi latte yang melalui ruang esofagus. Tiba-tiba teringat akan nama lelaki yang di sebut uncle Zahid tadi. Dyan Raeqal.. apa yang sangat istimewa tentang lelaki itu sehinggakan arwah papa menginginkan dia bersama lelaki itu?

Iphone 14 plus dikeluarkan dari beg tangannya sebelum dia menaip nama lelaki itu di aplikasi google.

Setelah yakin nama yang dieja betul terus dia menekan butang search di carian google.

'Huh! Ambik kau Rayha.. berderet maklumat tentang Tuan Dyan Raeqal bin Tuan Danial Han'

Macam-macam lah maklumat dalam google ada tapi ada satu yang menarik perhatian Rayha.. buntang matanya sekejap, hampir tersembur kopi yang dihirup.

"Seriously it's that him? But why... maybe something wrong happen to him kot?" Tak sangka ada satu portal yang dibacanya bikin dia tercekik air yang diminum..

Rayha malas baca, selebihnya baik dia tanya tuan badan sendiri nanti. Kalau percaya bulat-bulat portal ni jadi jatuh fitnah pula.

Maklumat perihal Dyan dibuka dan satu-satu dibelek sehingga dia puas hati.

NAMA: TUAN DYAN RAEQAL B. TUAN DANIAL HAN
UMUR: 27TAHUN
PEKERJAAN: CEO DYAN' Z HOLDING'S
STATUS: BUJANG

BIODATA: Tuan Dyan dikenali sebagai seorang yang rajin dan workaholic. Dia seorang yang mementingkan kerjaya dan mempunyai pengaruh yang besar di beberapa syarikat besar di Malaysia. Lelaki melayu yang berkacuk cina ini juga sangat tampan dan sangat di kejari oleh wanita di luar sana. Sikap dingin dan tidak suka berfoya-foya buatkan ramai netizen beranggapan buruk terhadapnya sehingga banyak portal dan berita tidak sahih keluar dalam media. Walau apa pun Dia tetap membersihkan berita palsu dan mengatakan dia sedang menunggu seseorang special. Itulah kata terakhir dari Tuan Dyan agar para wanita diluar sana tidak beranggapan mengarut tentang dirinya. Dia mengaku dia adalah lelaki tulen dan akan memastikan siapa yang memfitnahnya akan mendapat habuan yang setimpal.

Terangguk-angguk Rayha baca portal tentang diri bakal suaminya itu. 'Ehh gatal kau.. siap mengaku bakal suami dah. Belum jumpa dah positif thinking ehh kau Ray..'

Rayha tersengih malu dengan perangai nakalnya yang satu ini. Sedar dia masih dalam kafe starbucks lekas dia menyedut air sehingga habis.

Dia bangun dari kerusi yang didudukinya ingin keluar dari kafe itu. Rasa mahu membeli baju sehelai dua. Tadi semasa dia berjalan di tingkat dua ada beberapa kedai dan butik yang menarik perhatiannya. Disebabkan haus dia biarkan dulu dan mencari starbucks. Mata hazelnya memanah kearah kedai baju yang berada di sebelahnya. Belum sempat kaki dia melangkah masuk kedalam kedai baju tiba-tiba dirempuh seseorang.

"Gedebuk!"

Kuat tak kuat sampai terduduk Rayha diatas lantai akibat rempuhan dari arah belakangnya.

"Ehh aku duk dalam kandang kerbau ke sampai kena rempuh begini teruk?" Soal Rayha kepada dirinya. Tangan mengurut betis yang berdenyut disebalik skirt yang dipakainya.

Belum sempat lelaki berhoodie itu pergi, Rayha memegang lengan itu sekuat tenaganya. Dikunci tubuh lelaki itu dengan teknik taekwondo yang dibelajarnya.

Ada hati mahu lari. Minta maaf tidak. Sudah lah langgar dia tanpa rasa bersalah. Ambik ni dia bagi kunci terus.

"Ehh apa kau buat ni. Aku nak lari lah. Yang kau pergi kunci tubuh aku ni kenapa?" Marah lelaki itu kerana tubuhnya dikunci sebegitu oleh Rayha.

"Encik dah langgar saya macam kerbau sondol kain merah ada hati pula encik nak lari tanpa minta maaf? Encik tak rasa bersalah ke langgar orang tanpa minta maaf macam ni?" Tegur Rayha tegas.

"Aku tak sengaja langgar kau la perempuan. Aku lari dari wartawan tu kau tak nampak ke dorang dah dekat?" Ujar dia sebelum melepaskan diri dari kekunci taekwondo Rayha.

Belum sempat Rayha membalas apa-apa lengannya sudah ditarik bersama masuk kedalam kedai baju. Lelaki itu menariknya masuk ke tempat persalinan pakaian.

"Awak ni dah kenapa tarik saya sekali?" Soal Rayha dengan suara berbisik. Geram apabila dirinya juga terlibat sama.

Serabut Rayha lihat lelaki itu berhoodie dengan kacamata hitam rayban.

"Dah kau yang kunci aku tadi? Sudah pasti wartawan tu akan soal kau macam-macam.. kau sanggup ke?" Balas Dyan melepaskan hoodie yang menutupi kepalanya. Rayban yang elok terletak atas hidung mancungnya dicabut sebelum diletakkan di kolar hoodie yang dipakainya.

Ternganga Rayha melihat gerangan di hadapannya. Baru saja tadi dia melihat profil dan biodata lelaki itu. Tup-tup dah datang depan mata.

"Ouhh awak rupanya.. saya tahu sebab apa wartawan kejar awak. Saya fikir awak ni artis maklum lah kena kejar macam zombi."

"Jadi kau tahu la pasal gosip yang baru terjadi baru-baru ni?" Soal Dyan dengan kerutan di dahi.

"Takde lah tahu sangat.. saya baru je kenal awak tadi.. sepanjang saya di Istanbul saya tiada masa nak ambil tahu pun apa yang terjadi di Malaysia." Balas Rayha dengan mata dibolak balikkan.

"Jadi awak lah Dyan Raeqal anak Tuan Danial tu? Betul lah yang saya baca profil awak dalam google tadi. Awak ni sombong dan dingin sebab tu ramai perempuan tergila kan awak tapi sayangnya awak kena cop Gay pula." Ujar Rayha dengan nada mengejek.

"Jaga sikit mulut kau tu.. aku bukan Gay tapi ada orang tuduh aku! Yang kau menyibuk nak tahu hal aku ni kenapa? Kau sukakan aku ke?" Bidas Dyan bersama jelingan tajamnya memandang gadis dihadapannya.

"Saya? Sukakan awak.. Huh! Ahahaha takde maknanya.. menyesal bagi greenlight dekat uncle.. Baik aku tunang dengan spesis Aligator.. " ejek Rayha..

"Kau diam.. dorang datang.." tanpa sedar jari telunjuk Dyan melekat di bibir Rayha. Makin terbuntang mata Rayha dengan tingkah terlajak si Dyan ni.

Rayha menahan dirinya dari smackdown lelaki itu. Sumpah dia rasa mahu meletup saja. Jari lelaki itu masih setia melekap di bibirnya. Cukup hari bulan cacat juga anak Tuan Danial ni.

Setelah sedar tiada suara lagi baru lah Dyan perasan jari nya masih melekap di bibir Rayha. Dia lekas menarik jarinya sebelum wanita dihadapannya meletup.

"Awak nak mati ke? Berani betul awak letak jari awak dekat bibir saya. Silap hari bulan putus jari awak saya kerjakan." Ugut Rayha bersama jelingan tajam.

'Uncle Danial patut tahu perangai tak behave anak dia ni.. berani dia sentuh-sentuh aku.. silap hari bulan ada juga lelaki ini jadi arwah di tangannya.'

Dyan pandang Rayha dengan pandangan mengejek.. Ini kali pertama dia berhadapan dengan perempuan mulut pedas macam Rayha.

"Kau ni tak padan dengan badan kecik ada hati nak bunuh aku? Aku tahu lah kau berjaya kunci badan aku tadi tapi tak bermakna kau tu boleh lawan aku.. cuba tengok dulu kekuatan kau sekuat mana nak lawan aku yang tubuh tegap ni?" Ejek Dyan bersama senyum sinis..

"Mulut awak eiii macam longkang tahu tak.. saya menyampah tengok awak.. sekarang ni saya nak awak minta maaf sebelum awak pergi."

"Sedap hati mulut kau cakap aku macam tu.. okey fine! Aku minta maaf sebab langgar kau tadi.." ujar Dyan mengalah malas mahu bergaduh dengan perempuan.

"Satu lagi.. tadi awak sentuh saya! Minta maaf sekali lagi.. saya masih tak puas hati dengan permintaan maaf awak tu.." sengaja Rayha mahu panaskan hati lelaki itu.

Dyan menggulingkan mata. Sumpah kalau lelaki pasti dah lama dia belasah. Banyak songeh betul perempuan di hadapannya ini.

"Okey aku nak minta maaf sekali lagi sebab langgar kau dan sentuh bibir kau tadi.." ujar Dyan dengan nasa serius.

"Baik maaf diterima.."

Setelah menerima permintaan maaf dari Dyan lekas Rayha keluar dari bilik persalinan. Berlama-lama dengan si Dyan karang jadi masalah lain pula.

Dyan kembali menyarung hoodie dan Raybannya kembali dan keluar selepas Rayha sudah menghilang dari bilik itu. Dia cuba melilaukan mata untuk mencari kelibat gadis tadi tapi tidak diketemui sebarang bayang.

Ini kali pertama dia berhadapan dengan perempuan. Dia paling tak suka jumpa dengan perempuan jika bukan kaitan hal kerja. Jika bukan sebab sikap wartawan yang menyibuk tidak mungkin dia akan melanggar tubuh kecil itu. Tapi satu yang dia tertarik dengan perempuan tu!

'Her those hazel eyes...'

Dyan tertarik dengan sepasang mata hazel tu. Ada sesuatu yang hilang dalam cahaya mata tu. Kasih sayang maybe..

"Semoga kau dan aku berjumpa lagi little girl." Sengih Dyan sebelum dia melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience