BAB 13

Romance Completed 9351

Annual Dinner Fakulti Kejuruteraan. Tema malam ini, Party. Macam kebiasaannya, pelajar perempuan yang memang terkenal dengan sifat suka melaram, mula pakai pelbagai jenis baju. Yang bling bling, yang lip-lap lip-lap, yang macam traffic light. Semua ada. Ada yang berbaju ala muslimah, ada yang berpakaian ala Madonna. Yang pakai macam nak pergi pasar malam pun ada jugak.

Aulia datang malam tu dengan sehelai kemeja putih lengan panjang, dipadankan dengan tudung bawal biru laut dan seluar slack hitam. Dia menggalas beg gitar di belakangnya. Semoga malam ni, Izzad memaafkan dia.

“Weh, Izzad datang dengan siapa tu?”

Aulia berpaling ke belakang. Ternyata lelaki itu memang kacak dengan pakaiannya. Dan di sebelahnya ada seorang perempuan. Cantik, manis, comel dan nampak kelembutan di wajahnya. Berbanding dengan dia, memang 100% berbeza. Perempuan tu pakai dress labuh. Dia lepak pakai kemeja dengan seluar slack. Perempuan tu pakai selendang belit-belit, dia pulak cuma pakai tudung bawal biasa.

Kontranya. Muka perempuan tu bertempek make-up yang pelbagai dari maskara sampai ke gincu bibir. Dia pula hanya pakai bedak Johnson Baby je. Kontranya!

“Izzad, siapa tu?”

Ridzwan menyiku Izzad yang meninggalkan pasangannya di meja sementara dia mengambil air.

“Hanis. Budak Mass Comm.”

Izzad kerling Aulia yang diam di meja dessert.

“Mana kau rembat?”

“Aku terlanggar dia hari tu. Teruslah aku ayat. Muka cantik, perangai pun elok. Stok nak buat isteri, tak macam si baran tu.”

Bibirnya dijuih pada Aulia.

Ridzwan telan air liur.

“Izzad.”

Aulia segera berlalu. Malas nak dengar apa-apa lagi yang keluar dari mulut Izzad.

“Liya, kau tengok budak yang sebelah Izzad tu.”

Shima menuding jari pada Hanis

Liyana angkat kening.

“Kenapanya?”

“Cantik.”

Liyana ketawa kuat.

“Cantik? Aku lagi berganda cantik, tahu.”

“Aulia lagi cantik.”

Suara Iza mematikan tawa Liyana.

“Maksud kau?”

“Aulia tak perlu make-up tebal macam kau dan Hanis tu. Dia datang sempoi, simple. Benda macam tu dah cukup buat dia nampak cantik.”

Liyana mencebik.

“Eh, minggu ni memang minggu membela Aulia ke? Abang aku pun asyik membela dia.”

“Aulia dah tak macam dulu, Liya.”

“What ever!”

Lampu dewan tiba-tiba dipadamkan. Hampir semua terjerit kerana terkejut.

“Lagu ini untuk dia.”

Satu suara dari atas pentas buat semua orang berpaling pada pentas.

Bunyi petikan gitar kedengaran. Irama lagu ‘150 Juta’ kedengaran. Dan tiba-tiba, lampu terpasang dan semua terkedu. Aulia di atas pentas dengan sebuah gitar di tangan!

Untuk kali keseratus lima puluh juta

Mereka tanyakan engkau soalan yang sama

Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?

Apa kau buta, apa kau pura-pura suka

Di seratus lima puluh juta kali itu

Di depan semua engkau tarik tangan aku

Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu

Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa

Tapi dia nangis tonton cerita Korea

Dia mungkin keras bila bersuara

Tapi dia jelas, jujur apa adanya

Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali

Aku pesan padamu apa yang bakal jadi

Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi

Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya

Aku pun dalam hati semacam tak percaya

Apa kau lihat pada aku jujurkan saja

Terus kau cubit dagu aku,

Sambil berkata sayang mungkin baran tak kira masa

Tapi sayang tahan kalau yang salah saya

Sayang mungkin saja keras kepala

Tapi sayang manja bila kita berdua

Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita

Bahagia kita rasa

Biar tak dipercaya

Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa

Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga

Tapi bisa nangis semata demi senja

Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena

Mana boleh tahan angin cemburu buta

Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua.

Semua orang diam. Nak tepuk tangan, tapi macam tak mampu. Semua terkedu.

Budak bengis menyanyi atas pentas. Buat semua orang terdiam terbisu tambah-tambah bila nampak Aulia menangis time tengah menyanyi tu.

“Sebelum saya mengundur diri. Saya nak minta maaf pada semua. Saya tahu sepanjang saya ada dalam universiti ni, hampir semua orang saya dah maki. Benar, saya cepat naik darah. Saya sendiri tak suka saya macam ni. Saya sendiri benci dengan diri saya. Tapi saya tak marah arwah Tok Ayah saya yang bengisnya sepuluh kali ganda dari saya walaupun kerana dia, saya dapat sikap panas baran ni.”

Aulia tergelak, hambar sambil sambal dia kesat air mata yang meleleh.

“Sebab sikap saya ni, kawan baik saya tak mengaku saya kawan. Sepupu saya malu nak mengaku saya ni sepupu dia. Lelaki pertama yang ikhlas kawan dengan saya pun dah menyampah dengan saya. Semuanya sebab baranlah senang cakap. Tapi saya tak marah mereka, saya faham. Tak mungkin mereka nak kawan dengan perempuan macam saya. Baran tak tentu hala, baran yang saya patut bawak sampai mati. Perangai tak macam perempuan. Betullah kata sepupu saya, kenapalah perempuan macam saya ada dalam dunia ni. Cuma menyusahkan semua orang. Perempuan yang tak layak dibuat isteri oleh mana-mana lelaki sekalipun. Tapi saya bersyukur, keluarga saya masih mampu menerima saya dengan kelemahan saya yang ini. Dan yang pasti, DIA juga mahu terima saya. Alhamdulillah. Anyway, enjoy your dinner. Assalamualaikum.”

Aulia tersedu sebelum turun dari pentas dengan juraian air mata. Fiza tersandar di kerusi. Atikah terkaku di tempat sendiri. Izzad terdiam seribu bahasa walaupun Hanis di tepinya sedang bercakap dengan dia. Aku dah melampau sangat ke?

“Benji, mana Aulia?”

Izzad dah pegang erat kolar Benji. Hari tu Liya kena dengan Aulia, sekarang turn abang dia pulak.

“Aku tak tahu. Lepas turun tadi, dia terus blah!”

Izzad lepaskan kolar baju Benji. Dia merengus. Aulia, mana awak pergi ni? Telefon bimbit Izzad berbunyi. Segera dia angkat bila terpampang nama Fiza.

“What? Dia tak ada kat rumah sewa korang?”

Ya ALLAH, mana budak ni pergi. Izzad dah terkaku. Mulanya dia cuma nak sedarkan Aulia tapi dia tak sangka, dia dah melampau. Aulia dah pergi bawa diri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience