BAB 2

Romance Completed 9364

“Oya, kau duduk situ diam-diam. Jangan pergi mana-mana.”

Aulia mengangguk, perlahan apabila Atikah dah melangkah ke kedai koperasi. Panasnya hari ni, Ya ALLAH!

“Eh, itu bukan budak yang mengamuk dekat dewan hari tu ke?”

Aulia buat muka. Datang dah spesies-spesies kepochi ni.

“Panas baran betul. Padahal benda kecil je. Mengamuk macam nak bagi roboh dewan.” Ujar satu suara lagi.

Aulia rasa badan dah mendidih. Darah dah menggelegak. Badan rasa panas semacam.

“Ala, saja nak tunjuk dia garang depan senior. Konon-konon jenis tak melayan lelaki padahal...”

Ketawa gadis-gadis tadi menjadi irama yang sangat tak best bagi Aulia. Sangka mereka, Aulia mendengar lagu dari telefon bimbitnya kerana ternampak wayar earphone melekat elok dengan telefon bimbit itu. Aulia bangkit dari duduk. Terdiam terus budak-budak tadi. Aulia merenung gadis-gadis di depannya itu.

“Berani jugak korang kutuk aku depan-depan kan?”

Suara Aulia bersahaja namun menakutkan. Tiga gadis itu telan air liur. Seramnya! Seramnya!

“Ada bukti ke?”

Takut-takut berani je ni.

“Hoi, telinga aku ni tak pekak lagi tau!”

Aulia tarik si gadis yang berbaju merah polka dot dan terus ditarik kolar baju si gadis.

“Eh, lepaslah kawan kita orang tu!”

Dua yang lain dah merayu. Apahal budak ni baran sangat?

“Korang diam!”

Separuh menjerit Aulia bersuara.

“Kau pulak!”

Pegangan di kolar baju si gadis berbaju merah polka dot diperketatkan.

“Seronok kau kan kutuk aku macam-macam!”

“Aulia Husna!”

Atikah pegang tangan Aulia yang masih menggenggam baju si gadis baju merah.

“Let her go.”

Namun Aulia masih tajam merenung gadis yang di depannya.

“Oya! Let. Her. Go.”

Aulia cuma senyum sinis.

“This is the price she has to pay!”

“Aulia Husna, jangan sampai aku telefon Mak Long!”

Atikah bersuara keras. Sepupu yang satu ni memang baran. Menakutkan. Aulia mendengus.

“Fine!”

Dilepaskan terus kolar baju si gadis tadi. Dia menjeling Atikah.

“Perempuan gila!”

Terus gadis tiga serangkai itu lari.

“You really can’t control your temper isn’t it?”

Aulia diam. Menenangkan diri yang masih ada sisa-sisa amarah.

“Let just not talk about it.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience