Bab 1

Romance Completed 1276668

Lisa Rindu Ayah dan Mama
Lisa parking kereta di luar pagar tanah perkuburan itu. Setelah 10 jam perjalanan dari Johor Baharu, dia akhirnya sampai ke kampung kelahirannya Arau, Perlis. Setelah selesai solat di masjid besar Arau, dia terus ke tempat persemadian Ayah dan Mamanya. Setelah 5 tahun dia tidak sini lagi. Setelah peristiwa itu..
Dia terus keluar dari kereta dengan hati yang tidak sabar. Dari kejauhan, dia selalu berharap kubur orang tuanya di jaga rapi, kerana dia tiada saudara mara di kampungnya. Ayahnya berasal dari Pahang, manakala ibunya dari Selangor. Ayah dan mamanya berjodoh di USM apabila mereka bersama sama belajar di sana. Mereka bermastautin di Arau kerana Ayah dan mamanya bertugas sebagai guru di sana.
Lisa dan abangnya lahir di Hospital Kangar.Mereka tidak pernah balik ke kampung ayah dan ibunya kerana perkahwinan yang tidak pernah direstui. Keluarga ibunya membantah keras perkahwinan itu. Ianya kerana ayahnya anak yatim piatu yang di besarkan oleh neneknya, aka moyang Lisa. Semasa perkahwinan ayahnya, nenek ayah sudah meninggal dan ayah sebatang kara. Sebab itulah ibunya begitu menyintai ayahnya. Ibu Lisa sanggup memutuskan semua talian dengan keluarga kerana tentangan keras itu.
Apabila sampai di pagar tanah perkuburan, Lisa di sapa seseorang.
“Assalamualaikum, adik ni Nurlisa kan? Anak arwah Cikgu Azman kan?” sapa suara itu mesra.
Lisa spontan menoleh ke arah suara itu. Ya, Lisa kena wajah itu, wajah yang sangat baik dengan dia semasa di sekolah itu. Pelajar pintar ayahnya.
“Ya, saya Lisa, abang ni abang Haiqal kan? Student ayah dulu”, Lisa menunduk hormat.
Lisa lega kerana berjumpa dengan orang yang dia kenal. Lisa senyum lagi

“Abang apa khabar? Sihat? Kenapa abang ada sini?” Lisa hairan sebab dengan tahap pelajar pintar, tak mungkin Haiqal menjaga perkuburan. Haiqal memakai baju tshirt berlengan panjang dengan seluar sukan. Malah seluar itu sudah banyak kesan tanah. Ada tuala kecil di bahunya.
“Abang baru balik dari Rusia, alhamdulilah abang habis dah study medic kat sana. Sekarang tengah tunggu panggilan dari hospital la, abang dah isi permohanan dah. Sebab bosan, abang bersih kan kawasan kubur ni, baru seminggu abang kat sini. Abang dengan ayah abang sebenarnya, tapi tadi ayah abang gi beli breakfast,” lembut sangat suara Haiqal menceritakan berkenaan dirinya.
Kalau tak silap Nurlisa, umur Haiqal setahun tua darinya. Haiqal antara pelajar harapan arwah ayah. Semasa arwah ayah masih hidup, Haiqal selalu datang ke rumahnya untuk belajar dengan ayahnya. Ketika itu, abang Lisa sudah belajar di Johor Baharu.
“Alhamdulilah, Lisa masih ingat abang antara student pintar kat sekolah dulu. Jadi selepas ini kena Lisa kena panggil Dr Haiqal la ya? Kalau Lisa sakit, boleh jumpa abang la selepas ni kan?” Lisa memaniskan muka kepada Haiqal, memandangkan focus Lisa kepada kubur ayah dan ibunya. Lisa melangkah lagi

Share this novel

Saphire
2022-03-16 18:31:52 

jemput baca novel sy yg bertajuk cinta yang tak didendangkan, jgn lupa komen jgk, Trima kasih

Saphire
2022-03-06 07:28:36 

crita best sgttt .. menangis bacaa

norazila mohd darus
2021-11-27 20:10:15 

love your writing sis...best story ..deep


NovelPlus Premium

The best ads free experience