LLF?? 1 - Sakit

Short Story Series 885

Uhuk uhuk... *bunyi batuk ye guys

"Umi, Rain dah boleh balik kan? Kesian kawan2 Rain. Mesti balik  dari sekolah diorang pergi rumah sebab Rain tak hadir.. Kesian dioranggg umi.." Rengek Rain kepada uminya.

"Iye, Rain boleh balik dah. Rain ni kenalah jaga kesihatan. Tahu tak boleh kena hujan tetap juga nak main hujan kan." Kata Umi Isma sambil mencubit peha anaknya.

"Nama pun dah RAIN. Umi tahu kan Rain suka hujannn.. "

"Hm, susah umi nak cakap dengan kamu ni".

Dia bimbang dengan kesihatan anaknya ini. Perbualan dia dan doktor tadi semakin merisaukan hatinya.

Macam mana dengan anak saya doktor. Dia tak apa2 kan? Soal  umi Rain.

Puan. Puan tahu kan anak puan sakit dan tak boleh kena hujan. Saya dah cakap kat Puan pasal benda ni setiap kali Puan bawak dia pergi  hospital. Jadi, kali ni. Anak Puan pada tahap yang teruk. Masa hujan memang dia takkan ada rasa apa2. Selepas tu, kepala dia boleh jadi sangat sakit Puan. Sebab tu dia pengsan. Kalau selepas ni dia semakin kerap main hujan. Perkara ni boleh membawa maut. Kata doktor.

Tanpa sedar umi mengalirkan air mata.

"Eh kenapa umi nangis. Umi janganlah nangis. Rain janji Rain takkan mandi hujan lagi. Umi janganlah nangis ya?"  Pujuk Rain..

Umi hanya tersenyum..

__________________

Keesokan harinya..

Sekolah

Rain pov

Rain masuk ke kelas seperti biasa. Sejurus saja Rain duduk, sekutu F4nya terus menerkam dia yang kebetulan baru datang dari koperasi. Macam2 soalan yang ditanya.

"AMMARAAAA! Kau pergi mana semalam?" Tanya Alara

"Weiiii, Am kau okey tak?" Kata Akma Edziani atau Ed pula sambil menepuk pipi Rain dengan kuat.

"Ammmaraaa, wei rindu hanggg! Hang pi mana Am oii?" Tanya Arniesya sambil menepuk belakang Rain.

Boleh gila aku lama2 diorang dok tepuk pipi belakang aku ni.

Kau rasa kalau diorang dah tanya macam tu. Ya memang mereka tak tahu tentang penyakit Rain. Buat apa bagitahu. Nanti diorang risau terlebih. Tengok macam ni. Aku tak nak simpati orang.

"Hehehh.. Semalam aku pergi melancong kejap kat Langkawi. Alang2 cuti abang aku". Jawab ku selamba.

"Hmm.. Cuti tak ajak. Ole2 mana derr?" Kata Al..

"Ada ni ha.. Nah" aku menghulurkan 3 coklat cadbury setiap seorang.

"Wahhhhh, coklat.. Terima kasihh Ammara.. Ni sebab aku sayang kau ni" kata Al dengan divanya tak habis habis.. Ish ish ish.. Sape punya bestfriend lah ni. Hempuk kang.

Bersambung..

Sorry sebab pendek..  Aku tak dapat nak update selalu sbb ada gangguan kat rumah.. So, votecomment yaa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience