LLF?? 2 - Geng Sekepala tapi Sweet

Short Story Series 885

Hmm dah nak masuk waktu dah ni. Mana diorang ni.. Lambatnya.'

Lagu Nissa Sabyan kedengaran dari phone milik Emir minta diangkat.

Nampaknya 3 orang kawannya membuat video call. Kelihatan wajah Khalaf, Nad, dan Luq di skrin telefon.

"Hmm, kenapa akhir sangat. Korang dah ambil wudhuk cepat lah. Jom solat." Kata Emir.

Memang rutin 4 sekawan ini jika masuk waktu solat. Akan solat berjemaah melalui vc. Bagi mereka, walaupun jauh namun masih terasa dekat. Sweet kan. Hmm.. Mana nak dapat kawan macam ni.

Seusai solat, mereka sembang sebentar sebelum menamatkan panggilan. Mereka yang dikenali dengan nama 4B atau 4 Boys memang mempunyai rutin harian yang sama.

Uhuk uhuk..

Batuk Emir semakin menjadi2 sehingga dia mendapati darah keluar bersama batuknya. Penyakitnya datang lagi. Setelah sekian lama sembuh dari kanser hati, kini penyakit itu menyerang kembali. Sudah beberapa hari dia batuk berterusan. Dia kenang kawan baik dan keluarganya. Macam mna lah kalau diorang tahu. Dia tak sanggup nak tengok bff dan keluarga dia nangis & sedih. Hatinya turut remuk.

Insan yang dia sayangi terbayang di minda.

Emir pergi ke toilet dan menyambung mengulang kaji. Setelah itu, dia masuk tidur.

Keesokannya.

"Assalamualaikum umi abi." Ucap Emir..

"Waalaikumussalam"

"Hmm, Emir nak pergi mana ni?" Tanya umi.

"Emir nak joging dengan Khal, Luq dan Nad umi."

"Hmm, iyalah. Makan dulu sikit"

Di taman

"Sorry semua lambat sikit" kata Emir..

"Takpa Qim. Kitorang pun bru je sampai. Jom. Apalagi joginglah"

Setelah 2 pusingan, larian Emir semakin lambat. Matanya semakin kabur. Kawan2nya laju ke hadapan. Oleh kerana matanya kabur, dia tidak sengaja telah terlanggar seorang perempuan.

"Weii, Qim mana?" Tanya Nad.

"Nad, Qim pengsan kat belakang sana weii. Jom cepat." Jerit Khal dan Luq serentak.

Mereka berlari ke arah Emir. Dia ternampak seorang lagi perempuan turut pengsan. Terdapat beberapa juga. Mungkin kawan dia kot.

"Qim, Qim.."

"Bawak pergi hospital je lah" kata Nad. Khal dan Luq terus memapah Emir  masuk ke dalam kereta.

"Bawaklah kawan awak ni ke hospital. Muka dia pucat ni. Nak saya tolong angkat?" Kata Nad.

"Saya bukan nak ambil kesempatan. Tapi, awak larat ke nak angkat?" Terang Nad selepas melihat wajah mereka ber3 pelik.

Ed pov

'Dia ni biar betul nak angkat pompuan' sambil memandang mamat sesat atas bawah..

Bersambunggg~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience