BAB 3

Drama Completed 408

Apabila sampai dirumah,.

“Assalamualaikum emak. Saya sudah balik.”

“yYeah, kakak sudah balik!” adik kembarnya melompat ke arah Joanna kerana sangat gembira, sampai terjatuh Joanna dibuatnya.

“Waalaikumussalam, lambat kamu balik Joanna ,” jawab emaknya dari dapur.

Mira menjawab, “Saya ada hal sedikit tadi.”

Kemudian emaknya datang dan duduk di ruang tamu. Tiga beradik itu juga duduk di ruang tamu.

“Emak, bolehkah saya bela kucing?” tanya Mira kepada emaknya.

Lalu adik menyampuk, “Wah, kucing. Saya mahu bela kucing!”

“Boleh!” jawab emaknya ringkas.

“Alhamdulillah.” Joanna bersyukur.

“Yeah boleh bela kucing!”adik kembar menjerit dengan gembira.

Joanna menegur kedua-dua adiknya, “Kalau kita dapat apa yang kita mahu, kita mesti ucap alhamdulillah bukannya menjerit, faham?”

Adiknya menjawab serentak, “Faham kakak, alhamdulillah!”

Joanna bertanya kepada adik kembarnya, “Kamu mahu ikut kakak petang nanti?”

Adiknya menjawab, “Mahu pergi mana?”

Mira menjawab, “Pergi padang, ambil kucing.”

“Yeah!” jawab adik kembarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience