BAB 2

Drama Completed 409

selepas mereka bertiga sudah habis makan, mereka berjalan di Koridor dan menuju ke kelas masing-masing semula. Selepas habis sekolah Hamrah ke kelas melukis, Salbiah pula ke kelas catur dan Joanna pula ke kelas seni mempertahankan diri.

Selepas tamat kelas masing-masing, mereka bertiga mengambil basikal mereka lalu mengayuh Dengan perlahan. Apabila sampai di satu lorong….

“Aduh! siapa yang baling batu ini?” teriak Salbiah .

Mereka pun berhenti mengayuh bagi mecari siapa yang membaling batu itu pada Salbiah . Tiba-tiba mucul satu suara dari semak di tepi mereka.

“Aku yang baling batu itu!” Rupa-rupanya yang membaling batu itu ialah Fuad , Masdar dan Lokman . Mereka bertiga memang budak nakal di sekolah mereka.

“Mengapa awak baling batu itu pada saya?” marah Salbiah kepada tiga budak nakal itu.

Lokman pun menjawab, “Kami bukan mahu baling pada awaklah. Kami mahu baling pada kucing di belakang itu.”

kemudian Hamrah berkata, “Baling pada orang atau kucing tidak boleh juga, sakitlah dia nanti.’’

“Betul cakap kakak. Mana boleh baling batu pada kucing itu. Kasihan dia,” kata adik Hamrah iaitu Mia

“Sibuklah budak kecil ini,” kata Fuad .

Sedang mereka semua sedang bertikam lidah, Joanna mendapat idea lalu berkata, “Kawan-kawan, marilah kita balik. Tidak guna pun kita bergaduh.”

“Betul itu. Baik awak semua balik sekarang. Mengacau sahaja. Kalau tolong tangkapkan tidak mengapa. Ini tolong membebel,” Masdar berkat.

Kemudian Hamrah , Salbiah , Mia, dan Joanna pun mengayuh .

“Masdar, kau pergi cari kucing itu!” kata Fuad .

“Baik bos. Eh kucing itu sudah hilanglah.”

“Aduh, hilang pula!”

Ketika sedang mengayuh basikal, Joanna berkata, “Kita singgah di Taman permainan dahulu ya.’’

Mereka betiga berkata, “Baik!’’

kemudian mereka berhenti di satu Taman permainan.

Hamrah berkata, “Awak mahu buat apa di sini?’’

Joanna menjawab, “saya mahu tanya awak berdua siapa yang mahu bela kucing ini.’’

Joanna mengeluarkan kucing yang diburu oleh ketiga-tiga budak lelaki itu tadi.

Salbiah dan Hamrah terkejut dan berkata, “Awak letak kucing ini di dalam beg awak!’’

Joanna menjawab, “Ya! Saya tengok semasa awak semua sedang bergaduh, kucing ini tidak melarikan diri kerana sangat takut. Jadi saya letakkannya di dalam beg saya dan panggil awak semua untuk balik kerana takut diketahui mereka.”

“Nanti saya tanya ibu dan ayah saya,” jawab Hamrah

“Saya pun sama,’’Salbiah menjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience