Hanya berselang 15 minit selepas meeting bersama staffnya, pintu pejabatnya di ketuk. Selepas memberi kebenaran masuk, terpancul wajah Danish di muka pintu.
Dengan senyuman yang paling kacak, Danish bertutur pertahan
“Cik Lisa, CEO nak jumpa kita sekarang, sebab petang nanti CEO ada event kat rumah dia, esok CEO cuti pulak”, Danish memandang tepat ke mata Nurlisa
Dengan duduk santai tadi, Lisa terus terbangun. Mengigil terus urat tulang besinya. Allauakbar, secepat ini CEO nak jumpa aku, detik Lisa.
“Danish, can we delay the meeting for 10 mins, i nak tanya about our CEO. Dari tadi excited dengan project kita, lupa nak skodeng CEO background pulak, aduh lah”, kata Lisa sambil menepuk dahinya.
Danish tersenyum melihat kelakuan spontan bossnya.
“Tak per Cik Lisa, take your time. Kita jumpa CEO pukul 12.30pm. Ada masa lagi ni, you have another 10 more minutes, I boleh cerita sedikit about CEO. No worries”, perlahan Danish bertutur agar dapat memberi oksigen kepada Lisa. Lisa mengangguk cepat, seperti darahnya berhenti mengalir.
“Orait, nama CEO kita adalah Syed Adam Danial Bin Syed Awaludin, berusia 35 tahun, masih muda then sangat handsome”, Danish berhenti bercakap selepas melihat mata Nurlisa mengecil dan berpeluh. Kelihatan seperti dunia Nurlisa berhenti.
“Cik Lisa ok tak? Saya nampak Cik Lisa berpeluh dahi, aircond rosak ke sini eh? Saya sejuk pulak,” Danish kuatkan suaranya sebab seperti Nurlisa terputus hubungan dengan dunia nyata.
“Danish, you ulang balik nama CEO tadi?”, Lisa berkata cepat selepas dapat menyedut oksigen. Tangan mengigil, Lisa merasakan dunia berhenti bernafas. Keadaan begitu nampak sangat ketara. Danish menghampiri Lisa.
“Cik ok tak? Nama CEO Syed Adam Danial. Cik Lisa ok tak?,” Danial bertanya lagi. Kelihatan Lisa bernafas laju lagi. Tapi tidak selaju tadi. Danish simpati, tidak tahu bagaimana harus menolong bossnya.
“oooooo, saya silap dengar tadi. Nama tu macam familiar. Teruskan subject you pasal CEO tadi. Sorry, I ni kalut semacam eh?,” tutur Lisa selepas dapat bertenang.
Allahuakbar, syukur kerana nama depan jer sama, aku masih ingat nama dia, tolong aku Ya Allah, janganlah Kau temukan aku dengan dia. Lisa berdoa didalam hatinya
“Tuan Syed masih bujang, dia yang tubuhkan Yayasan ni. Dia memang sangat dermawan. Orangnya ramah, respect orang bawahan. Lainlah dengan adiknya yang tidak mesra, marah marah selalu. Tapi Tuan Syed tak pernah marah. Cik Lisa tak perlu risau. He’s very charming,” kata Danish ketawa sambil mempamirkan giginya yang tersusun rapi.
“kita kena gerak la Cik Lisa, Tuan Syed tu kurang senang kalau lambat masuk meeting. Shall we?,” aduhlah, sopan nauuuu mamat dia, Lisa berkata di dalam hatinya.
‘Aku harus rilex, tenangkan fikiran, banyak jer orang nama Syed dalam dunia ni, bukan dia sorang. Kalau di hitung, umurnya baru 30 this year, tak mungkin dia, tak mungkin. Tolong aku Ya Allah’, Lisa berkata di dalam hatinya. Lisa tidak putus putus berdoa. Lisa bangun, mengambil buku notanya dan mengikut Danish ke bilik CEO.
Setelah mendapat kebenaran dari secretary CEO, Danish mengetuk pintu bilik CEO itu. Lisa masih berada di belakang Danish. Nafasnya Lisa masih tidak keruan, masih berharap orang yang dia jumpa biarlah mereka yang tidak ada kena mengena dengan hidupnya. Biarlah “orang itu” tidak akan pernah terlintas di hadapannya sehingga lah dia menutup mata.
“Assalamualaikum Tuan Syed, kita ada meeting tentang Yayasan”, sapa Danish setelah mendengar suara kebenaran masuk dr CEO. Lisa lega melihat wajah yang di gelar CEO itu. Wajahnya tidak sama dengan kenangannya. Alhamdulilah, Lisa bersyukur di dalam hatinya. Mahu tidak, bagaimana dia hendak berkerja kalau berhadapan dengan wajah yang berhati hitam itu
Lisa mempamerkan senyuman paling manis, menutup kelegaan dalam hatinya. Lisa harus tahu menangani emosinya supaya dia kelihatan professional.
“Tuan Syed, ini saya kenalkan boss baru Yayasan, Cik Nurlisa Sofea. Baru pagi tadi Cik Lisa melapur diri,” tutur Danish sopan. Tuan CEO itu senyum, seraya bangun menghulurkan tangan kepada Lisa. Wajahnya sangat ikhlas, Nampak dengan jelas beliau sangat mengambil berat apabila nama Lisa di sebut.
“Hai Cik Lisa, apa khabar? Semua ok? Bilik selesa tak? I minta fasilities dept renovate bilik you last week, sebab sebelum ni bilik tu kosong”, tutur En CEO itu dengan senyum paling manis.
Belum sempat Lisa menjawah sapaannya, dia menambah lagi
“Kalau ada apa yang nak tambah, let me know ya. Sebab environment penting untuk you become a dermawan person, nak buat pahala kena selesakan diri dulu,” tambah En CEO sambil menjemput duduk selepas melepas gengaman tangan Lisa.
“Terimakasih Tuan Syed. I rasa welcome sangat, dari register tadi kat receptionist, lepas tu meeting with HR and one of staff from CEO office, then back to my department, semuanya sangat sempurna. My room pun lebih dari cukup. I tak pernah bayangan suasana kerja hebat macam ni,” jelas Lisa ikhlas. Apa sangat yang di harapkan apabila dia cuma fresh gradute dan cuma ada pengalaman practical di syarikat abangnya.
Lisa menghadiahkan senyuman mesra kepada En CEO apabila mata CEO itu berlaga dengan matanya.
Lisa sedikit rilex kerana bukan orang yang di takuti itu. En CEO ini penuh dengan sopan santun, charming dan hormat kepada orang lain, seperti yang diberitahu oleh Danish.
Tapi orang itu sangat kasar, perlakuan kasar, percakapan kasar, matanya juga kasar, semua yang ada pada dirinya juga kasar. Lisa menarik nafas lega. Allah masih membantunya setakat hari ini. Alhamdulilah, kata hati kecilnya.
“Ok Danish, apa update you for today, semua plan kita in place?”, En CEO itu menegur Danish yang sedang menaip sesuatu di laptopnya.
“Alhamdulilah, semua in place, semua follow timeline Tuan Syed. Our dinner kita pun dah confirmed, semua guest kita pun dah hantar invitation email. Cuma seperti yang kita agreed last meeting, Tuan Syed kena call semua guest tu, sebab Tuan Syed nak proper invite. I dah email all guest list dah last week to your PA, yang lain semua ok,” terang Danish panjang lebar dan satu persatu.
En CEO menekan intercom di sebelah sambil memberi arahan untuk PA nya masuk.
PA kepada En CEO yang bernama Imran itu masuk setelah mendapat kebenaran. Lisa melihat perlakuan mereka penuh dengan protocol. Ini lah cara berkerja syarikat yang besar.
“Duduk Imran, update kan saya apa respon dari guest kita for Makan Amal kita. From 30 of them, berapa yang you dah RSVP? Then my brother ada call dorang tak?”, tanya En CEO kepada staffnya.
Sebelum Imran menjawab, Encik CEO itu menambah lagi
“Maaf saya lupa nak update you guys. Selepas ini saya serahkan Yayasan kepada adik lelaki saya. Adik saya baru balik dari UK last month. Kisah dia kat UK dah habis dah. So dia akan kerja dengan syarikat Endah Holdings. As first task, my father asks him to take care of Yayasan dulu. Tapi rasanya tak lama, sebab kita dah ada Cik Lisa kan?,” tutur En CEO menerangkan keadaan.
Nampak dengan jelas Danish dan Imran mengerut muka, tanda tidak faham atau protes, Lisa juga tidak pasti. Tapi suasana sunyi selepas En CEO menyebut berkenaan adiknya.
“Sorry guys, I tahu semua tak pernah kerja dengan adik I, tak pernah bersua muka kan? Sebab dia tak pernah involve dengan syarikat, sebab dari kecik dia memang tinggal kat UK dengan nenek I. Jaga nenek kat sana sebab nenek tak sihat. Now nenek dah sihat, alhamdulilah dah. Sebab itu dia balik sini sebab nak tolong syarikat pulak. Imran mungkin pernah jumpa dulu sekali kan? Now dia dah berubah dah Imran, don’t worries,” terang CEO panjang lebar. Lisa merasakan sesuatu yang berlaku berkenaan adiknya itu, tapi Lisa memilih untuk mendengar dan faham keseluruhan situasi.
“Takper Tuan Syed, I pastikan semua plan kita ikut timeline, even dengan siapa pun saya kerja. Insyallah dengan adanya Cik Lisa, team Yayasan akan lebih kuat,”, kedengaran suara Danish sangat ikhlas
Mereka meneruskan diskusi dengan panjang lebar dan Danish mencatat satu persatu point penting untuk event nanti. Sekali sekala Lisa memandang En CEO itu dengan pandangan yang berbalam. Di dalam cerita melayu, semua orang kaya akan berlagak, tapi version CEO ini berbeza. Humble and sangat sopan apabila berkata kata.
En CEO itu dapat merasa Lisa asyik memandangnya dengan wajah yang keliru. Dia menganggap itu perkara biasa kerana mempunyai jawatan yang paling tinggi, dia pasti ramai mereka di luar sana yang hairan dengan sikap mesra, sikap ambil tahunya. Pernah neneknya memarahinya kerana tidak menjaga batas dengan pekerjanya.
Tapi Syed Arman Danial punya alasan tersendiri. Daripada falsafah ayahnya, pekerja adalah asset yang paling mahal di dalam sesebuah syarikat. Berbuat kepada pekerja tidak akan merugikan syarikat. Ayahnya membuktikan falsafah itu.
Seperti Danial yang telah berkidmat selama 5 tahun, dan dia berkira kira untuk menaikkan pangkat Danial selepas Lisa dapat menguasai pengurusan Yayasan itu. Syed Danial memberi masa setahun kepada Lisa untuk membentuk Lisa menjadi lebih dominan, lebih berjiwa korporat dan mahir berususan dengan politik syarikat. Syed Danial tersenyum sendiri kerana dia ada plan masa depan untuk Lisa. Biarlah dia sendiri tahu.
“Orait, kita stop kat sini dululah, saya kena balik sebab ada event family malam ni. Best of luck to Cik Lisa ya, Selamat datang ke Endah Holdings Sdn Bhd. Kami mengalu galukan kedatangan Cik Lisa. Saya berharap Cik Lisa akan berkerja keras untuk syarikat ini,” lontaran suara En CEO itu sangat jelas, memberi impact senyuman kepada Lisa. Entah kenapa Lisa merasa selesa dengan cara CEO. Lisa tersenyum lagi. Lelah di dalam hatinya telah beransur hilang kerana nama mereka mungkin hampir sama, tapi rupa paras mereka langsung tidak sama.
Usai mesyuarat dengan CEO, Lisa bersama Danish terus di café untuk makan tengahari. Lisa tidak dapat focus kepada makanan kerana terlalu banyak yang tengah di fikirkan didalam kepalanya. Dia tersenyum di dalam hati, mood kerja sudah datang. Dia berazam untuk memberi yang terbaik kepada syarikat itu. Dengan gaji yang banyak begitu, sudah pasti pulangan yang besar kepada syarikat.
Selepas mendapat laptopnya dan boleh access emailnya, Lisa menyimpan semua file yang penting mengikut nama di dalam satu folder. Semua staffnya sudah memberi information berkenaan project melalui email.
Ralit meneliti semua dokumen project, Lisa tidak sedar jam sudah mencecah pukul 6 petang, itu pun sebab Danish mengetuk pintu biliknya.
“Cik Lisa, saya nak bawak Cik Lisa melihat bilik boss besar kat sebelah. Facilities department minta Cik Lisa tolong advice on the susun atur semua perabut, sebab adik CEO akan masuk office minggu depan. CEO yang minta Cik Lisa tengokkan;” susunan percakapan Danish memang hebat, sesuai dengan kerjayanya yang memerlukan sisi penerangan yang detail.
Lisa bangun dari kerusi empuknya. Dia berkira kira untuk menyusun mengikut citarasanya. Putih dan segar, seperti biliknya. Sampai tika ini, Lisa masih teruja dengan susun atur biliknya, yang seratus peratus mengikut seleranya, putih bersama bunga lily segar.
“Cik Lisa dah nak balik ke? Kalu tak kita buat esok jer,” tegur Danish ramah. Lisa tersenyum mesra mendengar pertanyaan Danish. Sangat memahami dan kacak, idaman gadis ni, Lisa senyum lagi.
“Saya masih bujang lagi En Danish, boleh jer nak selesaikan hari ni, team facilities ada lagi ke?”, Lisa cukup faham dengan process facilitis sebab di pejabat kaklong Melissa juga punya team facilities yang hebat.
“Dorang dah balik, kita cuma tengok bilik dulu and request guna facilities systems. Cik Lisa cuma perlu tetapkan theme colour, susun atur, frame and anything yang Lisa rasa perlu. Nanti saya akan key in all the info thru systems. Saya dah bawak draft room ni, later kita conteng sini,” terang Danish sambil menunjukkan details bilik adik CEO itu.
Ketika berjalan beriringan ke bilik tersebut, telefon Lisa berdering, memberi isyarat facetime request dari Melissa masuk. Kerana terlalu rindu, Lisa pantas menekan button hijau tanpa sedar yang Lisa masih berada di office.
Apabila facetime connected, terdengar suara Eiman dengan kuat memberi salam.
“Assalamualaikum Mommy, Eiman rindu Mommy”, suara Eiman kedengaran sangat jelas. Seperti berada di dalam dunia sendiri, Lisa juga teruja melihat wajah yang sangat di rinduinya itu. Kurang lebih, sudah 3 hari Lisa berpisah dengan Eiman, anak kecil yang sangat bijak itu.
“Waalaikumusalam sayang mummy, busyuk mummy sihat ke?”, suara rindu Lisa kedengaran sangat jelas. Apabila mendengar perkataan mummy keluar dari mulut Lisa, Danish pantas berpaling. Jelas kedut di kening Danish
“Mama dan Papa mana? Eiman jangan lupa mummy masa makan nasi goreng kimchi tu ya,” kata Lisa mengusik Eiman. Jelas wajah comel Eiman di screen telefon itu. Kedengaran Eiman tergelak manja.
“Eiman request nak gi ski resort, papa dengan mama kata next time, bila mummy datang sekali,”, ujar Eiman kedengaran kecewa. Lisa tergelak mendengar suara Eiman, kerana sudah pandai mengadu domba.
“Lisa, kaklong busy sangat la, tak sempat nak jejalan. Abanglong pun sama. Kesian budak kecik ni,” kedengaran suara kaklong pula. Lisa tersenyum bahagia. Kelihatan Melissa memeluk Eiman manja. Pandai Melissa manjakan Eiman, sehingga Eiman tumbuh menjadi budak yang bijak.
“Takpa lah kaklong, nanti Lisa ada cuti, kita pergi lagi. Lisa kena off dulu, sebab belum habis kerja. Malam nanti kita sambung. Bye bye Eiman manja busyuk masam mummy. Mummy love u,” kata Lisa seraya memuncungkan mulutnya. Kelihatan jelas kasih sayangnya.
“Eiman love u more mummy. Jangan nakal nakal,” kata Eiman. Lisa tersenyum lagi selepas mematikan video call itu. Ini sebenarnya erti bahagia.
“Maaf Danish, kat mana kita tadi,” kata Lisa mesra memandang Danish. Danish menyambut senyuman Lisa. Dalam hatinya ingin bertanya kenapa Lisa di panggil mummy, tapi dia lupakan hasratnya. Tidak manis untuk bertanya peribadi orang lain di hari pertama perkenalan. Lagipun dia boss aku, bisik Danish
Selesai melihat bilik adik CEO, Lisa & Danish berpisah untuk hari pertama berkerja. Lisa berharap takdir yang baik untuk dirinya. Dia juga berjanji untuk membuatkan yang terbaik untuk Endah Holdings.
Share this novel