kerana dirimu bermakna...

Romance Series 2534

Afiyah tersedar dari lamunan apabila terasa bahunya disentuh lembut. Dia berpaling. Bienda sedang tersenyum memandangnya.

"Jauh Fiyah mengelamun, aunty masuk pun sampai tak sedar," tegur Bienda sambil mengusap lembut ubun kepala gadis itu. Simpatinya melimpah ruah buat gadis itu.

Afiyah hanya tersenyum hambar.

"Fiyah dah takde tempat mengadu. Fiyah dah takde sesiapa. Mama dah tinggalkan Fiyah. Mama dah pergi buat selama-lamanya. Fiyah memang anak tak guna aunty. Fiyah tinggalkan mama seorang diri masa itu. Kalau hari itu Fiyah tak jalan, mama tentu masih boleh diselamatkan. Fiyah memang tak guna," balasnya dengan suara serak. Air matanya jatuh lagi. Bienda menarik Afiyah ke dalam pelukannya.

"Fiyah dengar sini sayang. Apa yang berlaku bukannya salah Fiyah atau sesiapa. Ini adalah kehendak-NYA. Aunty tahu memang tak mudah tapi Fiyah kena terima kenyataan ini. Fiyah jangan lupa, aunty masih ada untuk Fiyah. Dan yang paling penting sekali, Fiyah masih ada papa. Papa Fiyah ada kat bawah tengah tunggu Fiyah turun," beritahu Bienda lembut.

Afiyah terkedu. Papa???!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience