sakitnya bila merinduimu...

Romance Series 2537

Ainun Afiyah membiarkan telefon bimbitnya berdering sedari tadi. Air matanya sangat degil. Dia mengesat air matanya dengan kasar.

Sampai hati awak Daffa!!.

Afiyah meraup wajahnya perlahan.

Awak dah janji. Awak janji awak tak akan sesekali sakitkan saya. Awak janji nak lindungi saya. Tapi awak mungkir janji Daf.

Afiyah akhirnya mengalah. Dia teresak lagi.

I miss you already ...,

"Adik okay ke? Buat apa seorang kat sini dik? Dah gelap ni."

Afiyah terkedu mendengar teguran itu. Dia pantas berpaling. Kelihatan seorang pengawal keselamatan sedang berdiri tegak memandangnya hairan. Afiyah mengesat air mata dan mencapai telefon bimbitnya. Dia berlalu tanpa menjawab.

Terkebil-kebil pengawal keselamatan itu memandang langkah lemah Afiyah. Dia hanya menggeleng sebelum turut beredar.

*****

Sampai sahaja di depan pintu pagar rumah, Afiyah terkedu apabila melihat orang ramai sedang berkumpul di halaman rumahnya.

Apa yang berlaku?

Fikirannya melayang mengingatkan seseorang. Mama!!!. Afiyah jatuh terjelepok.

"Mama!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience