Bab 5

Fantasy Series 9069

*** Dhiea POV****

“ Dhiea”..
Riz sebut nama aku..!
Buatkan mulut aku terganga,
Jadi terkebil - kecil aku dengan situasi itu..

“ Apa kena dengan Riz ini, dia makan apa pagi ini, sampai saluran otak dia tak berfungsi macam sepatutnya..”

Terkebil - kebil mata aku lihat kearah Ikhwan Dan anak mata aku pula teralih kepada Tani...

Muka masam Tania pandang aku...

“ Tania sumpah aku tak tahu menahu pasal hal ini. Riz tak bincang dengan aku..

Salahkan Riz bukan aku..” luahan hati aku bila aku lihat, Tania macam nak telan aku hidup- hidup dalam kumat - kamit mulut dia..

“Ikhwan..?”
Oh, Ikhwan aku rasa dia macam Blur, Blur dengan keadaan itu.. Mungkin Sebab dia hormati perhubungan aku dengan Riz, as BFF..

Tapi dapat aku lihat, sekejap lagi dia akan pertahankan Hak dia, sebagai kekasih aku..

“ Tidak mahu lagi keruhkan lagi keadaan, aku bangun kearah Riz, aku bawa lelaki itu ke tepi perjalanan kaki..
Tempat kami berbincang sebagai pasangan dalam kumpulan..”

Tapi sebenarnya aku nak tukar plan Riz.. aku tahu reaksi dia pada aku nanti..
Tapi aku terpaksa Sebab ada hati yang perlu dijaga Dan mereka memang layak..

“ Riz, engkau buat apa ini..?”
Dada Riz aku tolak, yang baru sebentar tadi masih belum hadam dalam fikiran aku..
“Apa yang Riz fikir Sebenarnya..?”

“ Aku buat apa Dhiea..?” Riz kerutkan muka tak faham maksud aku..

Kerutan Di muka dia yang comel, yang buat aku rasa nak picit - picit muka dia macam Bayi.

.” Kenapa comel sangat muka tu Riz, Sian dekat hati dengan jantung aku teruk kerja keras Sebab nak kawal perasaan aku ini..

Aku kembali pada realiti, kalau aku tenung muka Riz ini memang aku tak boleh buat kerja lain..
Aku jadi ralit, macam aku dapat lihat keindahan Syurga dunia dalam hidup aku..

Bayang kan kalau aku diberi pilihan atau masa tiba - tiba terhenti...
aku bersama Riz Dan aku nak wajah dia depan aku Tanpa aku kelipkan mata..

“ Aku tak pernah rasa jemu, itu Aura Riz pada aku..
Dan Sebab itu aku masih bertahan, walau kadang - kadang hati aku rapuh lihat dia dengan pasangan..”

Macam itu Angau Cinta aku dengan Riz.. Tapi Sayang dia lelaki yang tak sedar dengan kehadiran aku untuk Cinta dia..

Aku cuma perempuan yang hidup dibelakang lelaki, Tanpa dia tersedar aku lah yang selalu berada dalam hidup dia..

“ Yang dia sedar aku cuma sahabat dia, tempat dia bersenang- senang kalau dia ada masa, tempat dia luahkan segala kedukaan dia.. tempat dia segalanya, Hanya aku”..

“ Kenapa pilih..?” pilih aku ? kenapa bukan dia , dia , dia..

Jawapan Riz senang ..Sebab aku bagi dia ceria dengan ketawa aku..”
“ Happy, dengan kata lain..!”

“Itu jawapan Riz, sedangkan dia dapat Cinta pada gadis lain selain aku..
Itu jawapan yang aku kena telan..”

Kembali pada Riz...

“ Kenapa pilih Dhiea..?” Sepatutnya Riz pilih Tania Dan Dhiea dengan Ikhwan, itu pasangan kita yang Betul..”
Aku terangkan maksud aku, bagi dia logik balik berfikir..

“ Tapi Dhiea..!”Riz macam tak terpujuk dengan maksud aku, dia macam nak protes cadangan aku..

“ Tak da Tapi - Tapi..!” Aku Cepat cantas.. Kita just Ikut jer peraturan kita, kita masing - masing ada pasangan kita..
Jadi masing - masing jaga hubungan dan pasangan masing - masing.
“ Kita tukar..?” Aku bagi cadangan..

“ Aku takut engkau dekat luar tu Dhiea, kita bukan masuk bandar, kita masuk hutan. Aku tahu engkau kalau masuk hutan macam mana.. Engkau bukan biasa..!”
Riz tak mahu mengalah..

“ Siapa cakap..?” Cepat aku cantas lagi bicara Riz.. Riz memang aku tahu terlalu take Care tentang aku, semua dia nak jaga..
Tapi berpada - padalah pasal perkara itu..

“ Apa gunanya Ikhwan jadi pasangan aku.. Dan...?!!

“ Riz sepatutnya risau kan Tania lebih dari aku..” Tapi aku faham maksud Riz sebenarnya..
“ Sebab Kekasih dia boleh cari lain, Tapi BFF dia cuma satu.. hanya aku..”

“ Tukar..!” Tanpa cakap banyak aku maklum pada Riz Dan aku pergi dari dia.. Hala tujuan aku pada Ikhwan..

“ Dhiea..”

Riz panggil aku lagi Tapi aku buat - buat tak dengar..Keputusan aku waktu itu Muktamad..

Aku tak nak cari gaduh dengan Tania. Tania lebih berhak dengan Riz, berpasangan dengan Riz masa kami buat aktiviti Jungle Tracking di hutan..

Aku kembali pada Ikhwan..Lega dalam hati.. Kusut dengan masalah tadi..

“ Riz dah setuju tukar pasangan, “
“Dhiea dengan Ikhwan!”
Senyuman aku untuk Ikhwan..
Dapat aku rasa dalam hati aku Ikhwan turut tersentap dengan situasi tadi..

“ Okay,!”
Wajah Ikhwan kembali ceria dengan penerangan dari aku.

Hati aku lega bila Ikhwan belum carikan pasangan untuk dirinya..
plan aku berjaya..
Aku dengan Ikhwan..
Riz dengan pasangannya Tania..
“ Chill.”

“ Raut wajah Ikhwan aku belek dalam fikiran aku..”
Kenapalah Ikhwan ini baik sangat..baik dengan aku, sikit pun dia tak kisah hubungan aku dengan Riz, malah dia faham situasi kami Dan lebih buatkan aku terharu..

Dia sentiasa bagi ruang Dan masa untuk aku jumpa Riz, Walaupun waktu itu, aku dengan dia tengah dating..
Dia jenis yang memahami..

Sesuatu terjadi....

“ Macam mana engkau jaga Dhiea..?”
Riz marah bagaikan Histeria pada Ikhwan..
Mata dia, mulut dia semua perwatakan Riz, geram Dan marah pandang aku kemudian pandang Ikhwan..

“ Matanya lebih terarah pada Ikhwan”..

Sian Ikhwan..

“ Riz, Dhiea tak ada apa - apa sikit jerk..!”

“ Sikit apa ini Dhiea, Kaki engkau dah terseliuh ini..
Aku angkat engkau..!”

Tak sempat aku nak halang, Riz terlebih dulu angkat Aku atas Lengan dia..
Tapi tak jauh dia angkat aku dekat batu besar yang ada dekat situ.. Jarak dalam Tiga langkah jer dari tempat kami terjatuh..

“ Kami yang aku maksudkan Dekat sini, Aku, Tania dengan Dira..”

“Macam mana kami jatuh..?” Aku ceritakan Kisah selanjutnya..

Tania masih tak puas hati bila Riz ajak aku berpasangan dengan Dia utk jadi teman dalam hutan..

Itu semua atas arahan cikgu - cikgu kami.. Bersebab okay.
Sebab bila dalam hutan banyak akar, banyak Pacat dengan banyak Aneka jenis Tanaman yang korang tak tahu boleh gelikan badan, takutkan orang perempuan..

Jadi bermulah tugas - tugas lelaki untuk buang semua benda Alah itu semua Dan lagi satu untuk teman kaum perempuan ini dalam hutan..

Engkau rasa kepenatan dalam hutan itu, perjalanan yang penat tu, haus lagi, comot dapat.. Rasa nak mati, boleh ker waktu tu nak terpikirkan soal Cinta..

Memang tak la.. Yang dalam fikiran waktu tu, nak Segera sampai ke destinasi dengan selamat dan jayanya..

Disebabkan hal itu,cikgu - cikgu kami benarkan lelaki Dan perempuan untuk berteman.. Tak boleh tinggalkan pasangan.. Kalau penat dua - dua kena rehat sekejap, lepas tu perjalanan perlu diteruskan..

Sambung Kisah aku balik, pasal Tania..

Kami tiba dekat Check Point ke 3 dalam hutan.. Tiba Di sana kami diasingkan mengikut kumpulan lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan..

Kami semua berehat untuk makan.. lapar Sebab perjalanan tadi memang menguji stamina..

Selesai makan aku lihat keindahan Alam dicerun bukit..

Ketinggian cerun tak tinggi sangat, cuma dalam 10 kaki dalam, anggaran aku.. Hutan ada banyak pokok - pokok Renek kawasan itu..

Aku dengan Fira waktu tu.. Aku ingat lagi..

“ Dhiea..”
Suara memanggil aku dari belakang..
Tapi..
Belum sempat aku nak menoleh, aku dapat rasa tangan tolak badan aku, Dan aku dapat rasakan tangan aku tarik tangan dia dalam aku terkapai - kapai untuk cari sesuatu untuk aku pegang..

Bluk..! bluk..! Bluk..

Tubuh aku dengan Bergolek ke bawah cerun, Tapi dapat aku dengar bunyian lain yang turut bergolek dekat situ..
Arah yang sama dengan aku..
Suara aku memang jangan nak cakap lah.. Kuat aku menjerit..

Mata aku pejam, bayangan 10 Kaki dalam fikiran aku, aku rasa aku dah mati dekat situ..
Dalam fikiran aku, macam mana aku boleh terjatuh Dan tangan yang menolak..” Takkan Tania..?”

Terasa tubuh aku berhenti bergolek Dan keadaan sunyi.. Tanah Pamah hadapan aku..

Bila mata aku buka.. Aku dapat lihat susuk tubuh Tania dengan Dira disitu.. Mereka juga menunjukkan kesakitan..

Aku bersyukur dalam hati Sebab aku.. Kami masih diberikan nafas untuk hidup..

Pendengaran kami, kami dengar orang berlari turun .. Dan Di mata aku,Aku dapat lihat Dia Riz, keluar dari celahan - celahan pokok Di situ..
Langkah Kaki laju dan Cemas yang datang mendapatkan aku..

“ Dhiea..!”
Riz menjerit yang menyedarkan aku dari lamunan..

Engkau okay Dhiea, Engkau sakit dekat mana..?” Dhiea apa yang jadi..?
Macam - macam soalan Riz yang tak sempat aku nak jawab..

Aku dahlah masih trauma dengan apa yang jadi,otak tak mampu nak fikir, bila Riz hujah soalan - soalan itu..
Aku jadi Blur.. Gagap dengan kaku..

D- dhhie.. Dd..Dhiea....

“ Dhiea”..
Suara Ikhwan bergema panggil aku, baru aku nak toleh pada Ikhwan...

Semburan Suara Riz pada Ikhwan..
“ Macam mana engkau jaga dia..?”
Riz menjerit pada Ikhwan dengan wajah bengis dia yang membuatkan aku kaku tak berkutik..

“ pertama kali aku lihat Riz marah.. Tapi marah dia pada orang yang salah..Ikhwan tiada kaitan dengan hal itu..”

“ Ikhwan tiada balasan, dia kaku dan dia hanya biarkan diri aku didukung oleh Riz Dan dibawa pergi hadapan mata dia..”

“ Riz apa engkau buat ini..”
Luahan hati aku bila aku lihat reaksi Riz pada aku..”
Luahan itu aku simpan dalam hati, Jika aku luahkan, aku takut Riz tak boleh kontrol marah dia..
Dan sekali lagi salahkan Ikhwan..

“ Tapi macam mana dengan Tania dengan Dira..?”

Kecut perut aku..
“ Riz, Tania...???”
Wajah Riz berubah bila aku pandang Dia dengan soalan itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience