"Aku tunggu engkau dekat tempat biasa...". - Riz
" Nak buat apa?"
Mata Dhiea terpejam membayangkan wajah Riz dalam keadaan ini. Perasaan malas Dhiea dalam berjumpa dengan Riz menebal. Kalau diikutkan hati Dhiea yang sakit, dia tidak mahu lagi berjumpa dengan Riz Tapi kalau dia buat semua itu. Dia tahu apa tindakan Riz nanti..?
" Aku nak jumpa? Itu pun kena ada alasan ker?"
Maklum balas Dhiea membuatkan Riz meraup wajahnya. Tak sangka Dhiea berubah, Kalau dulu jika diajak kemana- Mana Dhiea akan tiada alasan untuk menolak. Gadis itu akan hanya menurut segala permintaan Riz.
Dhiea tiada pilihan. Kali ini dia mengalah tapi bukan lain kali.. Mungkin ini adalah terakhir.!
" Ye ! Dhiea Datang Riz . tunggu Dhiea bersiap dulu, mungkin lambat sikit." Dhiea memberikan alasan. Namun sebenarnya dia pun ingin melihat seraut wajah lelaki yang dia akan rindu nanti.
Mungkin untuk kali terakhir!
****
" Ada apa?" Penghadang Simen diatas bangunan itu dijadikan Dhiea sebagai alas duduk untuk dia berjumpa Riz. Berbincang,berbual dan melepaskan rindu dihati Dhiea.
Riz mendekati Dhiea dengan sebuah kerusi plastik diletakkan dihadapan Dhiea.
Rambut panjang Dhiea yang berterbangan ditiup angin membuatkan wajah Anggun Dhiea kelihatan berseri, membuatkan hati Riz goyang Dan tak tenang.
" Bangun ! Dhiea duduk Dekat sini. Aku tak nak jadi sesuatu." Riz mulai menapak memberikan ruang untuk Dhiea turun dari batu Dan duduk Di kerusi yang telah disediakan untuknya.
" Nop! Dhiea seronok duduk Dekat sini, nyaman! Kenapa Riz?” senyuman Dhiea terukir yang membuatkan mata Riz berpaling dari memandang kearahnya.
Senyuman Dhiea sekali lagi membuatkan jantung Riz berdegup tak Tentu. Dia telah gelisah melawan dengan perasaan dalam diri..
Sebaliknya bagi Dhiea....
Semua itu Dhiea nampak, Dan disebalik wajah Riz yang berpaling dari melihat wajahnya,membuatkan Dhiea bersedih.
Nampaknya Riz memang tak suka lihat wajah dia. Dhiea mula merasakan tiada sesuatu yang istimewa dalam dirinya yang boleh membuatkan Riz mahukan dia kekal.
Tentang bicara hati yang ingin diluah Dhiea malam ini , punah. Sebaliknya semua itu dia pendam. Mendalam dan jauh dalam hati kecil Dhiea.
Semua yang dibayangkan dalam dirinya Hanya mimpi. " Riz Takkan suka aku?"
" sedar Dhiea jangan bermimpi lagi!"
Setitik Air mata Dhiea mengalir bersama mata yang dilayangkan melihat pemandangan malam. namun air mata itu, cepat - Cepat diseka. Dia tak mahu Riz tahu apa Plan dirinya nanti berpisah dengan segalanya.
Memandangkan mereka telah lepas peperiksaan SPM, ini adalah peluang Dhiea menjauh dari Riz.
Dia perlukan ruang dalam hatinya untuk Lupakan Riz Dan dengan jarak yang menjauh dari Riz, dia minta pertolongan hatinya bekerjasama dengan fikiran bagi membantu melupakan lelaki itu.
" Dhiea dah isikan Kemana nak pergi lepas ini. Riz harap Dhiea berpegang dengan janji kita? Riz dah isikan, tunggu Giliran Dhiea ."
" Hmmm! Bila Riz isi?kenapa tak tunggu Dhiea?"
" Tasha yang isikan untuk Riz. Nanti Dhiea pun buat Dan isi yang sama macam dalam ini." Sesuatu diserahkan Riz kepada Dhiea.
Kertas yang diserahkan Riz dipandang Dhiea. Tak sangka Riz dah isikan kemana lelaki itu akan pergi untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka. Tapi semua yang terlihat dimata Dhiea, kosong.Dia Takkan lagi belajar di pengajian tinggi bersama Riz. Dia akan Ciptakan alasan.
" Thanks Riz! Benda ini Dhiea pegang dulu untuk Dhiea rujuk. Dhiea takut lupa." Alasan yang diciptakan Dhiea.
Senyuman Dhiea bersama renungan Riz telah menghala ke arah pemandangan lautan langgit berbintang.
" Riz harap kita boleh bersama lagi." Pandangan wajah Dhiea dilihat dari sisi. Riz telah Nekad untuk Lamar Dhiea jadi kekasihnya bila mereka bersama nanti meniti Di pengajian tinggi.
"Pasti!"
Suara halus Dhiea berjanji, dimana tubuhnya telah berada disebelah Riz..
*****
" Ouch!"
" Hmmm"
" Haikal" Suara seorang perempuan memanggil lelaki yang sedang bertembung dengan Dhie sebentar tadi.
" Maaf! Saya tak nampak?" Suara Husky seorang lelaki dihadapan Dhiea.
" Tak per, kita salah sama - sama !" Dhiea menaikkan wajahnya melihat Siapa gerangan lelaki yang melanggar dia sebentar tadi.
" Saya Betul - Betul perlukan pertolongan awak!" Tanpa persetujuan Dhiea, tangannya ditarik secara paksa Dan dibawa oleh lelaki itu menghala kearah lain. Bukan kearah yang dia mahu pergi sebentar tadi..
Dhiea cuak dengan reaksi lelaki tadi..
" Awak nak bawa saya kemana?" Wajah pelik Dhiea memandang, sambil tangan cuba dilepaskan dari gengaman. " Gila apa Haikal ini? Dia nak bawa aku kemana?" Haikal yang dirasakan Dhiea mungkin adalah nama lelaki yang sedang membawa diri Dhiea secara paksa.
Tadi Dhiea mendengar seorang perempuan memanggil nama lelaki itu tadi. Itu pun kalau lelaki yang sama.
" Ikut, Diam, Dan jangan banyak tanya. saya janji Saya tak buat apa - apa!" Suara garau Haikal menjelma, bila tubuh Dhiea tidak bekerjasama dengan segala yang sedang dibuat olehnya. Tangannya yang memegang tangan gadis itu Takkan dilepaskan.
Dia Hanya menurut Tapi Setelah dilihat Tujuan sebenar Haikal, dia melawan.
Gila?lelaki ini nak bawa dia ke kereta. Mana Dhiea tak gelabah, terkejut. Macam - macam perkara dalam fikiran Dhiea..
Namun segala tindakan melawan Dhiea pada Haikal, sedikitpun tak mendatang kan hasil.
Tubuh Dhiea akhirnya dimasukkan paksa oleh Haikal ke dalam kereta. Mewah tak Mewah jugalah kereta mamat itu, Audi R8 Tapi bila dipaksa, habis kedudukan tudung Dhiea. Tidak lagi sempurna seperti sebelumnya.
" Gila dia nak culik aku ke apa ini? No! Tak sempat Dhiea nak mengatakan Tidak! Kereta Haikal telah meninggalkan perkarangan Universiti. Buatkan Dhiea tergamam dan matanya tidak melepas melihat lelaki Di sebelahnya.
" Tuhan Tolong sedarkan aku! Aku yang Gila ker Atau Lelaki ini yang Gila sekarang ini?"
Wajah Dhiea pucat. Dia tak boleh buat apa - apa. Pintu kereta terkunci Automatik. Macam mana dia nak keluar. Hanya yang mampu Dhiea lakukan, duduk tanpa bicara. bagaikan diri dia tak wujud dalam kereta lelaki yang Dhiea cuma kenal sebagai Haikal.
" Haikal Sindrom!" Itu nama Senomin yang Dhiea fikir dengan apa yang lelaki itu sedang buat sekarang ini pada dirinya.
" Kita keluar dulu dari sini dulu? Kejap lagi aku terangkan apa yang berlaku?"
" Awak ini siapa?" Wajah lelaki yang serius memandu dipandang.
" Haikal!"
Jadi betullah yang dinaklumkan tadi mamat ini punya nama Haikal.
“ Kita nak kemana?”
*****
“ Thank! Sebab Tolong saya tadi.” Senyuman Haikal terukir diwajah kacak dia.
Tapi semua itu tak buatkan Dhiea tenang. Sekarang dia dengan Haikal sedang berada di tempat Parkir Pusat Membeli belah.
“ Saya Tolong apa?” Memang Dhiea cuba faham lelaki yang dia tak kenal depan mata dia ini. Senang - senang culik dia, lepas itu ucap terima kasih. Memang Dhiea tak faham.
Tapi langkah kaki Dhiea mengikut langkah Haikal yang telah keluar dari pintu kereta.
Kedua - dua langkah mereka terhenti memberikan tempoh untuk Kedua - duanya berpandangan sesama sendiri.
“ Kita pergi makan dulu saya belanja. Lagipun Saya dah lapar. Nanti disana saya terangkan semua Dan saya belanja sebab Tolong saya tadi!”
“ Macam mana?” Haikal masih beriak tenang namun Dhiea masih tidak selesa.Dia masih belum sepenuhnya mengenali siapa sebenar lelaki itu.
Buatnya dia ini kasanova, penjual organ manusi, penculik ? Mati Dhiea nanti. Sedangkan tak ada Siapa pun yang tahu si Haikal kidnap dia sekejap tadi.
“ Saya rasa tak payah ler kot. Saya balik naik teksi. Kita berpisah Dekat sini. Saya pergi dulu !” Langkah Dhiea mula beredar cuba meninggalkan Haikal.
“ Dhiea!” Suara Haikal memanggil namanya.
Dhiea tak sedap hati.
“ Macam mana si Haikal ini kenal nama aku? Entah - Entah semua ini dia yang rancang!”
Dhiea buat - buat tak dengar dengan panggilan Haikal, langkah semakin dilajukan tidak lagi mahu menoleh ke belakang. Namun langkah Dhiea terhenti Sebaik sahaja Haikal berada dihadapan laluan langkahnya.
“ Please! Saya cuma nak balas jasa Awak Tolong tadi.” Rayuan Haikal nampak ikhlas Di hati Dhiea. Semua itu buatkan Dhiea Terasa serba salah.
“ Saya tak Tolong Awak pun Haikal? Saya Tolong apa?”
“ Ada. Kejap lagi saya cerita”
Tanpa bantahan Dhiea terpaksa mengikuti langkah Haikal yang telah menbawanya memasuki ruangan pusat membeli belah itu.
****
“ Apa yang Saya Tolong?” Tanpa menungu lama, Sebaik sahaja tempat telah mereka dapat Dhiea tidak menunggu.
“ Awak dengar tadi Suara perempuan panggil saya? Dari dia lah saya larikan diri?”
“ Apa dia nak?” Dhiea kembali mengingati perkara yang baru lepas berlaku disebalik peristiwa dia dengan Haikal bertembung.
Memang nampak dimata Dhiea, Haikal sedang melarikan diri dari seseorang. Sebab itulah dia Dan Haikal terserempak Dan bertembung.
Haikal menyandarkan tubuhnya sebelum tersenyum yang membuatkan wajahnya yang kacak terserlah. “ Me!”
Jawapan Haikal membuatkan Dhiea tersedak dengan minumannya.
“ Uhuk!Uhuk! Uhukkkk!...
“ Dhiea Awak Okay ker?” Haikal mencuba membantu dengan tangannya, namun tangan Dhiea menghalang. Mereka bukan Muhrim.
“ Saya okay!” Selepas pernafasan Dhiea kembali normal.
“ Macam mana Awak tahu nama saya Haikal? Kita bukan sama pengajian kan?”
“ Saya kawan Linda!”
“ Linda Adda?” Cepat sahaja Dhiea membalas. Hanya Linda Itu sahaja yang dia rapat.
“ Hmmm!”Cepat sahaja Haikal menjawab.
“ Sebab itu Awak culik saya tadi? Sebab kena kejar dengan perempuan tadi?”
“ Pembetulan Cik Dhiea. Bukan Culik Tapi saya minta tolong. Tolong keluarkan saya dari situasi tadi? Rimas!”
Dhiea ketawa.. “ Tak sangka susah juga kan jadi lelaki hensem. Susah nak hidup dekat dunia, asyik kena kejar!” Sekali lagi Dhie Tersenyum.
Mata Haikal ralit melihat kearah Senyuman Dhiea. Bila Dhiea tersedar Senyuman dirinya mati.
“ Nice! Kenapa Awak tak selalu ketawa macam itu Dhiea. Senyuman Awak ... “ Cantik”. Mata Haikal memandang tepat kearah wajah Dhiea.
Dhiea automatik terdiam. Dia tak sukakan pujian, kerana dirasakan Dhiea pujian itu melemaskan dirinya, dia tak tahu nak balas apa jika seseorang memujinya.
“ Gadis itu nak Cinta Awak ker Haikal Atau Awak main - mainkan perasaan dia?” Wajah Haikal dilihat Dhiea berubah, disebalik pandangan mata Haikal yang mengalihkan pandangan, Dhiea dapat tahu sesuatu disembunyikan Haikal dari pengetahuannya.
“ Kita pergi beli belah lepas ini, saya belanja pertolongan Awak tadi. Saya bayar semua!”
“ Semua?” Terbuntang mata Dhiea dengan ungkapan Haikal. Dia bukannya kenal pun Haikal ini siapa?
Kalau Sebab pertolongan tadi dia nak belanja dia Shopping! Gila..
“ Awak hantar kan saya balik? Itu dah memadai?
“ Tapi?”
“ Haikal itu bukan pertolongan saya. Tapi tadi Awak paksa saya ikut Awak. Jadi tak perlu Awak nak balas.”
Dhiea tetap dengan pendirianya. Tak mungkin dia akan meminta Haikal untuk belanjanya.
Cukup lah lelaki itu belanjanya makan. Untuk Haikal menghabiskan duitnya untuk dia, perkara itu tidak masuk akal bagi Dhiea.
Biarpun Haikal seorang lelaki yang tiada masalah dengan duit. Dia Takkan ambil kesempatan.
****
Dhiea tiba Di perkarangan Asrama. Dia keluar dari kenderaan milik Haikal yang membuatkan pelajar - pelajar perempuan memandang kearahnya. “ Hairan “
“ Saya pergi dulu, terima kasih Haikal!” Satu beg kertas dibawa ditangannya itupun selepas dipaksa oleh Haikal untuk diterima.
“ Thank Sebab pertolongan tadi? Nanti kita akan sering bertemu Dhiea.” Cermin gelap mula dinaikkan sebelum Dhiea Sempat membalas.
“ Haikal!” Apa Maksud....!
Belum sempat Dhiea bertanya kembali. Haikal telah laju dengan pemandunannya bersama Senyuman manis dibibir..????
“ Dhiea”.. Seraut wajah yang Tersenyum tadi kembali menghuni fikiran Haikal.
Share this novel