BAB 1

Action Series 184

Arcdralia Online. Sebuah permainan realiti Maya yang memulai popular pada 5 tahun yang lalu. Permainan ini telah mendapat perhatian hampir keseluruhan pemain permainan video realiti Maya di seluruh dunia ini kerana Arcdralia Online merupakan salah satu permainan realiti Maya yang mempunyai pelbagai kebebasan dan kepuasan dalam pelbagai faktor. Arcdralia Online boleh dikatakan sebagai Dunia Baru bagi para pemain di seluruh dunia di mana dunia tersebut seolah-olah hidup dan nyata. Langit, pokok-pokok, air sungainya ditambah lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan dedaun kering di tanah... semuanya terasa sangat nyata ditambahkan kesan dunia fantasi dengan kehadiran makhluk fantasi berterbangan di atas langit berlatarbelakangkan gunung yang menjulang tinggi. Arcdralia Online juga membolehkan para pemain membuat pelbagai jenis quest, penyerbuan (Nota: Raid yang biasa dilakukan oleh kelompok pemain bertujuan untuk mendapatkan bahan, item dan menaikkan level.), menaikkan level dan mendapat reward. Terdapat juga pemilihan kelas-kelas yang mampu menjadikan Avatar pemain lebih kuat berbanding pemain-pemain lain. Pokoknya, semua bergantung pada cara pemain bermain dan memanfaatkan kemampuannya untuk tujuan masing-masing. ****** Hutan Penjara, sebelah barat Kerajaan Naga Putih. Jauh mata memandang, terdapat sebuah pertempuran di mana sebuah penyerbuan dilakukan terhadap segerombolan raksasa di salah sebuah hutan besar. Diantara semua pemain yang berjumlah 25 orang tersebut, terdapat tiga pemain yang paling menonjol di antara semua pemain yang mengikut penyerbuan tersebut. Salah satu daripada mereka bertiga mengeluh dengan agak keras. ''Aduh, ini membosankan. Poin pengalaman mereka terlalu sedikit pula,''. Lelaki itu mengenakan Armor berwarna putih yang tampak mewah dengan mantel hitam yang berkibaran menunjukkan kekuatan dan kemegahannya dengan menancapkan lembing besarnya ke tanah sambil dikelilingi oleh bangkai-bangkai raksasa yang telah dikalahkan. Raksasa-raksasa yang menyerang di sekelilingnya bukan apa-apa baginya apabila lembingnya itu diputar-putar untuk memukul dan membelah mereka. Di atas kepalanya, tertulis nama ID nya, Arca yang merupakan salah satu daripada pemain terbaik Arcdralia. Seorang lelaki berjaket labuh yang serba hitam dengan lengan panjang baru sahaja melubangi seekor raksasa ular bernama Basilisk dengan pistol besar di tangannya. ''Jangan banyak mengeluh. Lakukan tugas kau dengan lebih serius. Lebih cepat raid ini habis, lebih cepat kau rehat,''. Ragou. Itu nama ID nya yang terpampang di atas kepalanya. Sorot matanya yang tajam menjeling kepada Arca yang sedang terlihat kecewa sambil menebas raksasa-raksasa disekelilingnya. ''Hew hew hew...raksasa-raksasa ini terlalu mudah. Alang-alang aku sedang bosan, sini biar aku berikan sedikit 'makanan' pada mereka,''. Arca membuka kuda-kudanya sambil mengangkat lembing besarnya secara horizontal lalu... Damage: 1000~2500 Cost: 570 mana Rank: S-grade Cooldown: 15 minutes - Skill ini akan menghasilkan sebuah gelombang tebasan yang besar yang terhasil daripada hayunan senjata-senjata tajam untuk memotong ke arah yang ditetapkan. Lalu, sebuah gelombang tajam yang besar terhasil daripada hayunan lembing besar tersebut membelah tubuh raksasa-raksasa yang berada di sepanjang jalannya. 'Keuk, kwajak, kraasshh,' [Anda telah membunuh Chimera] [Anda telah membunuh Evil Pegasus] [Anda telah membunuh Black Metal Soldier] [Anda telah membunuh Flaming Bear] [Anda telah membunuh Skeleton Soldier] [Anda telah membunuh Zombie Runner] [.......] [.......] [.......] [.......] Lelaki yang lain berjubah kelabu berkerudung mencebik. ''Che, menunjuk,''. Katanya lalu menambah ''Kau ingat kau seorang sahaja yang ada skill yang kuat? Ini aku tunjukkan pada kau apa itu yang disebut kuat,''. ID nya tertulis Nemesis sebagai pengenalan. Ragou melihatnya lalu cuba menegah. ''Jangan, nanti semua raksasa akan-''. Terlambat, Nemesis telah melafazkan mantera sihir untuk melakukan serangan AoE (Area of effect) pada skala besar. Sasarannya gerombolan monster di hadapan mata yang menunjukkan kegilaan. Damage: 1500~3000 Cost: 990 mana Rank: S-grade Cooldown: 30 minutes - Sihir yang diciptakan oleh Sang Penyihir Agung yang menjadi lagenda untuk memusnahkan makhluk iblis yang datang menyerang ke dunia manusia. Serangan ini memakan hampir keseluruhan medan peperangan yang didominasikan oleh pasukan gerombolan makhluk kegelapan. Batu-batu yang dipanggil akan menyebabkan ledakan besar terhadap kawasan yang disasarkan. ''Sila mati dan jadilah poin pengalaman untukku. Hahaha,''. Wajah Nemesis berupa seperti orang gila bodoh apabila memikirkan kehebatannya yang sedang ditampilkan. Pedangnya yang juga berfungsi sebagai tongkat sihir diacukan ke arah gerombolan raksasa itu. Batu-batu meteor banyak berjatuhan menghujani raksasa-raksasa yang berada di dalam kawasan serangan itu. Boom, bom, boom, krak kaboom. Ledakan demi ledakan terjadi menghasilkan kepingan-kepingan raksasa dan tanah yang bertebaran ke udara impak daripada serangan meteor-meteor itu. [Anda telah membunuh Great Golem] [Anda telah membunuh Evil Pegasus] [Anda telah membunuh Big Ogre] [Anda telah membunuh Cyclops] [.......] [.......] [.......] [.......] Terdapat beberapa ekor raksasa yang terselamat daripada serangan-serangan gila milik Arca dan Nemesis itu berasa ketakutan. Raksasa-raksasa itu mengikut nalurinya lintang-pukang melarikan diri ke arah pendalaman Hutan Penjara tersebut demi menyelamatkan diri mereka. Pemain-pemain lain yang melihat hanya mampu kagum dengan skill yang digunakan oleh Arca dan Nemesis dengan pandangan iri. ''Luar biasa. Ini ke kekuatan dari pemimpin kelompok?''. ''Aku pernah melihat beberapa kali dia menggunakan skill tu tetapi tetap sahaja, itu nampak hebat tak peduli berapa kali aku melihatnya,''. ''Yeah, tak dapat disangkal lagi mereka berada di dunia yang berbeza dengan kita,''. ''Nampaknya, julukan Triple Blade bukan sekadar julukan sahaja,''. ''Sial. Kenapa hanya mereka mampu memiliki skill penghancur gila itu? Dengki pula aku melihatnya''. ''Apa kita akan ada peluang untuk menjadi seperti itu?''. ''Hanya usaha keras sahaja yang mampu mengubah keadaan kita untuk menjadi seperti itu pada masa akan datang,''. Suara-suara pujian dari para pemain lain itu terus kedengaran yang melihat kemampuan Arca dan Nemesis dari belakang. Nemesis spontan berasa hidungnya semakin tinggi apabila mendengar suara-suara tersebut dan Arca mencebik bibirnya walaupun dalam hatinya bangga dengan pertunjukannya sebentar tadi. Ragou menepuk dahinya melihat kesombongan sahabat-sahabatnya itu dan untuk suatu alasan dia berasa kecewa. 'Aku berharap tidak ada yang akan mengatakannya' Dalam hatinya berharap namun kedengaran satu suara yang agak kuat datang dari seorang pemain yang tampak seperti pemula. ''Maaf, tapi kalau semua raksasa dah kena sapu habis, macam mana kami yang level rendah ini nak naik level?''. 'Uhuk' Para pemain yang terlibat dalam penyerbuan tersebut segera tersedar akan situasi yang terjadi pada waktu itu. Manakala wajah Arca dan Nemesis yang penuh dengan kesombongan itu berubah menjadi pahit apabila mendengar pertanyaan tersebut. Segera, para pemain yang terlibat dalam penyerbuan tersebut mempamerkan rasa kebencian yang kuat terhadap dua pemain itu. Lantas, mereka hanya mampu menelan air liur mereka sambil berpandangan antara satu sama lain. ''Uhh...Arca,''. ''Ya?'' ''Kau faham apa yang terjadi sekarang ni, kan?'' ''Ya, tau.'' ''Kau faham situasi kita sekarang ni, kan?'' ''Yeah.'' ''Kau tau apa yang perlu dibuat, betul tak?''. ''Yeah,''. Anggukan didapatkan. Hawa kebencian yang datang dari kelompok pemain lain semakin besar menyingkirkan perasaan kagum yang bertandang sebentar tadi menambahkan kegusaran Arca dan Nemesis. Ragou melihat situasi tersebut menggeleng. 'Kan dah. Aduh mereka ni...' Ragou menggerutu sambil melangkah ke tengah cuba untuk melonggarkan ketegangan pemain-pemain lain yang mengikut penyerbuan. ''Hei... bertenanglah kalian. Raid masih belum selesai. Bos monsternya masih-''. Secara tiba-tiba, tekanan udara di sekeliling mereka menjadi tersangatlah berat mengejutkan seluruh anggota kelompok penyerbuan. ''Guh!'' ''Sial...!'' ''Apakah-?'' Para pemain lain merasa tertekan dengan tekanan tersebut. Manakala Ragou mula mengetap bibirnya, Arca dan Nemesis mula menyeringai. Otak mereka mencerna intel yang difikirkan sebelum dihantarkan ke mulut mereka untuk diluahkan. ''Dia dah keluar.'' Serentak dengan itu... 'Gwaaaarrgghh...' Auman yang sangat kuat menunjukkan hawa kehadiran yang berat itu datang daripadanya. Dari kawasan pendalaman Hutan Penjara itu, terdapat pergerakan yang besar dan pantas menerbangkan pokok-pokok yang ada di atas jalannya menuju ke arah kelompok penyerbuan. 'Ah, sial.' Secara spontan, Ragou, Arca, Nemesis dan anggota yang lain memikirkan hal yang sama pada waktu itu. Jelas, tekanan udara yang berat itu menunjukkan hawa kehadiran seekor makhluk yang amat kuat sedang mendatangi mereka. Arca memahami situasi tersebut segera memberi arahan. ''Semua mula bersiap cepat. Bos penjara akan sampai.'' Karismanya sebagai pemimpin kelompok penyerbuan tersebut mula menyerlah di situasi yang menggemparkan ini. Segera, para Tank menggunakan perisai untuk dijadikan sebagai benteng. Mage dan Supporter juga mempersiapkan alat dan buku sihir masing-masing bagi melafazkan mantera sihir mereka. Begitu juga dengan semua Marksman, Assassin dan Fighter mulai mempersiapkan senjata-senjata mereka bagi menghadapi bos penjara yang sedang mendatangi mereka. Bam! Pokok-pokok yang berada di hadapan mereka terpelanting ke segala arah akibat kemunculan mendadak bos raksasa yang tidak terduga itu. Para Tank mula mengaktifkan perisai mereka untuk menahan pokok-pokok hutan yang berterbangan ke arah kelompok. Di balik debu tanah yang berterbangan, muncul susuk tubuh yang gergasi mengadap ke arah kelompok penyerbuan dengan pandangan marah. Kulit yang bersisik tampak keras dan teguh dengan kuku kakinya yang terlihat seperti besi hitam. Di tambah pula, duri-duri besar dan kukuh yang melindungi bahagian belakang tubuh bos monster itu dengan hujung ekornya yang berbentuk bulat seperti telur mempunyai duri-duri tajam dan keras. Persis Ankylosaurus* versi T-rex. (Note*: dinosaur). Cost: -- Rank: C-grade Cooldown: -- - Membenarkan pengguna mengetahui sesuatu tentang perkara yang berkaitan dengan target. --- Nama: Drake Bumi Penguasa yang Terbangkit. Level: 680. Julukan: Bos Hutan Penjara. - Anak kepada Raja Naga Tanah Dooman yang masih dalam masa pertumbuhan. Sering memerintahkan raksasa-raksasa yang tinggal di dalam kawasannya bagi mempertahankan kawasannya. Walaupun begitu, kekuatannya masih sangat kuat bersamaan dengan 1/10 kekuatan asli daripada Raja Naga Tanah Dooman. Nemesis tersengih melihat bos monster dengan muka yang sedikit risau. Dia tidak merasakan Ragou, Arca dan dirinya dalam bahaya tetapi tidak bagi anggota kelompok penyerbuan yang lain. ''Heh... Bos macam apa ini? Bukankah ini agak melampau?'' Pedangnya dihunuskan ke hadapan, berada di dalam posisi bersiap siaga. Kakinya diubah ke bentuk kekuda. Bos raksasa tersebut menatap ke arah kelompok penyerbuan dengan pandangan marah. Yah, kerana kita menyerang kawasannya. Itu satu-satunya alasan yang masuk akal untuk situasi saat ini. ''Apa yang akan terjadi sekiranya kita menyerangnya?'' Seorang pemain yang memegang busur yang dihalakan ke arah bos penjara bertanya. 'Seorang Marksman dengan kelas pemanah ya.' Panah yang terdapat di tangannya sudah siap sedia untuk dilepaskan. Arca segera memberi arahan... ''Baiklah. Ranger* mulakan serangan!'' (Nota*: Pemain yang menyerang musuh dari jarak yang jauh) Semua pemain dengan job Mage dan Marksman memulakan serangan jarak jauh masing-masing bagi menyerang bos dungeon tersebut. Erangan sang bos mula memekik dengan kuat akibat dari serangan para pemain. Matanya mula melihat ke arah pemain Marksman dan Mage yang menyerangnya. ''Tank, provok aggro segera!'' Arahan selanjutnya kedengaran Alban yang merupakan Tank utama pasukan mula mengaktifkan skillnya ke arah sang bos. Effect: +30% damages reduction Cost: 365 mana Rank: A-grade Cooldown: 13 minutes - Menarik perhatian musuh yang berada di sekeliling dengan memprovokasi mereka supaya menyerang si pengguna. Pengguna akan menjadi sedikit kebal terhadap semua serangan selama berpuluh-puluh saat mengaktifkan skill ini. Bos penjara yang sedang mendatangi pemain-pemain Mage dan Marksman, segera mengalihkan perhatiannya kepada Si Tank utama kelompok penyerbuan. 'Jangan risau. Aku boleh buat.' Si Tank utama cuba untuk menenangkan dirinya. 'Kalau bos penjara ini aku boleh menahannya, mungkin Raja Naga Tanah Dooman boleh dikuasai tak lama lagi.' Effect: +75000 shields Cost: 850 mana Rank: A-grade Cooldown: 20 minutes - Pengguna akan mempunyai pertahanan yang luar biasa kuat untuk mengatasi kekuatan besar yang menyerangnya. Si Tank utama itu mula mempersiapkan diri dengan menggunakan skill terkuat miliknya untuk menahan serangan bos penjara yang akan dilancarkan kepadanya. Dia berusaha untuk berfikiran positif dan fokus pada pertempuran. Gabungan antara dua skill terkuat miliknya telah digunakan untuk menahan serangan bos penjara tersebut. Namun... Krak.. KA...BOOM! Sebuah tinju gergasi segera meremuk dan menghancurkan perisai Si Tank utama kelompok penyerbuan yang telah diperkuatkan dengan buff selanjutnya menghentam tubuh Si Tank utama melayang ke udara. [Perisai telah menyerap 75000 kerosakan] [Perisai Heartstone telah mencapai 0] [Perisai Heartstone pecah] [Pemain telah terkena 100 510 kerosakan] [Pemain Alban telah mencapai 0 HP] [Pemain telah mati] [Pemain mendaftar keluar] ''Apa yang... terja..di?'' Si Tank utama kelompok penyerbuan tersebut tidak dapat menerima kenyataan perlahan-lahan berubah menjadi debu-debu yang berkilauan lalu menghilang. Semua terdiam seribu bahasa. Para pemain yang melihat kejadian itu terkejut dengan kemampuan sang bos dungeon menghancurkan Si Tank utama kelompok penyerbuan dengan sekali serang sahaja. Bahkan Ragou, Arca dan Nemesis juga terpaku melihat bos penjara tersebut sekelip mata bergerak menghentam Alban si Tank utama dari jarak 780 meter! Sungguh mengagumkan bos dungeon Hutan Dungeon ini. Pada saat itulah, peluh dingin mula menitik daripada dahi Nemesis. ''Ah, sial.'' ___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience