Series
184
Kerajaan Naga Putih, di dalam Dewan Persidangan Istana Agung Raja Naga Putih.
'' Tuanku, situasi sekarang ini sudah semakin terdesak! Kita perlu segera membuat keputusan sekarang.''
Seorang lelaki muda dengan pakaian yang bercirikan bangsawan ternama sedang mendesak seorang lelaki tua untuk segera membuat keputusan.
Lelaki tua itu yang sedang duduk di sebuah kerusi yang lebih bermartabat berbanding orang lain yang duduk bersama di meja bundar itu.
'' Menteri, jaga kelakuanmu terhadap Raja kita! '' Teguran keras datang dari seorang lelaki yang mengenakan armor perang.
Lelaki tua tadi segera memberi isyarat agar lelaki berarmor tadi agar bertenang.
Lelaki berarmor tadi segera menutup mulutnya namun sorotan matanya tetap tidak berubah. Memandang menteri tadi tajam.
Lelaki tua tadi memandang ke arah bangsawan menteri tadi lalu menyatakan pendapatnya.
'' Bertenanglah, menteri. Beta tahu jikalau kamu gelisah kerana wilayahmu akan menjadi sasaran pertama serangan makhluk kegelapan. Tetapi kita tidak perlu membuat persiapan terburu-buru.''
Dia menghela nafasnya sebelum menyambung.
''Pendapatmu tadi agar memanggil pahlawan dari dunia lain itu tidak beta bantah. Tetapi, kita semua telah mengetahui bahawa pemanggilan pahlawan ini agak berbahaya. Kita belum tahu apa kita boleh berjaya jika kita memanggilnya. Tambahan pula, kita belum tahu masalah macam apa yang akan terjadi nanti.''
Masalah yang akan terjadi? Siapa? Pahlawan?
Semua orang yang berada di persidangan itu tertanya-tanya.
Menteri yang mendesak tadi bertanya ''Apa maksud tuanku?''
Sang raja menarik nafas panjang sebelum berbicara '' Maksud beta, kita tidak mengetahui manusia seperti apa yang akan terpanggil nanti untuk diangkat sebagai pahlawan kita.''
Seorang menteri lain mengangkat tangannya.
''Maksud tuanku, kita perlu memikirkan risiko pahlawan berniat jahat yang akan terpanggil nanti?''
''Benar. Jikalau pahlawan seperti itu yang terpanggil, bukan hanya negara ini yang akan menghadapi masalah tetapi seluruh persekutuan ini akan dalam bahaya. Bahkan, ada kemungkinan kita dihancurkan oleh pahlawan sebelum penyerbuan makhluk kegelapan dari utara.''
Si menteri tadi terus mendesak lagi.
''Itu cuma dugaan sahaja, tuanku! Bagaimana jikalau pahlawan yang berhati mulia yang akan terpanggil?''
''Dan bagaimana pula jika berlaku sebaliknya?'' Lelaki berarmor perang tadi mencelah.
''Adakah anda sanggup bertanggungjawab terhadap apa yang akan terjadi sekiranya pemanggilan pahlawan tidak berlaku seperti yang diharapkan? Perkara ini sudah tentu akan menghancurkan kerajaan ini apabila kita gagal bahkan jikalau anda membayar dengan nyawa sekalipun, itu tidak akan cukup. Ingat! Kita hanya mempunyai satu artifak kuno sahaja. Jikalau pemanggilan ini tidak berjaya, maka harapan kita akan musnah sama sekali.''
''Ketua Jeneral, anda tidak perl-..''
Ketua Jeneral itu tidak mempedulikan bantahan menteri itu dan terus menambah. ''Berdasarkan sejarah dunia, daripada 100 pemanggilan pahlawan, hanya 5 pemanggilan sahaja yang berjaya dan 3 daripadanya adalah pahlawan yang berniat jahat sehingga membawa bencana kehancuran kepada negara pemanggil dan termasuk kerajaan di sekitarnya. Ketiga-tiga merupakan bencana terbesar dalam sejarah dunia setelah kemunculan mendadak Portal Kegelapan di Tanah Utara. Tidakkah itu menunjukkan bahawa pemanggilan pahlawan ini mempunyai risiko ancaman yang lebih besar berbanding kebaikannya?''
Dewan persidangan mula sunyi tanpa kedengaran suara bantahan terhadap hujah yang diberikan oleh ketua jeneral sebentar tadi. Terdapat juga suara-suara yang menunjukkan sokongan terhadap hujah yang diberikan oleh ketua jeneral itu.
Menteri yang mendesak tadi terjelepok pada kerusi dengan wajahnya yang menunjukkan keputusasaan yang amat. Dia berasa amat kecewa kerana permohonannya untuk dilaksanakan pemanggilan pahlawan dari dunia lain mendapat tentangan yang hebat.
Dalam fikirannya, terbayang-bayang mata para penduduk di wilayahnya yang penuh mengharap supaya beliau kembali dengan bantuan kerajaan untuk mempertahankan wilayah tersebut. Terngiang-giang pesanan isterinya yang tercinta supaya berhati-hati dalam perjalanan dan rengekan anak-anaknya yang berusia 2~13 tahun memintanya supaya tidak pergi meninggalkan mereka telah menambah kesedihan hatinya.
Teringat beliau pemandangan yang indah yang memukau dangan ladang perkebunan di wilayahnya akan segera berubah menjadi padang jarak padang terkukur sekiranya keinginan untuk melakukan pemanggilan pahlawan ini tidak berhasil.
Beliau mengetahui bahawa dia sedang berusaha disudutkan. Tentu sahaja kerana beliau seorang bangsawan yang baru diiktiraf dari golongan orang biasa kerana pernah berjasa pada Istana Kerajaan Naga Putih. Beliau pernah berjasa memimpin para penduduk untuk mencari barangan penting istana yang dicuri dan membantu menangkap para pencuri itu dengan kecerdikannya. Sebagai hasilnya, Raja telah menganugerahkan status bangsawan kepadanya untuk mengelola wilayah yang menjadi tempat tinggalnya sekarang.
Hal tersebut membuat beliau telah mendapat banyak musuh daripada golongan bangsawan asli. Sudah tentu mereka yang iri hati dengannya akan mengambil kesempatan ini untuk menjatuhkan wilayah milik beliau.
''Kalau begitu, bagaimana cara kita untuk mengatasi serangan makhluk kegelapan dari utara?'' Tanyanya sambil mengurut dahi dengan nada kecewa.
''Mereka bukanlah makhluk yang boleh dilawan dengan kemampuan kita saat ini. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan kerajaan kita adalah dengan memanggil pahlawan dari dunia lain itu.'' Tambahnya lagi.
Betul, walaupun ada sebilangan orang yang cuba menentang usulan menteri tadi, semua orang yang berada dalam dewan persidangan itu juga memikirkan hal yang sama tentang permasalahan tersebut.
Makhluk kegelapan ialah makhluk yang kononnya tercipta kembali dari keputusasaan dan kejahatan yang terjadi di dunia ini. Makhluk kegelapan ini sangat berbahaya kepada kehidupan kerana keberadaannya itu sendiri adalah racun.
Tanah Utara dahulu adalah sebuah tanah yang subur dengan penuh dengan kekayaan sumber alam seperti bijih mineral, tanah subur dan hutan kayu tebal yang pelbagai jenis pokok dan binatang yang mendiaminya menjadi rebutan banyak kerajaan.
Itu semua berlaku sebelum terbukanya portal hitam yang dikenali sebagai Portal Kegelapan di Tanah Utara yang menyebarkan miasma berwarna hitam yang mengubah semuanya menjadi keracunan dan membangkitkan makhluk kegelapan yang terdiri daripada pelbagai unsur alam. Saat itulah, sihir gelap mula tercipta.
Kejadian itu telah mengorbankan lebih berbilion-billion orang, menghancurkan lima buah negara dan merugikan belasan kerajaan yang menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan negara-negara yang berada di Tanah Utara. Sewaktu awal pernemuan dengan Portal Kegelapan itu, lebih ratusan ribu tentara yang dihantar oleh setiap kerajaan bagi membantu mempertahankan kerajaan di Tanah Utara daripada serangan makhluk kegelapan.
Namun, tragedi paling berdarah berlaku apabila 3/4 orang yang berada di Tanah Utara mati dengan tragik kerana pelbagai sebab. Ada yang mati keracunan sihir. Ada juga yang mati akibat berbunuhan sesama penduduk lain untuk kepentingan diri sendiri dan yang paling menyayat hati dalam tragedi berdarah itu, 50 peratus orang yang mati di Tanah Utara kerana telah menjadi mangsa serangan mendadak dari makhluk kegelapan yang muncul.
Hal ini menyebabkan para penduduk yang tidak sempat melarikan diri mati dalam keadaan yang mengerikan kerana mayat-mayat mereka bersepai dicabik-cabik oleh makhluk-makhluk kegelapan itu dan berselerakan di mana-mana tempat membantu menyebarkan bau busuk dan penyakit yang membawa maut bagi semua makhluk hidup.
Namun, satu-satunya yang mampu menekan kekuatan kegelapan itu adalah dengan menggunakan kekuatan pahlawan dunia lain. Pahlawan dunia lain mempunyai kemampuan untuk melawan kekuatan kegelapan itu dengan ketahanan dan kekuatan sihirnya yang luar biasa tinggi. Selama 100 tahun terakhir sejak pahlawan dunia lain terpanggil mengakhiri pertempuran dengan membuat segel di perbatasan untuk menghalang penyerbuan makhluk kegelapan itu.
Ya. Walaupun semua menyedari perkara itu, tetapi tetap sahaja itu sebuah keputusan yang sulit dibuat mengenangkan risikonya. Si raja mula mengambil nafas panjang.
''Baiklah, beta telah memutuskan...''
Semua orang memandang ke arah raja yang telah bangkit dari kerusinya. Si Raja itu memandang ke seluruh anggota dewan persidangan sebelum memandang ke arah menterinya yang mendesak tadi.
''Panggil puteri beta dengan kadar segera. Kita akan segera melakukan pemanggilan pahlawan!''
Semua orang di dalam dewan persidangan itu terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh raja mereka.
''Tuanku!''
''Rajaku!''
''Yang Mulia!''
Menteri yang mendesak raja tadi menjadi gembira setelah mendengar keputusan raja tersebut. Dia menangis dalam kegembiraan.
'Wilayahku masih mempunyai harapan lagi.'
Setelah keadaan berjaya ditenangkan, ketua jeneral tadi segera menunduk sebelum berkata kepada Si Raja.
''Mohon fikirkan tentang perkara ini dengan lebih mendalam lagi, Yang Mulia.''
Si Raja menoleh ke arah ketua jeneral itu lalu bertanya ''Kalau begitu, apakah kamu sudah mempunyai solusi lain bagi masalah yang kita hadapi sekarang ini?''
''I-itu...belum lagi, Yang Mulia.'' Tergagap dia menjawab.
''Jikalau begitu, kita terpaksa menggunakan solusi yang ada sekarang ini, memandangkan masa sudah semakin suntuk.''
Sekali lagi, suasananya bertukar menjadi heboh gara-gara keputusan akhir yang diambil oleh Si Raja tadi.
Setelah semua di dalam dewan persidangan itu bertenang semula, Si Raja mengatakan sesuatu.
''Kita tidak mempunyai cara lain lagi. Kita akan bertaruh pada pemanggilan pahlawan kali ini.''
Di beberapa sudut di dalam dewan persidangan itu, terdapat mata-mata sekumpulan orang dengan pandangan mata yang penuh kebencian terhadap apa yang berlaku.
*****
Nafasnya sudah tercungap-cungap. Pergerakan pemuda itu tidak teratur dengan tubuh yang dipenuhi luka. Hal yang sama berlaku pada dua sahabatnya yang berada di sekelilingnya. Tombaknya dipacak agar dapat membantu menyeimbangkan badannya sendiri daripada terjatuh.
Di hadapan mereka terjadinya pembantaian yang dilakukan oleh seekor raksasa seukuran bos terhadap anggota kelompok penyerbuan mereka. Raksasa itu dengan buas menghentam, melahap dan memijak anggota kelompok penyerbuan seperti kucing melawan serangga.
Akhirnya, yang tinggal hanyalah tiga orang sahabat itu setelah raksasa itu menukarkan separuh daripada anggota kelompok penyerbuan yang lain menjadi abu berkilau yang berterbangan. Para pemain lain yang terselamat ada yang melarikan diri atau bersembunyi kerana tidak mahu mati.
Bagi pemain, mati di dalam permainan ini akan l turunnya beberapa level yang susah payah didapatkan. Pemain kebanyakannya mengambil masa seminggu sehingga beberapa bulan menjalankan beberapa permintaan yang sulit hanya untuk menaikkan 5~7 level. Tetapi, sekali mati bersamaan dengan kehilangan lima level. Oleh kerana itu, kebanyakan pemain tidak banyak melakukan PK* dan membencinya kerana mereka tahu bagaimana peritnya menaikkan level. (Nota*: Player Kill = Pembunuh pemain yang melakukan pembunuhan kepada pemain lain semata-mata untuk naik level atau merampas item milik mangsa).
Bos penjara itu segera mengalihkan pandangannya dan bergerak ke arah tiga orang yang tersisa. Monster membuka mulutnya sebelum sihir mula terkumpul dan memadat.
Lelaki bertombak itu tadi segera berdiri sebelum menggunakan skillnya.
Share this novel