Rate

Ep 2

Romance Series 661

3 tahun lepas....

"And I know.. And I know.. And I know.. That's it's you..."
Tengah rancak Vya menyanyikan lagu It's You by McKay semasa dia sedang menuruni anak tangga, terasa bahang di pipinya akibat ditampar oleh daddynya, Dato' Ashriff.

"Ouch.. Sakitlah daddy. Why?" Vya mengosok pipinya yang gebu itu dengan PERASAAN yang marah. Mana taknya baru bangun terus tidur terus kena tampar.

Dato' Ashriff melempar beberapa keping gambar ke arah wajah Vya dengan kuat sehingga menyebabkan dahi Vya terhiris dan berdarah.

" WHAT IS THIS?" Vya mengutip satu persatu gambar-gambar yang berselerak di atas lantai.

"Daddy, Vya boleh explain daddy. But before that, Vya nak daddy Tahu yang Vya tak buat semua benda ni daddy. Ni semua deepfake, daddy. You need to trust me daddy, dalam gambar ni bukan Vya.Vya tak buat semua benda ni daddy. Yes, I know, Vya nakal. Kaki minum kaki night club but Vya tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki yang bukan mahram Vya,"

" KELUAR KAU DARI SINI!! KAU BUKAN ANAK AKU LAGI!! " Dato' Ashriff memegang dadanya yang berasa sakitt seperti dunianya tiba-tiba menjadi gelap gelita. Dato' Ashriff telah disahkan mengidap penyakit jantung sejak 5 tahun yang lepas semasa umurnya genap 50 tahun. Dia tetiba sahaja pengsan semasa majlis hari jadinya yang ke-50. Dan semasa itulah dia disahkan mengidap penyakit sakit jantung.

"ABANG!! WAKE UP!!" Datin Amna menerpa ke arah suaminya yang telah terlantar di atas lantai. Dia meneriak memanggil suaminya. Vya juga terus menerpa ke arah daddynya dan dia terus menelefon ambulans datang ke rumahnya.

****

Di hospital....

Dato' Ashriff dibawa ke hospital yang terdekat dengan rumah mereka. Sudah hampir 2 jam Dato' Ashriff di dalam bilik pembedahan. Datin Amna tidak habis-habis menyalahkan Vya atas apa yang berlaku. Bukan itu sahaja, Datin Amna juga menghalau Vya dari situ. Tetapi Vya seorang yang sangat degil, dia tidak mengalah dan terus duduk di hadapan bilik pembedahan itu. Akhirnya Datin Amna juga yang terpaksa mengalah.

Selepas sejam, Doktor Faiz keluar dari bilik pembedahan dan memaklumkan bahawa Dato' Ashriff tidak dapat diselamatkan.

"THIS IS YOUR FAULT!!AKU TAK AKAN PERNAH MAAFKAN KAU SAMPAI BILA-BILA!!SEBAB KAU SUAMI AKU MATI!! AKU TAK ADA ANAK MACAM KAU!! BERAMBUSSS!!" Datin Amna menghalau sambil memukul Vya dengan kasar. Vya menahan segala kesakitan yang dialami. Dia cuba menenangkan mummynya sehingga dia ditolak sehingga dahinya berdarah akibat tekena bucu kerusi. Vya tetap kuat dan bangun untuk menenangkan Datin Amna sehinggalah wanita berusia 53 tahun itu jatuh terkulai layu.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience