Rate

Ep 1

Romance Series 661

Let's dance together
Get on the dance floor
The party won't start
If you stand still like that…

"Let's party tonighttt,"
"Vya, kau nak belanja kitorang ke ni?"
"Tonight... Aku belanja korang,"

Dengan keadaan mabuknya, Vya menari seperti orang yang tidak ingat dunia.

Vya Aqhyar merupakan seorang gadis yang berumur 22 tahun. Seorang lepasan mahasiswi di sebuah universiti swasta di London. Kaki night club. Kaki minum. Akan tetapi Vya mempunyai prinsip tersendiri, mahkotanya hanyalah buat lelaki yang bergelar suami. Vya seorang gadis yang sangat digilai ramai lelaki. Mana taknya, dia mempunyai sepasang anak mata hazelnut, kulitnya yang putih kemerah merahan, tinggi bak seorang model, mempunyai badan yang ramping. Boleh dikatakan Vya seorang yang serba serbi sempurna. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya raya iaitu keluarga Dato' Ashriff Dan Datin Amna. Akan tetapi, Vya tersalah pilih jalan.

*********

3 tahun kemudian....

Di pantri pejabat...

"Vya, Vya dah makan? Kalau belum jom lah makan sekali dengan makcik. Makcik beli banyak lauk ni. Tak terhabis makcik nak makannya," pelawa makcik kalsom kepada Vya.

"Boleh juga makcik saya pon belum makan lagi ni. Makcik beli lauk apa ni?"

"Makcik beli ayam masak merah dengan teh ais ni,"Vya termenung sendirian. Ayam masak merah adalah lauk yang sangat disukai oleh kedua ibu bapanya. Teringat seketika Pada apa yang jadi 3 tahun lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience