Bab 23

Romance Completed 1281374

Setelah hampir 12 malam, Nurlisa belum ada tanda tanda akan bangun. Dia masih ketiduran pulas di katilnya. Beberapa kali badannya bergerak gerak, tapi masih tidak juga bangun. Kelihatan Nurlisa sangat bahagia di dalam tidurnya.
Perut Syed Arman sudah lama tepu, memberi isyarat kelaparan kepada tuan badannya. Lapar sungguh lapar, tapi Syed Arman tidak mahu makan sendirian.
Syed Arman selesai memasak sup ayam bersama sayur bayam 3 jam yang lepas. Setelah menerokai dapur sang puteri itu, bermacam macam yang boleh di masak, tetapi dek kekangan pengalaman, itu sahaja yang paling senang. Itu pun jenuh mengodek pakcik google untuk menjadi sup separa sedap itu. Kenapa Syed Arman mengelarkan separa sedap? Kerana dia tidak tahu tahap sedap “bunga lily” yang sedang ketiduran itu.
Dalam kegelisahan, Syed Arman berkali kali merasa nadi dan nafas Nurlisa. Bimbang sekiranya Nurlisa tidur dan tidak akan bangun bangun. Dia takut sesuatu yang buruk berlaku.
Dengan tiada pilihan, dia sekali lagi menelefon abangnya, Syed Adam. Pandangan Syed Adam diperlukan saat ini.
“Abang, dah pukul 12 ni, tapi Lisa tak bangun pun lagi. Apa aku nak buat bang? Takkan aku nak tidur sini, bahaya bang..” tutur Syed Arman apabila Syed Adam menjawab panggilannya.
Ketika menjawab panggilan adiknya, Syed Adam sudah berada di atas katilnya, berkira kira untuk tidur, kerana esok ada perjumpaan penting dengan Kontraktor yang akan membina sekolah tahfiz di Arau itu. Sepatutnya Syed Arman yang lead that meeting, tapi memandangkan adiknya tidak in good “condition”, dia harus meneruskan meeting itu dengan Danish.
“Cuba kamu ambil tuala bersih, basahkan dan lapkan muka dia. Insyallah dia bangun sekejap lagi tu, ubat itu akan buat dia tidur dalam 5 jam sahaja. Lepas bangun nanti, kamu pujuk dia untuk mandi, then kasi dia makan. Lepas tu baru kamu balik. Be gentleman la sket bro…”, pecah ketawa Syed Adam apabila menuturkan ayat yang last tu.
Syed Adam tahu adiknya dalam kerisauan, dia dapat mengagak adiknya mula merasa sayang kepada Nurlisa. Cara adiknya bercakap dan bertanya pun dia tahu adiknya sangat polos tentang cinta. Dengan penuh rasa sebak, dia sangat kasihan pada adiknya.
“Abang, suruh la adik datang sini, kalau aku kena tangkap basah, canne? Sat gi tak mengaku anak babah tu nanti. Apa aku nak jawab dengan semua orang…,” suara polos itu bertutur lagi.
Syed Adam ketawa kuat..
Ketawanya memecah sunyi biliknya.
“Heii budak handsome, kalau dah kena tangkap basah, kahwin la, apa susah, abang tak minta bayaran langkah bendul, jangan risau,” ketawa Syed Arman masih bersisa
“Ngok la kau bang, dah lah, aku tunggu sini, nanti cakap babah, aku ada hal,” kata Syed Arman sambil mematikan taliannya.
Syed Arman berdengus kasar dengan abangnya. Boleh pulak bergurau, getus hatinya.
Dia melangkah ke wordrobe Nurlisa, mencari tuala yang di maksudnya oleh Syed Arman. Daripada luar, dia nampak banyak tuala kecil tersusun di rak paling atas, semua berwarna putih. Dia lantas mencapai tuala kecil itu dan melangkah ke bilik air. Dia harus membasahkan dan mengelap muka Nurlisa.
‘harap harap Lily aku sedar’ doanya di dalam hati
Usai memerah tuala kecil itu, dengan berhati hati dia menapak ke katil Nurlisa. Dia meletakkan punggungnya di birai katil itu. Rasa kasih sayang bersarang di hatinya.
Sumpah, kasih itu tertumpah apabila melihat wajah Nurlisa yang sangat lemah, tidur seperti jauh daripada masalah dunia.
Dengan perlahan, dia menyelak rambut di dahi Nurlisa. Tetapi matanya tertancap kepada parut di dahi Nurlisa, seperti kesan daripada jahitan luka. Tangannya meraba parut itu perlahan, seolah olah dia memberi aura kasih sayang kepada Nurlisa.
‘Dia mesti nakal masa kecik ni, sampai parut masih berbekas’ omelnya sendiri
Dengan berhati hati, dia meletak tuala kecil itu di muka Nurlisa dan mengosok perlahan lahan. Apabila tuala kecil itu menyentuh Nurlisa, kelihatan tangan Nurlisa cuba memegang wajahnya. Tangannya cuba menarik sesuatu di atas mukanya.
Apabila tangannya tidak berjaya, Nurlisa membuka mata perlahan. Matanya tertacap pada Syed Arman yang sudah tersenyum di sebelahnya. Kelihatan Syed Arman sangat gembira apabila Nurlisa membuka matanya.
‘Hebat la kau bang, semua benda kau tahu’ Syed Arman berkata di dalam hatinya sampai bibirnya mengukir senyuman paling kacak
“Lily, you kenal I kan? You ok tak ni, atau kita nak gi hospital,” sapa Syed Arman mesra.
“Sebelum you tanya, I masuk tadi sebab you yang kasi password. Tadi badan you lemah sangat, I tak buat apa apa, cuma betulkan kedudukan you atas katil jer, then I kecahkan dapur you sebab masak tadi. Selebihnya I terpacak kat sini tunggu you bangun,” haaaaa….panjang lebar Syed Arman cerita, dia takut Nurlisa menuduhnya menceroboh.
Kelihatan Nurlisa memandang Syed Arman tidak berkelip, tiada airmata di wajahnya, cuma mulutnya terkatup. Lama Nurlisa memerhatinya, seolah olah ingin menelannya.
“Lily, jangan pandang I sampai kedalam dalam rusuk, I dah lapar ni, jom la makan,” Syed Arman meletakkan vitamin manja pada suaranya, supaya Nurlisa tidak merasa terlalu tegang. Dia tersenyum lagi.
“You boleh bangun tak? You gi mandi dulu, nanti kita makan,” kata Syed Arman lagi, menjalan semua saranan abangnya. Dia tersenyum lagi. Senyum dan senyum lagi
Setelah Nurlisa lama mendiamkan diri dan pandangan di alih kan dinding biliknya, Syed Arman mendengar suara manis Lilynya itu.
“Tuan Syed, i susahkan you kan? Minta maaf sangat, you tengok I lemah gini, Insyallah lepas ni takkan berlaku lagi, I janji,” lemah suara itu, kedengaran sangat perlahan.
“I ingat masa you call tadi, tiba tiba rasa lemah, I cuba nak bangun, tapi tak boleh pulak,” tutur Nurlisa dengan airmata yang mula merembas keluar. Dia gagal mempamerkan kekuatanya di hadapan Syed Arman. Dia pasti Syed Arman ketawa kerana dia jadi bodoh kerana cinta, jadi perempuan lemah kerana seorang lagi. Dia bimbang Syed Arman menuduhnya mencari perhatian lelaki apabila sisi lemahnya terpamer di situ.
“Lily, ada tak I kata I susah, tak kan? Later kita cerita pasal tadi. Now you kena mandi, segarkan badan, then kita makan, lepas makan, baru I balik, ok?,” suara lembut Syed Arman memujuk. Dia berharap benar yang Nurlisa mendengar cakapnya.
Nurlisa cuba untuk mempamerkan wajah manisnya. Dia masih teringat jelas yang malam terakhir mereka bersama 5 tahun dahulu, Syed Arman sangat romantis, siap memangilnya sayang. Meluahkan cinta seolah olah mereka tidak akan terpisah, tapi di hujungkan dia yang di tinggalkan. Untuk kali ini, dia tidak akan percaya. Dia harus melihat ‘drama’ yang sedang di mainkan oleh Syed Arman.
‘Begitu tega Syed Arman berpura pura tidak kenal dirinya, dasar anak orang kaya, cakap macam biawak’ sumpah Nurlisa di dalam hatinya.

Lisa tersenyum sendiri kerana ini adalah kali pertama dia menyebut biawak apabila memarahi Syed Arman. Selama ini dia tidak pernah memburuk burukkan Syed Arman di dalam taman hatinya.
Nurlisa menggangap marahnya sudah up kepada satu level. Hehe
Syed Arman gembira apabila Nurlisa sudah tersenyum.
‘Alhamdulilah, semoga mood dia baik masa makan nanti, boleh lah bercerita cerituk’ Syed Arman berkata kata di dalam hatinya.
“Tuan Syed duduk luar lah, I nak mandi then tukar baju” kata Nurlisa perlahan. Dia memandang Syed Arman tersenyum tawar.
‘Melekat sini pulak’ omel Nurlisa di dalam hatinya.
“ok ok, I tunggu luar, tapi jangan close the door, if anything happens, senang I nak rescue you. Promise? “, kata Syed Arman sambil memberi isyarat jarinya kelingkingnya.
“Baik lah Tuan Syed, saya tutup pintu, tapi tak kunci. Promise,” kata Nurlisa. Tonasi suaranya sedikit longgar, tidak tegang seperti tadi.
Nurlisa bangun dari pembaringannya dan melangkah ke bilik air. Kaki dan badannya sudah tidak longlai seperti tadi. Dalam langkah ke bilik air, matanya tertancap kepada gambar Eiman di atas meja sisi katilnya. Dia lantas mencapa gambar itu dan menyimpan didalam laci.
‘Syed Arman tidak boleh tengok gambar ni’ ujarnya didalam hati.
Semasa membersihkan dirinya, hatinya menjadi lembut, jiwa romantisnya bertandang. Semua kenangan manis dia bersama Syed Arman datang satu persatu. Walaupun cuma sebulan bersama, tidak mungkin dia lupakan sentuhan romantis Syed Arman.
Tidak mungkin
Tidak akan pernah dia lupakan
Bersambung
Di rumah kadi itu,
Aku nikah akan dikau, Syed Arman Ziyad bin Syed Awaludin dengan Nurlisa Sofea binti Azman dengan mas kahwin adalah surah alfatihah. Dan jejaka yang bernama Syed Arman itu menjawab nikah dengan sekali sebutan. Semasa acara membatalkan air sembayang, didepan kadi itu, dia membaca Alfatihah dengan penuh jiwa. Maka nikah itu sah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience