BAB 8

Romance Completed 626

“Adik Along kuat.Kalau betul dia jodoh Nurul, insya-Allah jumpa jugak
nanti.” Ucap Along perlahan.Aku hanya mengangguk sambil mengelap air mata.

*

2 tahun kemudian...

“Slow nya kereta depan ni kan, ManMan?” Aku mengusap stereng ManMan
sambil memastikan jarak ManMan dengan kereta hadapan tak terlalu
dekat.Dahlah jalan jam gila sekarang ni.

*Ku merindu,*

*Merindu cinta yang tulus dari hatimu*

*Selalu ku impikan hidup bersamamu*

*Ku kan selalu menanti balasan cintamu*

Aku tersenyum ketika lagu Ku Meriundu berkumandang.Haih, tiba-tiba aku
rindu pulak dekat cikgu hensem.Sejak dari hari aku pass dengan JPJ,
sampailah sekarang aku langsung tak pernah jumpa dengan cikgu hensem
lagi.Ada sekali,aku pergi dekat pusat latihan memandu tu, tapi akak yang
urus pendaftaran dekat kaunter cakap cikgu hensem dah berhenti sejak
hari aku habis belajar dengan dia.Mula-mula aku terpinga-pinga
jugak.Tapi lama-lama aku faham.Mungkin cikgu hensem nak tumpukan
perhatian dengan kerja sebenar dia.

“Dah dekat pukul 6.30 dah, ManMan.Mesti nanti Along bising ni sebab kita
tak balik-balik lagi.” Aku mula merungut kecil sambil melihat jam di
dashboard. Harap-harap Kak Shakirah bolehlah tolong aku pujuk Along
nanti.Sejak Along dah kahwin ni, dia jadi makin mengada-ngada.Nak kena
pujuk je.Hahaa..nasib baik Kak Shakirah tu layan je perangai dia.Dan aku
pun terkena sekali tempiasnya.Sabar jelah...Tapi kadang-kadang tu sekali
Kak Shakirah merajuk, susah jugak Along nak pujuk.

“Kelakar betullah Along.” Aku tergelak sambil memandang hadapan.

Streeeet! Bum!

Aku terhentak ke hadapan.Arghh! ManMan kena langgar? Aku cepat-cepat
bagi signal ke kiri.Kemudian bergegas keluar dari kereta dan menuju ke
bahagian belakang ManMan.

“Oh tidak ManMan!”

Aku terduduk di situ sambil mengusap bahagian belakang ManMan yang
kemek.Rasa macam nak menangis je sekarang ni.Susah-susah aku jaga ManMan
tapi sekarang ni dia dah kemek! Waaaa!

“Cik, err...maafkan saya.” Aku mengangkat muka memandang seorang lelaki
yang berdiri di sebelah aku.Aku hanya diam sambil berdiri di sisi ManMan.

“Saya bayar ganti rugi untuk kereta Viva awak ni ye.” Kata lelaki itu lagi.

Aku menggeleng sambil tersenyum sedikit.

“Takpelah.Saya nak baiki sendiri ManMan.Saya mintak diri dulu
ye.Assalamualaikum.” Balas aku sebelum membuka pintu kereta.

“ManMan?” Soal lelaki itu sambil memandang aku dengan tajam.

Aku tergelak kecil.Memang orang pelik bila aku panggil kereta Viva warna
putih aku ni dengan nama ManMan.Singkatan bagi Aiman.Sebenarnya, aku
sengaja beli kereta Viva putih ni semata-mata untuk mengenang kembali
kenangan aku ketika belajar memandu kereta dengan cikgu hensem.Dan aku
namakan kereta ni sebagai ManMan supaya aku tak terlalu rindu dekat
cikgu hensem walaupun sebenarnya aku masih merindui dia sangat-sangat.

“Nama kereta saya ni ManMan.Awak boleh gelak kalau awak nak.”

Dia hanya tersenyum kecil.”Nama kereta saya ni Yaya.”

Jari telunjuknya menghala ke arah keretanya yang juga Viva berwarna
putih.Aku tergelak kecil sebelum tersentak.Rasanya aku macam pernah
dengar nama Yaya tu.

“Yaya?”

Aku pandang lama lelaki di hadapan aku sekarang.Dan mata aku terus
membulat apabila lelaki itu menanggalkan spek mata hitamnya.Spontan aku
menekup mulut.

“Cikgu...”

“Saya tak sangka boleh jumpa awak lagi, Wiyah.”

Aku menahan sebak.Dah lama orang tak panggil aku Wiyah.Aku memandang
cikgu hensem dengan mata yang kabur dek air mata.Cepat-cepat aku seka
air mata dari mengalir.Luruh rindu aku bila tengok muka dia.Patutlah aku
tak cam dia tadi.Stail rambut dia dah berubah..Lebih kemas dari dulu.Dan
mukanya lebih cerah berbanding dulu tapi senyuman dia tetap tak berubah.

“Apalah cikgu ni? Dulu cikgu jugak yang ajar saya supaya jangan ikut
dekat-dekat sangat dengan kereta depan.Tapi sekarang ni cikgu yang buat
salah.” Kata aku sambil ketawa.

Cikgu hensem ketawa kecil.”Awak kena jadi cikgu sayalah nampaknya.”

Aku baru nak balas apa yang cikgu hensem cakap tapi tiba-tiba telefon
bimbit aku berbunyi.Aku memberi isyarat supaya dia menunggu sebentar
sementara aku menjawab panggilan yang datangnya dari Along.

“Assalamualaikum Along.”

“Waalaikumussalam.Lambat lagi ke nak balik?”

“Err..nak balik dah.Tadi ada accident sikit.”

“Accident?! Nurul cedera tak?” Along bertanya dengan cemas.

“Tak..tak cedera pun.Cuma ManMan je rosak sikit kat belakang.”

“Suruh orang tu bayar ganti rugi.”

“Along, bukan ke Nurul dah cakap kalau benda-benda berkaitan dengan
ManMan, Nurul nak guna duit sendiri.” Balas aku sambil memperlahankan
volume suara.

“Tapi dia yang langgar adik kan?”

“Ala Along....please.Nurul nak guna duit sendiri.”

Aku mendengar Along menghela nafas panjang.

“Yelah-yelah! Balik cepat tau.Mak dah siap masak tu.”

“Ai ai captain.Lagi 20 minit Nurul sampai.”

Sebaik sahaja aku mematikan talian, aku tersenyum sumbing ke arah cikgu
hensem yang dah bersandar dekat pintu kereta dia.

“Cikgu, saya mintak diri dulu ye.Along dah bising-bising.”

“Ohh...Along awak dah kahwin?”

Aku mengangguk dengan dahi yang berkerut.Kenapa tiba-tiba tanya Along
dah kahwin ke belum?

“Kenapa cikgu?”

“Takde apa.Saya menunggu cahaya penawar saya untuk kembali dan sekarang
dia dah kembali.Dan saya takkan lepaskan dia dah.”

“Hah?” Aku tertanya-tanya.Pelik dengan kata-kata cikgu.

Cikgu hensem hanya ketawa sambil menggeleng kepala.

“Takde apalah. Oh ye, awak still guna nombor telefon yang sama ke?”

“Tak, saya dah tukar nombor.”

“Patutlah saya call tak dapat-dapat.Saya nak nombor awak yang baru
boleh?” Tanya cikgu hensem sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari
poket seluar.

“Errr...”
“Boyfriend marah eh?” Dia bertanya tiba-tiba.Cepat-cepat aku menggeleng.

“Saya takde boyfriendlah, cikgu!”

Dia ketawa kecil.”Good then.May I have your number?”

“013-922...”

Aku melihat cikgu hensem save nombor aku sebelum memandang aku.

“Saya guna nombor yang sama.”

“Ohh...”

“Macam mana dengan ManMan ni?” Soalnya sambil menjuihkan bibir ke arah
belakang ManMan yang kemek.

“Takpe, saya baiki sendiri nanti.”

“Salah saya kan? Jadi biar saya bayar ganti rugi ye.”

Aku menggeleng laju-laju.”Cikgu guna duit tu untuk baiki Yaya.”

“Tapi...”

“Takde tapi-tapi, cikgu. Hehe...saya balik dulu ye.Assalamualaikum.” Aku
melambai tangan ke arah cikgu hensem sebelum masuk ke dalam perut kereta.

“Waalaikumussalam Wiyah!” Aku mengangkat tangan sedikit sebelum memandu
ManMan sambil mengerling cikgu hensem melalui cermin pandang belakang.

“ManMan, kau dah jumpa Yaya!” Aku tergelak kecil sambil mengusap ManMan.

“Dan aku dah berjumpa dengan Aiman aka cikgu hensem!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience