BAB 1

Romance Completed 626

“No excuses, Nurul. Dari dulu lagi Nurul duk tangguh-tangguh nak
ambik lesen kereta.Ingat yang Nurul dah 24 tahun.Nanti bila dah dapat
kerja, kena jugak drive sendiri.Mak tak kira, esok Nurul kena jugak
pergi kursus tu.Dah tak boleh nak tangguh-tangguh.” Tegas mak sambil
memandangku dengan tajam.Aku segera menarik nafas panjang.Ye ye...memang
betul dah banyak kali aku tangguh nak belajar bawak kereta.Alasannya
mudah je sebab aku takut! Takut tengok kereta banyak-banyak kat
jalan.Dahlah laju giler diorang bawak! Kadang-kadang aku rasa macam
tengah duduk kat litar Formula One! Tu belum jumpa lori dengan bas
lagi...haih! Seram sejuk dah aku sekarang ni.

“Tapi mak, Nurul takutlah.”

“Apa yang nak ditakutkannya, dik? Bestlah bawak kereta.Senang nanti adik
nak keluar jalan-jalan.Taklah asyik Along je nak hantar sana-sini.Kalau
macam tu sampai sudahlah Along tak laku sebab orang ingat Nurul ni
isteri Along.” Kata Along yang memandang ke arahku sebelum mengalihkan
pandangannya ke arah televisyen semula.Aku mencebik.Bukan selalulah!
Kadang-kadang je.

“And manalah tahu kut-kut terjumpa cikgu yang hensem dekat sana.Boleh
jadi menantu mak dengan adik ipar Along.” Sambung Along lagi sambil ketawa.

Bulat mata aku memandang Along.Terus tangan aku mencapai sebiji bantal
kecil dan melempar tepat mengenai muka Along. Yes! Aku ketawa besar
tanpa menghiraukan Along yang menjelingku dengan geram sambil
membetulkan rambutnya yang dah serabai.

Menantu? Adik ipar? Aku menggeleng kepala.Langsung tak terfikir nak
kahwin sekarang ni..Masih ada banyak benda lagi aku nak buat dan
berkahwin bukan salah satu daripadanya.Err...tapi kalau jodoh aku dah
tiba, aku terima seadanya.

“Along! Nurul pergi sana nak belajar bawak kereta bukannya nak cari
jodoh! Lagi satu, Nurul tengok cikgu-cikgu tu semua nampak macam dah tua
je.” Balas aku sambil menjeling Along tiba-tiba ketawa.

“Siapa cakap? Ada apa yang muda.Bukan setakat muda, hensem lagi
tau.Along nampak masa hari tu! Nurul manalah nak nampak sebab tak ikut
kami masa hari tu!” Along masih galak mengusikku walaupun dah banyak
kali aku membaling bantal kecil tepat mengenai mukanya.

“Okey! Stop it, Along! Jangan nak usik Nurul je.Banyak benda lagi
Nurul nak fikir.Takde masa nak fikir pasal benda tu buat masa sekarang
ye.” Kata aku tegas sambil memeluk tubuh.

“Fine but just wait and see.”

Sebiji lagi bantal kecil aku baling ke arah Along tetapi Along telah
berjaya menangkapnya sambil tersengih.

Aku menjeling geram.Mak pula hanya menggelengkan kepala melihat aku dan
Along bergaduh.Ada ke cikgu yang hensem kat situ? Kalau ada, mesti best
kan? Aku pun makin bersemangat nak belajar.Okey Nurul, apasal kau
tiba-tiba gatal ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience