Chapter 13

Romance Completed 11244

-Ainul Dhiyah-

Aku berjalan di belakang dia..
Aku lihat ramai gadis seuniversiti ku melihat Hafidz.Kenapa?! Dia bukannya hensem pun. Kenapa aku nak kisah? Tapi aku rasa marah ? Apa perasaan ini?
Inikah cemburu?

Aku mengikut Hafidz sehingga masuk ke dalam kereta dia.

"Siapa lelaki tadi?!"Jeritnya.

"Kawan.. Kenapa jeles?" Tanya ku.
Aku lihat mukanya mula memerah . comel!

"Tak! Tapi aku nak kau jaga maruah kau! Kau tu isteri aku walau macam mana pun" katanya..

"Saya tahulah.." kata ku. Dia menghidupkan enjin kereta dan teruskan perjalanan yang aku tak tahu nak kemana.

"Lain kali tak payahlah nak keluar makan dengan lelaki lain. Dan aku nak kau tinggal di rumah aku sepanjang semester ini. Aku dah suruh Hariz bagitau Aima. So kau tak payahlah risau." Panjang lebar apa yang dia cakap.

Dia membawa ku ke sebuah restoran mewah di ibukota Kuala Lumpur ini.

"Subhanallah.." aku terpegun melihat kecantikan restoran ini.

"Dah. Duduk dan order."

"Tuan mahu pesan apa?" Kata waiter itu.

"Bagi saya Spaghetti Carbonara satu dan
Cappuccino Ice."Katanya.

"Saya nak Nasi ayam dan Air fresh orange. Terima kasih" kata ku.

"Kenapa kau nak aku duduk rumah kau?"

"Suka hati aku lah. Aku suami kau." Katanya.

Aku terdiam. Benar dia suami aku tapi patut lah aku biarkan dia begitu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience