Chapter 4

Romance Completed 11244

Selepas 5 tahun...

"Aima!"Jerit ku. Aima mengambil bidang sastera sementara aku mengambil bidang engineering computer di salah sebuah universiti di Ibu Negara ku ini.

"Dhi! Lama tak jumpa kau kan? Kalaulah kita dapat sebilik kat U kan?" Hehe Aima tak tahu yang aku dah isi borang permohonan pertukaran bilik.

"Aima tengok ni."Aku memberi borang permohonan yang telah mendapat kebenaran.Mata Aima membulat.

"Serius weh!? Happy Gile!" Siapa tak happy kan?

"Weh,Dhi Kau ingat tak Hafidz?" Huh? Mamat tu ke?

"Mana boleh lupa mamat poyo Plus sombong kot," balas ku.

"Tengok kat FB dia.. Dia dah balik Malaysia.." Larh apa kaitan dengan aku?

"Kau stalk Dia ke?" Aku saja menyakat Aima.

"Mana ada kerja aku nak stalk Anak jantan orang. Si Hariz tu nak letak mana?" Lupa nak bagitau, yang si Aima Ni dah bertunang dengan si Hariz tu.. Alaa.. bff si Mamat poyo tu..

"Eleh!" Tahulah dah nak kahwin" kata aku dengan nada sedih yang dibuat buat.

"Alah kau! Jom aku belanja makan!" Ujar Aima.
Aku apa lagi senyum kepalang lah.

"Jom!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience