Bedah segera menutup kepalanya dengan cadar. Bedah cuba untuk tidak mempedulikan. Namun suara tersebut masih kedengaran. Sepanjang malam Bedah tidak dapat tidur. Hanya selepas subuh apabila azan berkemundang, Bedah dapat melelapkan mata.
Hampir setiap malam, Bedah didatangi budak perempuan bertocang dua itu. Ibu bapanya juag hairan kerana apabila senja menjelma demamnya datang dan pulih keesokannya. Bedah semakin dihimpit kegelisahan. Budak perempuan itu tetap tidak berputus asa mengajak Bedah bermain. “Ditepi perigi budak perempuan itu akan melambai-lambai mengajaknya bermain. Dari tingkap biliknya Bedah dapat melihat jelas budak tersebut.
Pada mulanya budak itu hanya berdiri di tepi perigi di luar tingkapnya, namun lama kelamaan budak itu berani memasuki biliknya. Disebabkan geram, Bedah mencubit budak itu dan kadang kala memukul budak itu. Budak perempuan itu kadang kala menangis dipukul Bedah . Namun begitu, dia masih datang mengajak Bedah bermain. Sudah hampir seminggu Bedah berkeadaan demikian.
Bedah tidak dapat bertahan lagi. Pada suatu malam Bedah bertanya pada budak perempuan itu, kalau aku main dengan kamu, kamu tak kacau aku lagi?” Budak itu gembira mendengar pertanyaaan Bedah . Dia segera mengangguk kepala. Dibawanya Bedah ke sebuah alam yang asing baginya. Terpinga-pinga Bedah mengikuti budak perempuan itu. Bayangan-bayangan hitam makin mendekatinya, Bedah semakin cemas. Tiba-tiba budak perempuan bertocang dua itu hilang disebalik bayangan hitam. Bedah menjerit ketakutan.
Bedah terkejut apabila dia mendapati dia masih dibiliknya. Budak perempuan itu masih lagi datang mencarinya. Fikiran Bedah semakin kusut kerana tak cukup tidur. Ibu bapa Bedah semakin risau melihat keadaan anak mereka.
Mereka bercadang memangil ustaz Selamat untuk membantu mereka. Pada malam itu, Bedah meracau-racau. Matanya terbeliak memandanf kiri dan kanan. Bedah asyik menjerit “JANGAN GANGGU AKU!!! PERGI!!!! Aah…… “TAK MAU MAIN!!! TAK MAU!!!
Ustaz Selamat hanya mengeleng kepalanya. Dia berserah kepada yang Maha Kuasa untuk membantu Bedah . Ustaz Selamat mula membaca ayat-ayat Kursi dan Yassin. Bedah semakin kuat meronta melawan. Orang-orang yang memegangnya di tendang dengan kuat.
Secara tiba-tiba Bedah mendapat tenaga yang luar biasa. Ustaz Selamat pun hampir-hampir diteranjangnya. Ustaz selamat mula membaca doa. Dia menghembuskan di muka Bedah . Bedah memandang ustaz Selamat dengan renungan tajam.
Ustaz bersuara, “Tinggalkan tubuh budak ini. Dia tidak bersalah.” Bedah masih menjerit dan memandang kiri kanan. Matanya liar memerhati. Sesekali terdengar suara ustaz berdengus. Sekali lagi ustaz Selamat cuba memujuk, namun gagal.
Suara Bedah tiba-tiba berubah. Dia mula bercakap dalam bahasa Cina. Ibu bapa Bedah terkejut besar. Mereka tidak sanggup melihat keadaan Bedah sedemikian. Ibu Bedah pengsan, dengan segera Dollah memegang isterinya yang pengsan. Dalam hatinya, “selamatkan anakku, Ya Allah.”
Tiba-tiba mereka dikejutkan sekali lagi apabila Bedah bersuara. “Saya mau main… Saya sunyi…” Bedah mula menangis teresak-esak. Ustaz Selamat hanya mengeleng kepala. “Roh budak yang tak aman”, bisik hatinya. Suara ustaz Selamat memecah kesunyian malam. “Pergi dari sini. Ini bukan dunia kau.” Kata ustaz Selamat dengan suara lantang. Makhluk dalam badan Bedah masih belum mahu mengalah.
Ustaz Selamat menyuruh anak buahnya mengambil segelas air. Anak buahnya segera berbuat demikian tanpa bantahan. Dia tahu apa niat ustaz. Gelas air diberikan kepada ustaz. Ustaz Selamat mula membaca ayat-ayat suci. Sesekali matanya memerhati Bedah yang semakin kacau.
Apabila selesai, Ustaz menghembus air tersebut ke muka Bedah . Mata Bedah terbeliak lagi. Ustaz segera menyuruh anak buahnya memegang kaki Bedah . Ustaz Selamat mula membaca ayat-ayat suci. Ustaz memegang erat ibu kaki Bedah . Dengan segera dia meminta botol. Ustaz Selamat kelihatan memasukkan sesuatu ke dalam botol. Dengan segera botol tersebut ditutup. Bedah yang kepenatan terdiam. Tiada lagi suara jeritan.
Ustaz Selamat bersuara, “Bedah diganggu roh budak perempuan yang mati dibunuh ketika zaman komunis dulu. Dia sekeluarga dibunuh dengan kejam. Mayat mereka dibuang di lombong lama itu.” Ustaz Selamat berhenti seketika dam menyambung semula. “Kemungkinan Bedah telah membangunkan roh budak itu secara tak sengaja.”
“Apa pun…. Bedah sekarang selamat. Syukur pada Allah”, kata Ustaz Selamat lagi. Ibu Bedah sedar semula dari pengsan. Mereka berterima kasih kepada ustaz Selamat. Sejak dari hari itu Bedah tidak bersikap degil lagi. Dia tidak berani pergi ke lombong lama itu lagi.
Share this novel