BAB 1 : tak kenal maka tak cinta

Crime Series 663

??PERINGATAN??
Semua peristiwa,Nama Dan tempat
Hanyalah fiksi Dan rekaan semata-mata.
Tidak Ada kaitan dengan Yang hidup atau mati.
Jika Ada, mungkin hanyalah kebetulan semata

"Republic of norya" atau "norya republik" merupakan negara Yang mempunyai kekayaan Yang luar biasa,  negara Yang Bahagia.

Nampak sahaja kelihatan
Seperti negara Yang Aman Dan damai,tetapi hanya Ada satu masalah besar Di negara tersebut..

Kes-kes kriminal. Terdapat banyak kes-kes kriminal sejak 27 tahun dahulu,

Kumpulan mafia, pembunuh upahan Dan kumpulan perompak..semuanya Kami Ada,Dan semakin maju teknologi Di Sana. Semakin ramai hacker Yang muncul, sampai buat kumpulan sendiri Pulak Tu.

Tetapi setiap Kali ada kumpulan kriminal ini menduduki kedudukan Yang pertama Di Dalam carta "kriminal Yang paling dikehendaki" Akan menghilang setiap akhir tahun, sekurang-kurangnya Dalam awal Bulan September. Ini membuatkan kriminal-kriminal Di negara itu berkurang.

Tetapi polis sendiri tidak dapat mengenal pasti kemana kriminal-kriminal itu menghilang.

Mungkin kumpulan kriminal Yang sudah hilang itu telah dibubarkan secara rahsia, atau....

'Ding....Ding...Ding...'

Suara Alarm telepon Yang berkumandang Di pagi Hari, iskandar mengeluarkan tangan nya Dari selimut Dan 'turn off' Kan alarm nya.

Bukan nya menutup alarm kerana hendak bangun Dari tidur, sebaliknya dia hanya menutup alarm itu sebab nak sambung tidur, maklumlah dia langsung tak berkerja.

Tetapi alarm telepon itu Masih berbunyi Yang memaksa iskandar untuk bangun Dan Mandi serta makan sarapan.

Ini iskandar,umur 26 tahun Dan tinggal Di apartment sri bongsar. Beliau duduk bersendirian dan tak mempunyai kerja tetap, tetapi dia bukan single macam korang.

Selepas Mandi dia Terus makan roti bakar Yang sudah disalutkan mentega kacang Dan air Milo panas, kemudian dia Mula duduk Di sofa and 'turn on' Kan television Dan menonton siaran berita harian, memang takde keje mamat ni.

Siaran berita itu membaca artikel berkenaan dengan kumpulan penjenayah Yang dikehendaki 'S.K.N' Bulan ini. 'S.K.N' adalah Nama pendek 'Servis , Keselamatan , Nasional', ia adalah Bahagian Dari jambatan kepolisian negara Yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan kes-kes kumpulan kriminal Yang terjadi Di republic of norya.

"Selamat pagi Dan saya pembaca berita anda, siti rosmanwati binti roslan. Sekarang Kita Akan melihat kes jenayah Yang berlaku semalam
Sekitar 8:00 Malam tadi."
Sang pembaca berita menghembuskan nafas Dan Mula membaca artikel Di tangannya

"Pada Bulan September Hari Bulan 3,tepat pukul 8:00 Malam. Sistem maklumat negara telah dihack telah menghilangkan 10 dokumen penting negara Dan telah menghilangkan 25 dokumen lain, pihak kerajaan mengesyaki Yang menghack sistem maklumat negara ialah kumpulan hacker Yang dikehendaki 'S.K.N' iaitu 'HeXangon' Yang sebelum ini hampir menghack sistem keamanan bank"
Sang pembaca berita menjelaskan kronologi kejadian.

Iskandar dengan muka terkejutnya mengambil telepon pintar nya lalu menghubungi seseorang.

"Hello? Eh iskandar,apa pasal Kau call pagi² ni?"
Afiq,kawan iskandar Yang dahulu merupakan kawan sekolah nya dahulu.

"Weh afiq,Kau ngan Yang lain pergi hack sistem maklumat negara semalam ke?" Iskandar bertanya kepada afiq tentang kejadian malam semalam, ternyata afiq merupakan Salah seorang ahli Dalam team 'HeXangon' iaitu kumpulan hacker Yang dikehendaki S.K.N.

"Haah." Afiq dengan selambanya menjawap semula pertanyaan kawannya itu.

"Apasal Aku tak tau pun, korang hack tak ajak Aku?" Satu lagi plot twist, iskandar juga merupakan ahli Dalam kumpulan hacker tersebut.

"Eh eleh..semalam Aku call Kau taknak angkat. Jadi kitorang hack jelah Tanpa Kau. Yang semalam Aku call kenapa tak diangkat?"
Afiq menjelaskan lalu bertanya semula kepada iskandar.

"Bukan apa...Aku tidur mati,mana perasan bunyi orang call" iskandar menjawab pertanyaan afiq sambil menggaru kepala sendiri akibat malu.

"Mhm, dah agak dah..oh ye,nanti Kau datang ke markas tau, bos nak bagi announcement. Ok dah lah Tu, chau dulu"
Afiq kemudian meletakkan panggilan, iskandar merasa ingin tahu tentang 'annoucement' Dari ketua kumpulan 'HeXangon', iaitu syafiq.

Dengan kecepatan seperti cheetah, iskandar Turun ke bawa Dan menghidupkan motor nya lalu bergegas pergi ke markas 'HeXangon' iaitu berada Di sebuah rumah Banglo Yang terletak Di jalan Bunga kenari.

[BERSAMBUNG..]

hi! saya Mumtaz! jika anda mahu melihat lukisan, update Dan info tentang Siri ini,sila follow saya Di Instagram : @musk.chan Dan twitter : @mumtzis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience