Iskandar akhirnya sampai ke destinasi Yang dituju, dia Terus membuka helmet nya Dan meletakkan nya Di atas motor, harap takde sape nak curi.
Iskandar memandang rumah Banglo tersebut sebelum memasukinya.
"Assalamualaikum.. Weh...Ada orang tak ni?.."
Iskandar memberi salam,harap Ada Yang bukakan pintu.
Pintu terbuka, ternyata si norman.
"Waalaikumusalam..ye..Ada orang"
Jawab Norman.
"Eh norman, Kau dah lama sampai ke?"
Iskandar bertanya lagi
"Ini Kan rumah Aku,memang lah Aku selalu 'sampai' dulu"
Norman bergurau sebentar, dah lah lawak hambar.
iskandar hanya boleh mengelengkan kepala melihat rakan nya ITU
"Eh,dah lah Tu. Boss Kita dah tunggu kat atas"
Norman mempersilakan iskandar untuk masuk ke Dalam, mereka berdua bergegas menaiki tangga Dan memasuki sebuah bilik.
Di Dalam bilik itu,terlihat afiq Yang duduk Di atas meja Dan rizki Yang sedang duduk sambil minum air teh'O, sempat lagi ye..
"Aik? Mana syafiq?"
Norman bertanya kepada afiq Dan rizki.
Dengan ajaibnya, syafiq Terus munculkan diri Di belakang Norman Dan iskandar lalu berkata
"Aku pergi ke tandas sekejap tadi"
Syafiq tolong menjawab balik soalan norman beberapa saat tadi.
Norman Dan iskandar hanya menoleh ke arah syafiq, syafiq kemudian menyuruh mereka berdua untuk memberi laluan Dan syafiq menyuruh norman untuk menutup pintu bilik.
"Ok, jadi apahal Kau panggil Kami untuk ke sini?"
Iskandar bertanya kepada syafiq, sang ketua.
Syafiq berdehem,lalu menjelaskan kepada kumpulan nya. "Jadi,semua orang dah tahu pasal kumpulan hacker Yang popular itu telah berjaya hack sistem negara Dan hilangkan dokumen-dokumen penting."
Semua orang hanya menganggukkan sahaja perkataan ketua mereka, malas nak layan lah katanya.
"Jadi...untuk meraikan kerjayaan Kita..apa Kata Kita pergi makan kat kafe mewah Yang Baru bukak minggu Lepas?" Syafiq memberi cadangan kepada ahli kumpulan nya.
Semua ahli kumpulan syafiq hanya memandang satu Sama lain, tak tau lah kalau mereka setuju dengan idea ketua mereka Tu.
"Haih..Aku belanja,nak?"
Mahu atau tak, syafiq harus mengatakan ayat 'magik' untuk membuatkan semua ahli kumpulan nya setuju dengan cadangan syafiq.
Semua ahli kumpulan menganggukkan kepala dengan Rasa puas hati, kalau boss belanja kitorang 'on' jerrr.
Tengah Hari menjelang, kesemua ahli kumpulan Mula bersurai Dari situ.
Kelihatan iskandar sudah berada Di liar rumah Dan mengucap 'bye bye' kepada Yang lain sebelum menaiki motornya lalu beredar Dari situ.
Ketika beliau mahu beredar, iskandar ternampak seorang lelaki buta Yang sedang duduk Di tepi jalan. Iskandar melepaskan semula helmet Yang sudah dipakai, lalu pergi menyapa lelaki buta itu.
Berambut hitam,memakai baju t-shirt putih Dan seluar hitam,Dan juga memakai cermin Mata hitam. Sepertinya berumur 30an.
"Assalamualaikum...pakcik? Pakcik kenapa duduk tepi jalan ni?.."
Iskandar bertanya kepada lelaki buta tersebut,lelaki itu hanya mendongakkan kepalanya ke langit lalu berkata "pakcik sedang menunggu anak pakcik datang ambik pakcik..dah 45 minit pakcik tunggu"
Iskandar berasa berat hati untuk meninggalkan lelaki buta itu keseorangan, dia memutuskan untuk menemani lelaki itu,beliau mengambil tempat duduk Di sebelah lelaki itu.
Mereka berborak Di situ, beberapa minit kemudian, muncul sebuah kereta Toyota berwarna merah berhenti Di depan mereka.
Pemandu itu keluar Dari keretanya, beliau tersenyum melihat mereka berdua sebelum berkata "terima kasih kerana menemani ayah saya. Kami terasa terhutang budi kerana Kamu sudi menemani dia" Kata sang pemandu itu menganggukkan kepala tanda terima kasih.
"Hehe...sama-sama,takde masalah pun,saya seronok sebab dapat bersembang dengan ayah kamu."
Iskandar hanya tersenyum malu, "sorang jeke?" Tanya sang pemandu kepada iskandar, "haah, ni saya Dalam perjalanan nak pergi rumah tunang saya. Nak hantar barang kejap."
"Oh...Kamu dah bertunang ke?"
Iskandar menganggukkan kepalanya menjawab ye untuk soalan pemandu tersebut.
"oh ye,saya nak balik dulu. Assalamualaikum pakcik"
Iskandar mengundurkan diri, beliau bergegas ke motornya lalu menghidupkan enjin motor Dan beredar Dari situ.
Sang pemandu Yang melihat iskandar beredar Dari situ mengeluarkan telepon Dari poket.
"Hello? Ye,Kami dapat bertembung dengan nya"
Sang pemandu sepertinya menghubungi seseorang Dan mengatakan Yang dia sudah bertembung dengan iskandar.
"Dia Kata,dia Dalam perjalanan ke rumah tunang dia."
"Hm? Mula Lepas dia habis jumpa tunang dia? Ok"
Sang pemandu meletakkan semula telepon itu kedalam poket.
Lelaki buta itu melepaskan cermin Mata hitam tersebut. ingatkan buta, Rupa nya tidak.
[BERSAMBUNG...]
akhirnya chapter Baru dah keluar!!! selamat membaca semua!! mahu ikuti perkembangan the criminal games? anda boleh tengok Di: @musk.chan (Instagram) @mumtzis (twitter) Semoga berjumpa lagi Di chapter Yang Akan datang!
Share this novel