BAB 9

Romance Completed 4364

Emma begitu tekun menyiapkan sarapan untuk keluarga Datin Aida. Dia meletakkan mangkuk berisi mee goreng itu dia atas meja. Dia menuang air teh o itu satu demi satu ke dalam cawan yang ada di situ.

“Bestnya mee goreng ini. pandai Emma masak”

Bunyi suara Haykal memuji masakan Emma. Haykal sudah tersengih-sengih kepada Emma. Malu Emma dibuatnya. Blushing sudah pipinya.

“Takdelah Encik Haykal. Biasa-biasa aje tu. Encik Haykal ini puji lebih-lebih pulak”

Balas Emma sedikit tersenyum.

“Eh,betul ini..saya puji ikhlas tahu. And boleh tak awak jangan panggil saya encik. Macam dah tua pulak bunyinya. Umur saya baru 23 tahun tahu”

Kata Haykal lagi. Haydar di depan hanya memandang Haykal. Haykal ini macam nak usha Emma sahaja.

“Eh, er tak boleh lah macam itu Encik Haykal. Encik Haydar pun saya panggil dia Encik”

Balas Emma memandang Haydar di depannya. Haydar juga turut memandangnya. Tiba-tiba pulak namanya disebut oleh Emma. Terkejut juga dia.

“Kau memang kena panggil aku ‘Encik Haydar’. Walaupun aku hanya tua setahun dari Haykal kau tetap kena panggil aku Encik. Faham?”

Haydar tiba-tiba bersuara sambil memandang tepat mata Emma.

“Ya, faham Encik Haydar”

Balas Emma perlahan. Datin Aida hanya melihat sahaja tanpa bersuara. Malas pula mahu melayan karenah anak-anaknya yang kadang-kadang suka menyakat Emma. Kesian pula si Emma itu.

“Biarlah dia Emma. Jangan layan sangat Haydar ini. poyo aje lebih, haha..”

Kata Haykal dengan tawanya. Haydar merenung tajam adiknya itu. Selamba Haykal cakap dia poyo. Panas pula hatinya.

“Kau apahal? Kau tu lagi poyo tahu tak. Dengan rambut kpop macam itu”

Balas Haydar sedikit geram.

“Haha..eh,eh kita pulak yang kena. Rileks la bro, it’s fashion you know”

Balas Haykal dengan tawanya itu. Haykal ini memang kelaka orangnya. Lain betul dengan Haydar. Emma tergelak kecil melihat dua beradik itu. Macam comel pulak dua orang ini.

“Dah lah korang berdua ini. depan makanan pun nak bergaduh. Tak baik tahu”

Kali ini Datin Aida pula bersuara.

“Alah mummy..gaduh-gaduh manja. Kan Haydar kan?”

Kata Haykal sambil mengangkat kening kepada Haydar. Haydar buat muka nak muntah.

“Banyak ah kau gaduh-gaduh manja. Geli aku”

Balas Haydar pula.

“Haha..padahal suka”

Kata Haykal lagi. Tidak habis-habis mahu menyakat abangnya. Di depan Emma pula itu. Jatuh lah saham Haydar.

“Eh, kau ini”

Geram pula Haydar dibuatnya.

“Ish, sudah lah itu korang berdua ini pun. Malu lah sikit dekat budak Emma ini. dah besar panjang pun perangai macam budak-budak”

Datin Aida bersuara cuba meredakan keadaan.

Emma hanya tersenyum. Memang macam budak-budak pun anak-anak Datin Aida itu. Nampak sahaja macho. Haydar cuba mengawal machonya itu. Haykal hanya selamba sahaja. Langsung tak malu di depan Emma.

“Emma, nanti aunty nak keluar. Ada hal sikit. Emma tak apa kan duduk dengan diorang ini sebab hari ini diorang cuti tak ada kelas”

Tanya Datin Aida kepada Emma. Emma terkejut bukan main. Tinggal dengan mereke berdua? Apa lah akan jadi nanti. Tapi dia tidak mahu menyusahkan Datin Aida.

“Ouh, aunty nak keluar eh. Em, Emma okay aje. Lagipun banyak lagi kerja Emma kena buat”

Balas Emma terpaksa.

“Hah, bagus lah macam itu. Korang berdua ini jangan mengada-ngada dengan Emma ini. kalau mummy dapat tahu siap lah”

Kata Datin Aida memberi amaran kepada dua orang anak lelakinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience