BAB 10

Romance Completed 4343

Emma sedang sibuk menyapu lantai di ruang tamu. Tidak pula kelihatan dua beradik itu. Biarlah lagi bagus jika mereka tidak munculkan diri. Senang Emma nak buat kerja. Tanpa dia sedar ada tangga berdekatan tempatnya itu. Kakinya semakin ke belakang dan semakin dekat dengan tangga itu dan tiba-tiba dia tergelincir. Ini memang dah tentu-tentu dia akan jatuh. Emma memejamkan matanya tetapi kenapa dia tidak rasa lantai yang keras sebaliknya macam ada seseorang yang memegang badannya.

Emma memusingkan kepalanya. Bulat matanya melihat Haydar rupanya yang menyelamatkan dia daripada terjatuh. Buat seketika mata mereka bertatapan. Lama juga mereka berkeadaan begitu.

“Wahh! Ada drama lah kat sini”

Tiba-tiba bunyi suara Haykal menyedarkan mereka berdua.

Haydar pantas melepaskan badan Emma. Emma hanya berdiri tegak di situ. Malu. Malu dengan Haydar. Malu dengan Haykal. Manalah dia hendak letak muka. Haydar berdehem. Dia pantas bergerak keluar. Pergi melarikan diri lah itu. Yalah, dah terkantoi dengan Haykal tadi mesti lah malu.

“Eh eh, lari pulak. Malu ke cik abang oii”

Kata Haykal dengan gelak nakalnya. Memang suka kenakan orang budak ini. Emma sudah tidak dapat menahan malu lagi.

“Er, saya pergi dapur dulu ya”

Kata Emma kepada Haykal dengan wajah yang tunduk.

“Baik-baik jalan itu..kan terjatuh nanti susah pulak. Orang yang nak sambutnya dah larikan diri itu”

Kata Haykal lagi sambil tergelak besar. Memang sengaja mahu menyakat orang Haykal ini. Emma cepat sahaja bergerak ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience