Bab 76

Romance Completed 1263976

Hari Rabu
Selepas pulang dari rumah agam itu, ini adalah hari pertama Syed Arman masuk ke pejabat. Dia tidak mahu terlalu mengikut gelodak hatinya, dia perlu mencari kesibukan supaya dia tidak terlaku sakit.
Selepas pulang daripada Perlis juga, dia tidak pulang ke rumah, tetapi tinggal di hotel berdekatan dengan pejabat. Setiap hari dia pergi ke kondo Nurlisa, menunggu Nurlisa pulang, sehinggakan Pak Cik Jaga itu sudah menjadi kawannya, dia sudah berjanji akan menelefon Syed Arman sekiranya Nurlisa pulang.
Dia berhajat untuk ke rumah Uncle PI untuk berjumpa Eusoff, tetapi mengikut kata adiknya, dia berjumpa dengan Eusoff semalam dan Eusoff tidak berkata apa apa. Mereka berbincang tentang kerjasama mereka, bagaimana untuk meneruskan tanpa Nurlisa.
Dia keliru, sejak dari hari itu, Eusoff tidak lagi menghubunginya. Pak Leman memintanya tidak terlalu ghairah mencari Nurlisa, beri masa untuk Nurlisa berfikir, biar Nurlisa rindu padanya, Pak Leman pasti Nurlisa akan pulang.
Semalam dia berjumpa Haiqal, selepas mendapat details contact daripada Pak Leman. Tiada yang dapat Haiqal tolong kerana sudah lama juga Nurlisa tidak menghubunginya, number Nurlisa juga tidak dapat dihubungi.
Melalui Haiqal, dia mendapat banyak cerita tentang Nurlisa, malah dia mendengar dengan penuh keresahan apabila Nurlisa kehilangan ayah dan ibunya di usia yang masih mentah, mengharungi hidup sebagai anak yatim piatu semasa dia masih sangat memerlukan perlindungan seorang ayah.
Kini dia faham kenapa Nurlisa begitu menyintainya, kerana sosoknya datang semasa Nurlisa berada di dalam kesunyian yang teramat sangat. Dia juga faham erti sebuah kebahagian bersama isterinya, apabila dia melihat cinta Nurlisa bersinar pada dirinya, dia masih ingat pandangan itu, penuh cinta dan kemanjaan, dan rasa itu dia pasti tidak pernah pudar.
Melalui Haiqal juga, dia tahu dirinya adalah cinta pertama Nurlisa, kerana selama ini Nurlisa tidak pernah punya teman lelaki, walaupun Haiqal sendiri pernah beranggapan mereka di dalam fasa bercinta. Tetapi Haiqal salah faham tentang kemanjaan Nurlisa terhadap dirinya, dan apabila mereka berjumpa, kini Haiqal faham kenapa Nurlisa begitu menyintai dirinya.
Mengikut Haiqal lagi, Nurlisa begitu mendambakan lelaki yang boleh membawanya mengenal erti sebuah kesusahan di dalam sebuah perhubungan, dia tidak mahu sebuah perhubungan yang bermula dengan persahabatan, dia juga tidak mahu sebuah perhubungan yang melihat kepada kecantikannya, dia juga tidak mahu dia dipandang hebat di mata sang kekasih, yang dia mahu sebuah kepayahan untuk memiliki kerana dari situ dia akan lebih menghargai.
Terlalu banyak yang Syed Arman sesak dada kerana Nurlisa, sedari hari pertama dia tahu Nurlisa adalah isterinya, dia tidak pernah berhenti memikirkan Nurlisa. Tangannya begitu ringan mengangkat menadah doa kepada Allah, meminta ampun, meminta rahmat, meminta Allah mengasihaninya, meminta Allah menolongnya. Dia begitu berharap ada magik di dalam takdirnya.
Sedari hari itu juga dia sudah menyekat number Sharifah Sakinah, dia sudah tidak mampu memandang wanita itu, dia sudah tidak mampu meneruskan apa yang dirancang oleh mereka bersama. Dia terlihat sangat jahat, tetapi dia tidak mampu lagi..
Dia sudah menerangkan segalanya kepada adik perempuanya, menghantar voice note kepada adiknya, agar adiknya dapat menolongnya menyampaikan kepada Sharifah Sakinah.
Dalam cerita mereka, Sharifah Sakinah tidak salah, dia yang bersalah kerana memberi harapan, dan meneruskan harapan. Tetapi di dalam perjanjian mereka, sebelum mereka berkahwin, sekiranya dia terjumpa sesuatu yang menjurus kepada kisah hidupnya, perjanjian itu terbatal. Jadi dia perlu menerangkan kepada Sharifah Sakinah tentang harga Nurlisa di dalam hidupnya, di dalam hatinya.
Tetapi…
Dia perlu berjumpa dengan isterinya dahulu, dia perlu memberitahu dunia tentang takdir yang paling manis untuk dirinya. Dia berasa sangat beruntung, dia merasa dirinya disayangi Allah, walaupun Allah memberi kedukaan besar di dalam cerita mereka berdua.
Dia perlu memastikan tentang kehamilan Nurlisa, dia teruja untuk memeluk anaknya. Pasti anaknya sudah berumur 5 tahun dan dia pastikan anaknya memiliki rupa paras yang elok dan peribadi yang utuh seperti Nurlisa.
Dia teringin untuk melihat wajah anaknya, apa panggilan untuk dirinya, adakah Babah, Daddy, ayah atau papa? Arrhhhh….dia berdoa semoga anaknya lelaki, supaya nanti mereka boleh bergusti bersama, pergi gym bersama, berbasikal lasak bersama.
Aduhai… dia meraup wajahnya perlahan, wajahnya sudah tidak berkemas semenjak isterinya hilang daripada radarnya.
Daripada hari itu, dia bercakap sendiri dengan dirinya, seolah olah bercakap dengan anaknya. Dia membayangkan anaknya berada di hadapannya, mereka bercakap, bergurau dan makan bersama.
Kalau orang lain mendengar dia bercakap sendiri, pasti ada yang menuduhnya gila.
Dia senyum sendiri.
Khayalan berhenti apabila mendengar ketukan di pintunya. Terjengul wajah Ameena di muka pintu itu apabila dia membenarnya masuk.
“Boss, boleh masuk?,” tanpa mendengar jawapan dari Syed Arman, Ameena terus masuk dan menutup pintu.
Ameena melihat wajah kusam Syed Arman, dia dapat melihat anak mata itu didalam kepedihan yang teramat sangat.
“I nak update pending task, all need your confirmation. Firstly, HR called beberapa kali, nak confirm on the resignation Cik Nurlisa. You need to approve in HR Portal, or you boleh consider to give Cik Lisa 3 months unpaid leave, until you confident nak approve,”
“2nd is our Tahfiz project need your approval a few items, you need to approve in Budget Portal, Tahfiz learning System and HR Portal on the interview. Actually, Cik Lisa dah pilih 10 orang ustaz yang akan handle Tahfiz nanti, tapi kena interview dulu. Beberapa criteria dah decided, Boss boleh refer to Portal. Inforamation tu ada dalam Portal,”
“3rd is laptop Cik Lisa dah sampai, someone hantar kat lobby, letak kat reception counter. Parcel tu datang from Bungkus it, I dah called company tu, dia tak boleh beri information due to PDPDA. and kita hilang jejak Cik Lisa,”
Syed Arman memandang Ameena apabila mendengar tentang laptop dan nama isterinya. Jiwanya kembali bergolak
“I akan approve resignation tu, tapi please talk to HR not to penalize her, due to short notice. Pasal laptop tu, bring here, I nak simpan. Jangan hantar to IT,” suara Syed Arman perlahan, tetapi sampai ke gegendang telinga Ameena.
Suasana sunyi menerjah bilik itu, mereka seolah olah bersama sama hilang kata kata.
“Boss, I ada something nak beritahu you. I rasa bersalah dengan apa yang I akan katakan, tapi I nak betul betul tengok Cik Lisa balik ke sini,” Ameena berkata perlahan. Dia sudah memikirkan berhari hari tentang ini, dia perlu berbuat begini.
Dia perlu untuk mengembalikan Nurlisa kepada cinta hatinya.
Syed Arman memandang wajah Ameena, dia lantas bangun dan mendekati Ameena yang kelihatan sangat serba salah
“You tahu Lisa ada kat mana kan? Tell me…,” suara itu kepanasan, desahan jiwanya membuat dia tidak lagi boleh duduk di kerusinya.
“Boss, please promise you kena cari Cik Lisa sampai jumpa. Dia dah buat banyak perubahan kat Yayasan Endah. Semua staff tak boleh terima kehilangan dia. Sampaikan Danish pun dah start cari dia, sebab Danish rasa Cik Lisa perlu stay untuk tengok result untuk semua kerja keras dia,” suara Ameena tersekat sekat, dia juga terjebak dengan kisah sedih Nurlisa.
Walaupun dia tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi, dia tidak sanggup melihat Nurlisa pergi jauh dari Yayasan Endah, kerana Yayasan Endah jiwanya.
“Ameena, beside semua orang rasa kehilangan dia, apa yang I rasa tak kan sama dengan sesiapa, jadi please tell me dia kat mana?,” desakan itu terlihat sangat tidak sabar, dia sudah melurut dadanya beberapa kali.
“Boss, I cuma tahu password kondo Cik Lisa, I yang tukar that day, kalau Cik Lisa tak tukar lagi, password tu masih sama – 250815 – ini password yang Cik Lisa kasi I suh tukar. Boss pergilah sana, mana tahu ada hint yang boleh jumpa dengan Cik Lisa, atau Cik Lisa ada kat dalam rumah tu,”
“Tapi, apa yang Danish update, Cik Lisa tak de kat kondo, menurut kata management kat situ, Cik Lisa tak balik ke rumah selepas bertolak ke Arau that day. Tapi I tahu Cik Lisa selamat, dia pasti dekat dengan kita, cuma kita tak tahu kat mana,” Ameena memandang Syed Arman yang masih berjalan di biliknya, terlihat sangat gelisah.
“Thank Ameena, cancelkan meeting dengan CEO petang nanti, you log in portal guna my ID, and approve all the budget tu, sebab Danish dah brief i that day. Pasal interview tu, boleh approve jugak, date of interview tu confirm balik dengan Danish, cuma resignation jer, don’t appove, I nak review dulu,”, Syed Arman mencapai blazernya dan bergerak ke pintu.
“Ameena, don’t tell Syed Adam and Syed Awaludin. Don’t tell anyone about the password,” dan kelibatnya hilang dalam masa beberapa minit.
Ameena mengeluh perlahan, dia memujuk dirinya untuk tidak rasa bersalah kerana apa yang dia buat adalah untuk kebaikan Nurlisa sendiri.
**************************************
Nurlisa berjalan perlahan di taman di tingkat 2 itu. Dia sekali lagi terbayang bayang wajah ceria Eiman semasa mereka video call sebentar tadi, sempat dia screen record perbualan mereka.
Rindunya kepada Eiman, Allah sahaja yang tahu..
Eiman masih di Jakarta, masih bersama datuk dan neneknya. Mengikut perancangan kakak dan abang iparnya, Eiman akan pulang minggu hadapan, mereka sudah merancang untuk menyambut birthday Eiman di Langkawi.
Dia sudah mempersiapkan semua perancangannya, kali ini dia akan mengajak Ibu dan Ammar Ziyad. Sudah masanya untuk dia bercakap secara terbuka kisah silamnya. Selama ini dia tidak berani untuk bercakap berdepan dengan abang atau kakak iparnya. Dia malu dengan apa yang dia lalui.
Dia masih ingat dia dipukul oleh abangnya semasa hari pertama dia menjejak kaki ke rumah sewa abangnya. Setelah abangnya mendengar dia muntah di bilik air dengan keadaan dirinya yang lemah.
Dia masih ingat, bagaimana abangnya menangis apabila mengetahui keadaannya ketika itu, dia masih terbayang kedukaan abangnya, penyelasan abangnya apabila membayangkan dia sudah tiada masa depan.
Ketika itu dia tidak berani mengangkat mukanya, apatah lagi menjawab jerkahan abangnya. Semua kesalahan itu sememangnya terletak pada bahunya, bukan suaminya atau orang lain.
Ini kerana dia sendiri membuat keputusan untuk berkahwin dengan suaminya, walaupun dia dilayan tidak seperti isteri pada masa itu.
Kerana melihat wajah duka abangnya, dia membuat keputusan untuk bangkit semula di dalam kepayahan yang teramat sangat. Dia berusaha sedara upaya untuk melupakan, tetapi tidak sehari pun dia berjaya melupakan suami.
Kerana abangnya juga, dia gagahkan diri mengapai ijazah, melengkapkan permintaan keluarga mereka supaya akhiranya belajar biarlah dapat memegang segulung ijazah, dapat mempersiapkan diri untuk fasa yang seterusnya.
Dia teringat anak kecil itu, terlalu banyak yang ingin diceritakan, tetap rasa bersalah kepada anak kecil itu melebihi segalanya. Kerana terlalu berhutang budi dengan kakak iparnya, dia bersetuju dengan semua aturan mereka tentang hidupnya, walaupun terlalu banyak perkara yang dia perlu menapis dengan airmatanya.
Dia tahu..
Dia faham..
Semuanya adalah demi kebaikan, kasih sayang mereka kepadanya. Dia usia yang masih muda, abangnya terpaksa berkahwin kerana dia perlukan wanita dalam menguruskan adiknya. Walhal pada masa itu, abangnya terpaksa melupakan zaman mudanya, zaman anak muda kepergian bersama kawan kawannya.
Abangnya tiada punya waktu untuk melepak, waktu untuk bersantai, kerana semua waktunya menguruskan adiknya. Jiwa raganya terlurus kepada adiknya, beberapa kali abangnya menyesal kerana tidak berkeras membawa adiknya ke Johor selepas peningalan orang tua mereka.
Sehingga kini abangnya menyesal, kalau boleh diputar masa, abangnya akan memastikan dia tidak menjadi mangsa sesiapa di usia yang masih muda.
“Kak Lisa, Am nak ke KL esok, sebab Ibu minta Am ambik tuala kat supplier kat Cheras. Ibu nak hadiahkan tuala kat anak anak Tahfiz, tuala depa semua dah lusuh. Akak nak ikut tak?,” suara Ammar Ziyad menyinggah ke telinganya.
Nurlisa tersenyum, dia terkenang suaminya apabila melihat Ammar Ziyad kerana rupa mereka saling tak tumpah. Mereka seperti kembar seiras yang apabila pertama kali melihat, payah untuk cam siapa abang dan siapa adik.
“Kenapa Kak Lisa pandang Am macam nak telan? Am dah cakap, call la abang Arman. Ini degil, nak juga merajuk, kan dah merana sorang sorang kat sini. Dahlah this week ibu busy dengan program rumah anak yatim tu, tinggal Kak Lisa mereput kat sini,” sudah 3 hari ibu mertuanya tinggal dengan anak anak yatim, kebiasaan Puan Embun bertandang ke sana dan tinggal selama beberapa hari.
“Nampak sangat ke Kak Lisa rindu? Maaf lah Am, rupa Am tu sama sangat, jadi akak tumpang tengok jer,” Nurlisa tersipu malu dengan teguran spontan adik iparnya.
“Kak Lisa, Am tahu Kak Lisa tak kan lepaskan abang. That day kata nak gi seberang report pasal case kahwin akak, tapi tak nak pulak. Lepas tu duk nangis sorang sorang. Am ni tak tak tahu nak tolong canne, kalau ikutkan nak jer Am pergi Endah Holdings tu, cakap Kak Lisa ada dengan Am, petik jer abang akan terus datang sini,” Ammar Ziyad tersenyum memandang muka pahit Nurlisa. Dia tahu Kakak Ipar sedang mengajar abangnya, dan dia tahu pasti ada sesuatu serius yang abangnya lakukan, yang membawa Nurlisa membawa diri ke sini.
“Janganlah Am, Kak Lisa ni orang buangan, jadi dia tak heran pun. Ok ok, close the story. Kak Lisa nak ikutlah Am ke KL, Am hantar ke kondo, lama dah tinggal kondo tu. Lepas Am habis kerja, Kak Lisa nak ikut balik sini. Rindu kat kondo, bau rumah itu buat Kak Lisa tenang,” Nurlisa mengambil tempat duduk di kerusi di taman itu. Dia sukakan bau daun dan tanah lembap, dia terasa sangat dekat dengan Arau, sangat dekat dengan rumah agam itu.
“Puan Lisa, ini air yang Puan Endun pesan untuk Puan. Tadi dia call, minta kami sediakan makan tengahari untuk Puan. Dalam sejam lagi kami bawak ke atas. Puan minum dulu,” sopan santun peribadi pekerja Hendon Resort, dia di layan seperti seorang anak tuan besar.
“Ibu tu layan kakak macam anak raja, malu sangat kakak tinggal free jer kat sini. Am rasa apa kerja kak Lisa boleh buat kat sini? Bosan dah ni…,” Nurlisa tahu ibu mertua sangat sayangkannya.
Beberapa kali Puan Embun mengulangi ayat yang sama, “Jangan tinggalkan Arman, pasti nanti Arman akan ingat Lisa. Ibu pasti itu,”
“Duduk jer lah kakak, Ibu happy kakak dekat dengan ibu. Ibu tu dah lama nak peluk abang, Am harap sangat Ibu sempat berjumpa, abang sempat peluk Ibu. Am nak tengok ibu bahagia, kerana ibu berhak bahagia,” Ammar berdiri untuk beredar. Dia ada banyak kertas kerja yang perlu di siapkan untuk Uncle Lee.
“Akak bersiap ya, esok selepas subuh kita gerak. Am malas nak mengadap jem kat KL itu, Am jumpa akak esok jer, Am nak jumpa Uncle Lee. Am dah cakap dengan ibu nak bawak Kak Lisa ke KL. Ibu izinkan..,”
Nurlisa mengangguk perlahan.
Dadanya berdebar, entah kenapa apabila teringat Syed Arman, dadanya ligat, hatinya menolak, tetapi jiwanya menarik, dan seperti biasa dia berada di persimpangan.
*************************************
Syed Arman melintasi bilik security itu. Dia mengangkat tangannya dan tersenyum. Pak Cik Indonesia itu sangat baik, beberapa kali dia datang menunggu isterinya, Pak Cik itu sempat memberi doa untuk melembutkan hati isterinya.
Apabila isterinya pulang nanti, dia berhajat untuk memberi tiket Pak Cik Indo itu balik ke Bandung, berjumpa dengan anak anaknya. Dia tahu erti sebuah rindu kepada anak yang tidak dapat dilihat didepan mata.
Dia menapak perlahan ke lift di tengah bangunan itu. Dadanya berdebar, seolah olah dia berdiri di jambatan yang tinggi dan seseorang akan menolaknya ke bawah.
Perkara pertama apabila dia dapat membuka pintu itu adalah mencari kotak yang terletak di cabinet dapur itu, pasti ada rahsia yang Nurlisa tinggalkan.
Apabila pintu lift terbuka di tingkap 32 itu, dia terkejut apabila melihat Sharifah Sakinah masuk ke lift dengan baju yang basah dengan darah, mukanya terpecit darah yang merah dan segar.
Syed Arman cuba memegang tangan Sharifah Sakinah, dia ingin bertanya, tetapi kerana terlalu terkejut, dia terdorong ke luar lift dan pinti lift itu tertutup kemas.
Syed Arman mengigil, dia berlari ke pintu kondo Nurlisa.
Dari jauh dia melihat Nurlisa terbaring dengan berkelumuran darah, dia dapat mendengar suara Nurlisa sudah lemah.
Melihat Nurlisa terbaring kaku dengan suara yang lemah, telinganya berdesing. Badan dan lutunya mengigil sehinggakan dia terjatuh tidak jauh daripada tempat Nurlisa jatuh.
Kepalanya sakit, dia merasa dunia berputar laju.
Syed Arman memegang kepalanya kuat, dia memejam mata dan cuba menjerit dengan apa yang berlaku pada dirinya.
Telinga berdesing kuat, tetapi masih boleh mendengar suara Nurlisa memanggilnya.
“Abang, tolong Sofea, sakit sangat kat kepala,”
Dan suara yang terakhir itu memutarkan banyak gambar di dalam ingatannya. Gambar itu berpusing pusing dan membuatkan dia tidak berdaya untuk bangun.
Dan Syed Arman terkulai layu, dia sudah tidak sedarkan diri.
“Kak Lisa, kenapa kak, Ya Allah, kenapa kepala akak berdarah, Ya Allah..banyaknya darah. Bangun kak, bangun. Am call ambulan sekarang, akak jangan tidur, bangun kak,” jeritan cemas Ammar Ziyad kedengaran jelas di tingkat 32 itu.
Tangannya mengigil mendail 999, dia terjerepuk disisi kakak iparnya.
Jeritan suaranya mengundang cemas jiran mereka. Mereka menolong Ammar Ziyad mendail 999 dan menekan button kecemasan dia corridor itu.
“Abang, kenapa abang ada kat sini, abang ok tak?” Ammar Ziyad memegang tangan abangnya yang sudah terkulai, tiada suara yang kedengaran, dia memandang kakak iparnya, yang juga tiada suara yang keluar.
Ammar Ziyad menangis. Dia tidak tahu apa yang harus dibuat, mulutnya tidak berhenti henti memangil nama abang dan kakak iparnya.
***********************************************
Ammar Ziyad menangis di kerusi di luar bilik kecemasan itu. Dia meminta ambulan menghantar Nurlisa dan Syed Arman ke Print Court Medical Centre. Mereka perlukan tempat yang terbaik, mereka perlukan rawatan yang terbaik.
Setengah yang lepas, Doktor memintanya meletakkan tandatangan diborang untuk melakukan operation ke atas Nurlisa.
Dia juga tidak tahu apa yang terjadi kepada abangnya.
Tangannya mengigilnya, bajunya penuh dengan darah. Dia tidak berdaya lagi untuk duduk di kerusi, dia rasakan setiap minit begitu lama.
Dia sudah menghubungi Uncle Lee untuk membawa ibunya ke hospital, ketika ini doa ibu adalah yang paling diperlukan, doa ibu adalah segalanya.
Dia juga sudah menghubungi Endah Holdings, memberitahu tentang Syed Arman Ziyad Binti Syed Awaludin di masukkan ke hospital kerana pengsan. Dia tidak tahu kenapa terjadi kisah pengsan itu, tetapi dia terdengar suara nurse berkata yang Doktor peribadi Syed Arman ada di hospital dan senang bagi mereka untuk memeriksa abangnya.
Dia tidak ingat berapa lama dia menunggu tetapi dia terasa badannya di pegang oleh seseorang.
“Saya di beritahu encik yang menjumpai anak saya pengsan, saya ingin mengucapkan terimakasih,” Ammar Ziyad mengangkat mukanya, matanya memandang jati tubuh yang sekian lama dirindukan.
Dia terkedu, inilah Babahnya, yang di cintai ibunya, yang di rindui ibu. Wajahnya tampan, wajahnnya terlihat seseorang yang mempunyai taraf yang tinggi, kacak dan masih maskulin.
Syed Awaludin menghulur tangannya, wajahnya seperti terkejut melihat Ammar Ziyad. Mata mereka bertentang, sepi seolah olah ada mailaikat yang lalu.
“Nama Pak Cik Awaludin, ayah kepada Arman. Terimakasih sebab tolong anak pakcik. Nama anak siapa?,” Wajahnya Syed Awaludin berkerut melihat Ammar Ziyad tetapi dia berusaha untuk berlagak biasa.
“Saya Ammar Ziyad, tak mengapa, sesiapa yang menjumpai akan berbuat sama macam saya,” Ammar Ziyad cuba untuk bertenang, dia cuba sedaya upaya, menahan airmatanya yang ingin memecah di kolam matanya.
“Kebetulan Pak Cik ada kat sini tadi, sebab ada appointment dengan doctor tentang migrain pakcik ni, lately ni suka pening kepala,” suara Syed Awaludin yang kedengaran sama seperti suaranya.
Percakapannya lembut, pertuturannya satu persatu, kini dia faham kenapa ibunya menyintai Babahnya.
Syed Awaludin menjemputnya duduk, matanya Babah tidak berganjak daripada melihatnya, terlihat Babahnya ingin berkata sesuatu, bertanya lagi sedangkan dia sudah kegersangan. Dia sudah tidak mampu untuk berlagak biasa.
“Ammar, Pak Cik nak tanya kamu boleh? Jangan salah faham ya, Pak Cik cuma bertanya. Maaf kalau kamu salah faham dengan pak cik tentang apa yang pak cik nak tanya. Pak Cik minta maaf, tapi rupa kamu seiras anak pakcik, Syed Arman. Seiras sangat, suara kamu pun sama, ketinggian pun sama. Tak logic ada yang sangat seiras. PakCik Cuma nak pastikan apa yang pak cik fikir,” suaranya lemah, Ammar tahu Babahnya seperti dapat merasakan sesuatu.
Airmata sudah mengalir perlahan, dia sudah tidak dapat menahan sebak.
“Boleh Pak Cik tahu siapa nama ibu kamu? Maaf kalau kamu rasa tak selesa, tapi pak cik perlukan kepastian apa yang pakcik fikirkan. Kamu jangan salah faham,” suara itu tidak lagi lunak seperti tadi, yang kedengaran hanya getaran suara yang hampir sampai ke penghujungnya.
Ammar Ziyad terdiam, dia tidak tahu mahu membalas apa, dia memalingkan wajahnya ke belakang, dia mengesat airmatanya yang mengalir deras.
‘ Ya Allah, Kau lah yang Maha merancang, Kau tenangkan aku Ya Allah’ Ammar menjerit di dalam hatinya. Dia sudah tidak keruan, ingin sekali dia memeluk Babahnya.
“Ammar, boleh pandang pakcik? Ammar tolong confirmkan yang ni, nama isteri pak cik yang pak cik cari adalah Embun Binti Abdullah, Pakcik tak nak teka teki lagi, Pak Cik rasa kamu anak Pak Cik, walaupun pak cik tak pernah jumpa kamu, tapi jiwa pak cik kuat katakan Ammar adalah anak pakcik, Pak Cik minta maaf kalau salah,” tangan Syed Awaludin menarik bahu Ammar Ziyad dan anak muda itu menyemban mukanya ke dada Syed Awaludin.
Badan Syed Awaludin terdorong ke belakang, dia mendengar suara tangisan Ammar dengan jelas. Pelukan itu kemas dan kejap. Syed Awaludin membalas pelukan itu, dia tersedu perlahan.
“Jadi tadi kamu dah kenal Babah ya nak? Allahuakbar….Terimakasih Allah, sebanyak dosa aku padaMu, Kau masih makbulkan doa aku. Terimakasih Ya Allah,” dia memeluk anaknya kemas, sambil mencium kepala anaknya dengan rasa bersyukur yang mengunung.
“Maaf sebab Babah tak pernah terfikir kewujudan Ammar. Babah focus cari ibu selama bertahun tahun, tapi Babah hilang jejak. Ibu masih ada kan?,” tanpa buang masa walaupun seminit, dia terus bertanya tentang bekas isterinya, yang dia masih percaya wanita hebat itu adalah isterinya.
Dengan perlahan Ammar melepaskan pelukan mereka, membawa Babahnya duduk di kerusi menunggu di luar bilik kecemasan itu.
“Ibu masih sihat, ibu merindui Babah bertahun tahun, tapi ibu berkorban untuk tidak mengacau kebahagian Babah, kerana sayang ibu tahan diri, ibu tahu semua tentang Babah, tentang Abang Arman,” Ammar memandang Syed Awaludin dengan senyuman yang tiada bertepi, hilang semua rasa marah yang dia simpan bertahun tahun, rasa ketidakpuasan yang ditahan berkurun lamanya.
“Babah minta maaf, dalam cerita keluarga kita, Babah yang bersalah. Ibu adalah wanita hebat, wanita yang berkorban untuk kebahagian Babah. Masa itu Babah bodoh, tidak tahu menilai kebaikan ibu, yang Babah nampak cuma kesalahan yang tidak benar, yang diwujudkan oleh melihat kami berpisah. Babah minta maaf,” itu adalah perkataan yang ingin di ucapkan kepada Embun sekiranya mereka berjumpa, tetapi dia bersyukur kerana Allah menyimpan hadiah yang besar untuk dirinya.
“Lupa Babah nak tanya, kenapa baju Am penuh dengan darah,” itu sebenarnya perkataan yang pertama yang ingin di tanya. Tetapi untuk kali pertama dia mengikut kata hatinya, bertanya perkara yang pertama di dalam hatinya.
“Am pergi ke rumah Kak Lisa, tapi tadi Am nampak abang Arman pengsan, Kak Lisa pulak penuh darah kat kepala dia. Sebab itu baju Am penuh dengan darah. Nanti Am cerita macam mana Am kenal Kak Lisa. Tapi sekarang Am nak tanya doctor dulu, sebab dah lama Kak Lisa kat dalam,” Ammar Ziyad bangun dan pergi ke counter di kanan kerusi panjang itu.
Malah, wanita di kaunter itu memyuruhnya menunggu, mereka juga tidak pasti. Mereka perlu memeriksa dan akan memaklumkan kemudian.
“Babah pergi periksa keadaan Abang Arman dulu lah, biar Am tunggu sini. Am dan called ibu, mungkin malam sikit ibu sampai, sebab tadi ibu kat rumah anak Yatim kat Kemaman,”
“Babah gi lah tengok abang, tadi Am nampak abang Arman macam lemah sangat,”
Syed Awaludin bangun dari kerusi itu, dia sekali kali memeluk anaknya lelakinya, rasa tidak puas melihat wajah yang mirip Syed Arman itu.
Dari kejauhan, Syed Adam menyaksikan segala galanya. Dia memberi ruang kepada Babahnya untuk bersama anaknya. Dia punya adik, dia juga bersyukur, hari ini dia melihat senyum bahagia di bibir ayahnya.
Senyuman itu dia tidak pernah lihat selama ini, hari ini dia dapat melihat bahagia ayahnya.
BERSAMBUNG

Share this novel

Linah Manguku
2021-04-24 11:58:31 

update plzzzz..

Balerina Rina
2021-04-19 17:30:29 

bila nk buat sambungan..dh lame tunggu

Nurhafidah 9099
2021-04-18 22:27:52 

bila br ada sambungan.... cerita best menarik... tp xde ending.... please sambung... xsabar nk tau ending lisa n arman


NovelPlus Premium

The best ads free experience