Sayu hatinya tiada siapa yang tahu.Senyuman yang terukir di bibir manisnya hanyalah sebagai topeng bagi menutup seribu satu kesedihan.Hidupnya kini penuh dengan kepuraan sang manusia.Dirinya bagaikan sudah lenyap dimamah bumi.Hanya hati dan akal sahaja yang masih berfungsi.
FLASHBACK SEBULAN YANG LALU
Qalisya merasakan dirinya tidak berharga lagi apatah setelah dilayan sebegitu rupa oleh sang suami.Dia bertekad untuk keluar dari cengkaman lelaki itu meskipun dirinya sah bergelar isteri kepada suaminya itu.
Baju baju di dalam almari diambil lalu dihempaskan ke dalam luggage tanpa dilipat.Tangan pula ligat menarik zip dengan kasar.Tiada lagi kehormatan dirinya sendiri mahupun kepada suami dikala ini.Roda roda kecil bergerak seiring dengan tarikan dan bebanan yang berat kesan daripada baju.
"Kau nak pergi mana?"
Langkah terhenti seketika dek teguran itu.Berpusing badannya seiring dengan mukanya ke belakang.Kehormatan kepada suaminya masih bersisa sedikit buat kali terakhir.
"Saya nak keluar dari rumah ini.Kehadiran saya dalam hidup encik tidak membawa maksud apa apa.Lebih baik saya pergi.Jadi,saya mohon keizinan encik untuk lepaskan saya pergi.Saya bukan patung yang tidak mempunyai hati dan perasaan jika dilayan seperti seorang pelacur.Saya juga berhak mendapat kebahagiaan.Encik lebih percayakan orang luar daripada isteri encik sendiri.Terasa penat nak jelaskan semua benda ni.Tapi sayang,takde sorang pun yang percaya.Mungkin dengan kepergian saya ini akan membuka mata mata buta yang telah membuat hidup saya hancur.Halalkan makan minum saya sepanjang saya di sini.Mungkin di sini bukan tempat saya.Insyaallah suatu hari nanti,kalau ada jodoh kita akan bersatu balik." Tangan kasar Arfan dipegang sebelum melabuhkan bibirnya di tangan kasar itu.
Sungguh berat hatinya untuk mengatakan semua ini kerana insan yang bernama Ku Arfan Danielz telah pun mendapat tempat di hatinya.
"Aku takkan sesekali lepaskan kau.Kau hak milik aku!!!!" Jerkahan yang keluar dari mulut Arfan bergema di segenap ruang rumah agam yang sunyi itu.
"Selangkah kau keluar dari rumah ni,aku akan ceraikan kau !!" sambungnya lagi.
Kaki Qalisya bagaikan ringan sahaja untuk melangkah keluar dari rumah itu.Kakinya sudahpun berada di ambang pintu.Telinganya juga jelas dapat menangkap jeritan Arfan bersama namanya.
"Nur Qalisya Atifa binti Abdullah aku ceraikan kau dengan talak satu." Sedikitpun tidak memandang wajah isterinya.Qalisya menarik nafas lega.Seawal umur 21 tahun,dia telah pun sah bergelar seorang janda.Allah menguji seseorang hambanya kerana Dia rindu akan hambanya dan supaya hamba-Nya sentiasa berada dekat dengannya. Mungkin Qalisyalah orang yang bertuah kerana menjadi pilihan-Nya.
END FLASHBACK
"Hahh!! buat apa tu!!" Terhinjut bahu akibat sergahan minah ciput si Ania yang bertenggek di tepinya.Matanya menghadiahkan satu jelingan tajam khas buat Ania.Sengihan pula dibalas kepadanya.Berterbangan habis lamunannya dek sergahan minah ciput itu.
"Kau memang ada niat nak aku mati awal ke?" Sebal betul dengan minah ciput sorang ni.Mujurlah Ania ada dikala dia diselubungi kesusahan.Sehari selepas kejadian dia dicerai,Qalisya terus pergi ke rumah sewa Ania dimana dia dan Ania berulang alik dari rumah itu ke tempat kerja.Terkejut bukan kepalang saat melihat sahabatnya berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya bersama beg besar di tangan.Sah sahabatnya mengalami masalah besar.
"Takde gunanya kalau kau nak mengenang benda lepas.Aku tengok kau pun sekarang dah kurang berisi tau tak?Mana Qalisya Atifa yang happy go lucky dulu tu?Aku rindu dia."
Ania cuba memujuk dengan kata kata semangatnya.
"Aku rindu dia walaupun aku tahu layanan dia terhadap aku bukanlah seperti yang semua gadis kat luar sana impikan."
Titisan mutiara jernih mulai gugur di pipinya.Sakit di hati tidak mampu diubat kembali apabila teringatkan kejadian itu.Makin diingat,makin berdarah.
Ania yang sememangnya memahami gelodak jiwa rakannya memeluk erat bahu sahabatnya ibarat menyalurkan kekuatan dirinya kepada sahabatnya.
"Dah dah.Kau tak payah sedih sedih tau.Aku dah carikan kerja untuk kau.Insyaallah esok kau boleh mula kerja."
Ania masih lagi bekerja di Venezuela Hotel memandangkan gaji yang diperolehi tiap tiap bulan sudah memadai untuk membayar sewa rumah.Ditambah pula dengan Qalisya yang sudah dapat kerja akan mengukuhkan lagi kewangan mereka.
Secara rasminya Qalisya telah berhenti bekerja di Venezuela Hotel.Apa gunanya jika dia cuba mengelakkan daripada berjumpa dengan Arfan tetapi masih lagi bersua muka di tempat kerja.Sesungguhnya hatinya kini hancur dengan tindakan Arfan apatah lagi mahu melihat muka bekas suaminya.
Berita tentang perceraian Arfan dan Qalisya telah sampai ke telinga papa dan mamanya.Mengamuk sakan papanya apabila mendapat tahu berita itu ketika mereka bertiga berada di luar negara.Terus papanya mengambil tiket penerbangan pulang ke tanah air.
"Kamu letak otak kamu dekat mana hah?Takde guna papa hantar kamu ke luar negara untuk belajar tinggi tinggi,tapi hal macam ni pun kamu tak boleh nak handle.Papa kecewa dengan kamu."
Keruh wajah Ku Jamil dengan perangai anaknya.Hal rumah tangga seharusnya dibincang secara damai bagi kedua dua pihak.Gigi pun boleh tergigit lidah,apatah lagi kehidupan rumah tangga.
"Papa nak kamu rujuk semula dengan isteri kamu,Qalisya.Papa taknak orang lain jadi menantu papa.Only her !!"
Kata putus sudah diberikan.Menunggu sahaja kata balas daripada belah pihak lain.
"Arfan takkan rujuk balik dengan dia.Please respect my decision.I'm begging you."
Berlalu batang tubuhnya di sebalik tiang tangga ke tingkat atas.Puan Aminah dan Aurora diam tidak bertingkah dengan situasi dua beranak tadi.Suaminya yang sedang meraup muka itu didekati.Muka keresahan itu ditatap seketika sebelum memulakan bicara.
"Abang,kalau dia dah kata macam tu,kita ikutkan je.Lagipun kita tak tahu siapa betul,siapa salah dalam hal ni.Kita sebagai ibu bapa mampu nasihatkan dia.Insyaallah, kalau ada jodoh mereka akan bersatu kembali dan Qalisya akan jadi menantu kita balik.Saya kenal Qalisya,dia baik orangnya."
"Aurora rasa kak Isya dianiaya.Takkan dia sanggup buat along macamtu sedangkan dia sendiri rela nak kahwin dengan along."
Celah Aurora bagi pendiriannya.Hatinya kuat mengatakan bahawa kakak iparnya dianiaya.
Bilik mewah itu kelihatan seram dengan siraman lampu neon berwarna merah.Figura seseorang menarik senyuman yang melambangkan kejahatan bercampur dendam.Pisau belati yang berada di genggamannya menari mengelilingi gambar pujaan hatinya yang tergantung elok di dinding. Dunia dirasakan miliknya seorang apabila rancangannya untuk meruntuhkan masjid si dia akhirnya berjaya.Sekarang dia perlu merancang ke arah yang lebih dalam untuk mendalami lagi kebencian si dia terhadap bekas isterinya.
Share this novel