"Bismillahirrahmanirrahim...."
Kalimah suci lagi bermakna itu meniti di bibir Qalisya.Berharap hari pertama dia bekerja di tempat baru itu akan memberi semangat baru buat dirinya.Sebuah kedai serbaguna 7eleven menjadi tatapannya.Tangan pula mula menolak perlahan pintu kaca.Berdirinya figura wanita lingkungan antara 30-an di ruang penglihatannya.Wanita itu tersenyum manis ke arahnya.
"Boleh saya bantu?"
Soalnya apabila tengok Qalisya terkial kial seperti hilang kata.Gadis yang berbaju hitam itu bersama topi di kepala dan bersneaker menjadi tumpuan matanya.
"Comelnya budak ni." desis hatinya.
Anggukan dibalas. "Err,saya nak tanya ada kerja kosong tak?" Berhati hati Qalisya menutur butir bicaranya.Lain yang dirancang,lain pulak yang keluar daripada mulutnya.Sedangkan di pintu kaca tadi ada ditampal notis kekurangan pekerja dan diperlukan dalam masa terdekat.Rasa nak tampar tampar je mulut dia sendiri.
"Dekat sini kerja kosong hanyalah sebagai cashier.Kalau tak keberatan,boleh je nak mulakan kerja harini.Tentang pengalaman tu saya tak berkira mana,yang penting kejujuran tu perlu ada dalam diri kita.Insyaallah,kalau ada kejujuran maka Allah akan permudahkan segalanya."
"Saya memang ada niat nak mula bekerja harini pun.Terima kasih bagi peluang untuk saya."
Ramah sahaja tutur katanya.
"Oke,kalau macamtu kenalkan akak owner kedai 7 eleven ni.Kedai ni akak bangunkan bersama suami akak.Nama akak,Maria.Awak pulak?"
"Saya Qalisya Atifa.Tapi akak boleh panggil saya Isya je.Genap bulan Jun ni umur saya 21 tahun."
Sape je yang tak kenal Qalisya Atifa.Orang tanya nama,habis keturunannya diulas sekali.Siap dengan pakej cukup lengkap.
"Sayang!!"
Berlapis dahi Qalisya apabila pandangannya jatuh pada wajah Kak Maria yang tersenyum senyum dengan laungan yang entah datang dari pelosok mana.
"Kena sampuk ke apa akak ni?Tersenyum senyum ni."
Mata Qalisya jelas menangkap jelingan helang daripada Kak Maria.Rasa nak nangis je sekarang.Janganlaa Kak Maria tak sudi ambil dia bekerja kat sini.
"Hish ni semua salah mulut lancar aku laa nii!" tangannya naik menepuk nepuk mulutnya sendiri.
"Tu suami akak,Faris."
Tangan yang sibuk menepuk mulut terhenti dengan kehadiran lelaki bersama seorang bayi di dalam dukungannya yang sudah semestinya anak Kak Maria.
Bayi sudah bertukar tangan.Terangkat angkat tangan kecil itu apabila berada dalam dukungan ibunya.Tercebik muka comel itu apabila Qalisya asyik mencubit pipi tembam miliknya.
"Eyy,comelnya dia.Rasa nak gigit gigit je.Apa nama dia akak?"
"Firash Farhan."
Nama seindah dengan rupa.Hati kecilnya bagaikan terjentik untuk memiliki anak sendiri.Terbuai kejap dengan kecomelan anak majikannya.Alangkah indahnya dunia jika dia mempunyai keluarga kecil seperti ini.Namun,itu akan menjadi angan angannya yang tiada berpenghujung.
"Isya ouu Isya.Yuhuuu...."
Gerakan tangan Kak Maria di hadapan mukanya menyentakkan Qalisya.Bukan main kalut dia membetulkan situasi kepada yang asal tadi.
"Yer...yer akak.Ada apa?"
"KERJA....Isya pergi buat kerja.Kalau ada apa apa masalah,boleh panggil akak atau Abang Faris.Pukul 3 petang Isya boleh balik.Shift petang orang lain pulak.Nanti kalau ada masa,akak kenalkan Isya kepada semua pekerja akak."
Kedai serbaguna macamni sememangnya dibuka 24 jam.Oleh sebab itu pekerja diperlukan secepatnya.
Muncung sudah maju ke depan.Baru je nak main dengan baby Yash.Hmmm...takde chance dah..
"No muncung muncung itik.Siap kerja nanti boleh laa main dengan Firash.Tu pun kalau kerja siap awal.Kalau tak,...."
Sempat lagi Kak Maria memberi amaran.Umpama barang lama digilap,wajah Qalisya kembali bersinar dengan tawaran Kak Maria.Kakinya mula berlari anak ke arah kaunter.Takkan nak sia siakan peluang bermain dengan baby Yash.Macam tahu tahu je Kak Maria ni.
3:00 petang
Firash yang berada di dalam stroller bayi dituju.Bukan main happy lagi.Tergeleng geleng kepala Kak Maria dengan telatah Qalisya.Nampak sangat teruja. Mesti tak sabar nak bantai budak tembam ni.
Ternganga mulut Firash bersama tangan kecilnya menggapai di awangan dek terlalu suka dengan agahan Qalisya.
"Awak comel tahu tak?Geram titew..."
Ngomel dia sendirian.Firash yang berada di dalam stroller sudah tidak duduk diam.
"Isya,dah lewat ni.Better Isya balik rumah."
Kata Kak Maria sambil melirik ke pergelangan tangannya yang terbalut dengan jam Casio.Khusyuk benar Qalisya bermain dengan anaknya.Ini kalau tak ditegur, tidak mustahil boleh menginjak ke malam.
Simbol tangan yang mengisyaratkan 'oke' diangkat membelakangi majikannya.
"Esok Kak Isya datang balik oke.Babai baby comel."
Dia mula bangun dan bersalaman dengan Kak Maria.Sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.
"Bawak motor elok elok tau.Jangan nak merempit.Awak tu perempuan."
Qalisya tayang giginya yang tersusun elok.
Bukan dia tidak tahu cara Qalisya bawak motor.Pagi tadi semasa sampai di kedainya pun jelas kelihatan dia merempit.Ni kalau kena kejar dengan kuda putih,kang naya jer nak bayar saman.
Pelik Ania dengan perangai kawannya seorang ini.Balik balik je dah senyum memanjang.Nak kata gila,pagi tadi dia tengok elok je Qalisya solat subuh.Hmm,pelik betul.Jarang berlaku kejadian macam ni.
"So,how's your first day?" soal Ania.
"Hmm,not bad laa sebab aku boleh main dengan baby Ash."
"Baby Ash mana pulak ni?" Jangan kata kawannya sorang ni sanggup culik anak orang.
"Anak owner 7eleven tu.Comel gila dia.Takpe laa aku naik atas dulu tau,aku penat ni.Btw kalau kau nak tahu lebih lagi pasal baby tu,boleh laa kau ikut aku pergi kerja."
Hilang sahaja batang tubuh Qalisya di sebalik tingkat atas,keluhan kecil kedengaran.Sanggupkah dia menghancurkan kebahagiaan kawannya apabila teringatkan perbualannya ketika bertemu dengan Cik Mona a.k.a Mona di hotel tadi.
"Eh,kau sini jap."
Suasana di lobi pada waktu pagi sungguh lenggang ditambah pula cuaca yang mendung sejuk membuatkan sambutan para pengunjung ke hotel itu tidak menggalakkan seperti hari hari lain.Kepalanya berpusing ke belakang untuk mengenal pasti gerangan empunya suara tadi.Setahunya itu Cik Mona,bekas tunang bosnya.
Panggilannya bersahut dengan langkah kaki Ania yang mula mendekatinya.
"Can i ask you a favour,Ania?"
Suaranya mula berbisik di tepi telinga Ania.Melihatkan Ania keras umpama batu,terus dia menyambung perbualannya dengan cepat.Orang tanya je,tu pun susah nak jawab boleh ke tak.Menyampah betul.Ikutkan hati,mahu saja dia pelempang kepada Ania,tetapi niat tak baiknya itu perlu dibendung kerana di kala ini hanya Ania seorang sahaja umpannya untuk rancangan kedua yang bakal dilaksanakannya.
"Oke terus terang aku bagitahu aku ada kerja untuk kau.Tak susah pun kerja ni.Aku harap kau boleh buat.Kadang kadang hidup ni tak boleh menunduk sangat,takut nanti kita sendiri yang tersungkur."
"Maaf Cik Mona,saya tak berminat dengan kerja Cik Mona.Saya dah selesa kerja dekat hotel ni."
Balas Ania dengan muka yang mula menekur lantai hotel.
Senyum sinis Mona mendengar maklum balas daripada Ania.
"Kau datang pun daripada keluarga susah.Mak ayah orang kampung,kerja kampung and most important,kau tu budak kampung.Adik beradik kau ramai kan?Kau datang KL pun kononnya nak tolong keluarga kau laa?Kalau kau sayangkan keluarga kau dekat kampung tu,ikut arahan aku.Tu pun kalau kau sayang keluarga kau.Aku akan call kau bila kau dah bersedia.See you again.Cepat cepat tau buat keputusan atau kau sanggup jadi sebatang kara."
Diri Ania kini bagai dibelenggu oleh kalung besar.Antara keluarga dengan sahabat,manakah yang akan menjadi pilihannya.Sedangkan selama ini emak dan ayahnya yang menanggung makan minumnya.
Share this novel