Series
296
-di kafe-
Putri dan Aliya sedang membuat assignment di kafe berdekatan dengan kampus. Sedang mereka berbual-bual tiba-tiba datang seorang lelaki yang menuju ke Aliya. "Hai Aliya,nama saya Haziq. Saya sebenarnya dah lama minat kat awak.Sudi tak awak jadi mak we saya atau lebih sedap jadi isteri tercinta saya" lamar Haziq.Haziq menghulurkan bunga yang dikelilingi coklat yang banyak pada Aliya. 'Aliya, kau nak terima ke laki ni?' tanya Putri dengan berbisik. "erkk" pening Aliya. Aliya tidak tahu sama ada mahu akan si Haziq ni atau tidak kerana harapan dan janji dia pada diri tidak akan bercinta tetapi Aliya berasa Haziq itu kacak. 'ok juga dia ni..'hensem' tapi..Aku x nak bercinta' bisik hatinya. "Aliya!" jerit Putri setelah Aliya mengelamun begitu lama. Akhirnya Aliya tersedar kembali dari khayalannya. "kau nak terima ke tak nak?" tanya Putri lagi. "kalau kau terima,kau kena ingat apa yang kau janji dulu." kata Putri. 'aku kena juga reject! banyak lagi lelaki yang 'hensem' kat luar sana' bisik hatinya lagi. Aliya bangun lalu mengambil bunga itu. "Awak terima?" tanya Haziq dengan rasa yang begitu gembira.Haziq betul-betul gembira kerana dapat memikat cinta hatinya itu. "Aliya,serius lah kau nak.Kau dah janji kan?!" marah Putri. Aliya memandang Putri dan Haziq. Aliya pening sama ada mahu memilih Haziq atau Putri. 'mana aku nak pilih ni?! Ya Allah,kau bantu lah aku. Aku rasa,aku perlu pilih Putri,sebab aku dah janji dengan Putri dan diri aku supaya tak nak bercinta! Hah! aku ada idea' bisik hatinya sendiri sambil senyum. Aliya memandang Haziq lalu membaling bunga tersebut ke lantai. "Hey jantan! kau tau tak aku ni sape? kau kenal tak aku ni sape? Tak pernah terlintas pon dihati aku ni nak suka sape! maaf sebab baling. Tapi aku penat,penat nak hadap semua ni. Please. Aku minta maaf sangat-sangat. Kalau kau terasa maaf. Sebab aku bukan lah jodoh yang kau cari. Mungkin perempuan lain yang kat luar sana tu jodoh kau. Maaf aku tak boleh jadi yang terbaik untuk kau." panjang cerita Aliya. Putri dan Aliya berlalu pergi. "Aliya,kau tak rasa ke kau melebih tadi? kau tak takut ke dia buat apa-apa kat kau. Aku rasa dia dah lama suka kat kau lah..Dia pon apa kurangnya kan? Dia menangis lah..Sedih pula aku tengok dia macam tu." pujuk Putri. "Aku nak buat macam mana,aku dah berjanji tak nak bercinta" terang Aliya. "Tapi..Melebih lah..Tak kan kau nak mempermainkan takdir Allah? dah kalau tu jodoh kau,kau tak tau." terang Putri panjang. "kalau betul lah dia jodoh aku,mesti ada halangan lagi. lagi pon ramai je aku tolak diaorang,diorang menangis. Tak de apa-apa pon jadi. Dah-dah lah..Aku malas nak pikir.Aku nak balik hostel nak mandi,rehat and solat. Dah nak masuk. Kalau kau nak ikut,jom." kata Aliya setelah penat melayan karenah manusia-manusia hari ini.
Share this novel