Series
296
-2 tahun kemudian-
Aliya telah mendapat masuk ke universiti. Aliya ditempatkan di Universiti Kuala Lumpur. Pada hari pertama di Universiti,Aliya tidak mempunyai kawan walaupun seorang. Aliya juga lambat masuk ke Universiti kerana ada hal keluarga,jadi dia tidak mempunyai kawan dan tidak tahu jalan untuk ke kelas. "Hai" tegur seorang perempuan di belakang Aliya. "Hai.." balas Aliya bersama senyuman lesung pipit di pipinya. "nama saya Putri,awak kelas apa? kenapa tak masuk kelas lagi? dah lambat ni" tanya Putri. "nama saya Aliya.Saya tak tahu mana kelas saya,sayu pon baru je dekat sini" balas Aliya dgn nada perlahan. "tak pe biar saya tolong awak cari kelas" pinta Putri. Aliya membalasnya dengan anggukkan kecil lalu mereka terus pergi mencari kelas. "Ouh,awak sama kelas dengan saya,tak pe jom ikut saya." kata Putri. Aliya cuma mengikut Putri tanpa sempat berkata apa-apa. "ini kelas nya" kata Putri sambil menunjukkan. "Terima Kasih" ucap Aliya. "sama-sama" balas Putri. 'ada juga budak baik dekat sini,ingatkan semua sombong,orang tegur bukannya nak balas' bisik di hati Aliya. 'Mana nak duduk ni? nak duduk sebelah Putri lah' Aliya pon berlalu pergi ke Putri. "Putri,saya nak dudu sini boleh?" tanya Aliya. "mestilah boleh" balas Putri.
Share this novel