Rate

#01

Mystery & Detective Series 3879

Aku memandang siling rumahku dengan perasaan kosong. Aku cuba menilai perkara yang dikatakan oleh Fasya iaitu sahabat baikku petang tadi. Berikut merupakan perbualan kami petang tadi.

"Weh Syafiqah, kau tau tak kawasan perumahan kau tu berhantu?"Fasya memulakan perbualan.

" Merepeklah. Selama aku tinggal dekat situ takde pun kes kena kacau."

"Kau tak percaya? Kejap eh."Fasya mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluarnya lalu menunjukkan aku sebuah rakaman video cctv.

Video itu dirakam kira-kira 3-4 bulan yang lalu. Ia menunjukkan sebuah lembaga berpakaian serba putih berambut panjang berlegar-legar di hadapan rumah banglo di sebelah rumahku. Minit ke 2, lembaga itu memandang tepat ke arah kamera lalu tersenyum dengan senyuman yang sungguh menyeramkan. Hampir sahaja aku tercampak telefon bimbit Fasya akibat terkejut.

" Sekarang percaya?"Fasya menyoalku.

"Video betul ke tu? Super impose tak? Ataupun video dari tempat lain dikongsi ke sini?"

"Syafiqah, kalau super impose takdenya real macam ni. Lagipun kau nampakkan reka bentuk pagar rumah banglo dalam video tu macam mana? Sama kan dengan reka bentuk pagar kuning rumah banglo sebelah rumah kau tu?"

"Yeke? Entah-entah tu rumah orang lain ke? Kau ingat rumah banglo sebelah rumah aku je ke ada design macam tu?" aku mempersoalkan.

"Masih tak percaya lagi? Kau tak nampak ke lokasinya dekat mana? Dekat Taman Permaisuri kan? Nak aku pasang balik?"

"Eh..eh tak payah. Nanti ada jugak telefon pecah nanti."

Selepas itu aku hanya diam. Dan sampai sekarang fikiran aku masih bercelaru. Betulkah video yang Fasya tunjukkan tadi? Walaupun aku cuba untuk melupakan perkara tersebut, otakku masih memutarkan kembali rakaman video tersebut membuatkan aku tidak boleh tidur.

Jam sudah menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aku masih tidak dapat tidur. Pusing ke kiri tak kena, pusing ke kanan tak kena. Selepas berjam-jam mencari posisi untuk tidur, aku berhasil untuk tidur. Tetapi hanya sekejap. Sejam kemudian aku terjaga. Tiba-tiba terasa hendak terkencing. Ahh sudah. Sudah lah aku ni penakut. Memang tidak pernah sekali pun dalam hidupku setakat ini pergi ke tandas pada tengah malam seorang diri.

Namun, disebabkan tak tahan, aku beranikan diriku. Nasib baiklah di dalam bilikku ada sebuah tandas. Tak perlulah aku turun ke bawah melalui ruang tamu dan dapur yang gelap untuk ke tandas utama. Selepas buang air, aku naik ke atas katilku semula.


SREEEEET!!!

Baru hendak terlelap, tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti besi diseret. Aku menjenguk ke luar tingkap. Nothing. Aku cuba menyamvung tidur . Sekali lagi bunyi itu menggangguku. Aku menjenguk ke luar tingkap sekali lagi. Alangkah terkejutnya aku melihat pagar rumah banglo sebelah rumahku itu sedang bergerak ke terbuka dan kemudian tertutup seperti ada sesuatu menggerakkannya. Aku yang dah menggigil habis terus melelapkan mata. Bunyi itu aku abaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience