Rate

#02

Mystery & Detective Series 3880

Pagi sudahpun mengambil alih waktu malam. Aku mendapatkan ibuku yang sedang memasak di dapur. Semenjak cuti akhir tahun ini, ibuku selalu memasak sendiri berbanding beli di luar. Ibuku memandangaku hairan.


"Awal Sya bangun harini?"soal ibuku. Aku abaikan soalannya dan menyoalnya semula. " Mak, mak ada dengar bunyi-bunyi pelik tak malam tadi?" "
Takde pun. Merepeklah Sya ni. Dah jom makan. Pergi panggil ayah." aku melangkah longlai menuju ke kamar ayah. Mak tak dengar? Tidur mati agaknya.

Baru aku nak keluar dari kawasan dapur, ayahku dah sampai ke dapur. Lepas semua dah berkumpul kami sarapan sama-sama.

"Dengar cerita rumah banglo sebelah ni dah nak ada penghuni." ayahku memulakan perbualan. "Iya, bang. Bagus juga tu. Lepas ni boleh lah kita dapat jiran baru. Takdelah buat hal sendiri je macam sebelum ni." aku terkejut dengan apa yang diberitahu oleh ayahku.

"Er...tapi...bukan ke rumah banglo tu ber..." ayatku terhenti separuh jalan. Aku tak yakin yang ibu bapaku akan mempercayaiku jika aku menghabiskan ayatku. "Kenapa dengan rumah banglo tu?" ayahku menyoal. "Bukan ke rumah tu...ber...er...dah lama tak ada penghuni? haa. Kan rumah tu dah lama sangat. Takkan ada orang nak duduk."

"Sebab dah lama tak ada orang nak duduklah Pak cik Hisyam nak duduk."What??? Pak cik Hisyam? Keluarga yang bermuka pucat dan mengerikan setiap masa tu. OMG! Kenapa perlu dia. Aku memang kurang suka dengan keluarga Pak cik Hisyam itu. Setiap kali pulang beraya, muka mereka akan sentiasa masam dan pucat. Ditambah pula mereka memang tidak tau bergaul dan asyik bersendirian.

" Pak cik Hisyam, bang? Sedara abang yang sebelum ni duduk dekat Australia?" ayahku hanya mengangguk. "Bagus jugalah tu. Adalah juga saya kawan nanti dengan Kak Temah tu." banyak pulak membebel mak aku ni.

"Sya pun kena kawan dengan anak Pak cik Hisyam tau. Si Daniel tu. Dia tu tak pandai bergaul sangat." "Ayah, Daniel tu peliklah. Takkan Sya nak kawan dengan dia. Nanti dia buat apa-apa dekat Sya nanti macam mana?" aku cuba mengelak. "Sya, tak baik tau main serkap jarang. Dia tu cuma pendiam dan tak tau bergaul je. Dah takde alasan. Sya kena kawan dengan dia."

Time tu aku rasa nak menangis je. Takkan aku nak kawan dengan Daniel tu. Dahlah tak pernah senyum. Dulu pernah juga aku terdengar dia bercakap sendiri dalam bahasa yang tidak aku ketahui. Menyeramkan.

BTW TUNGGU BAB SETERUSNYA DI MANA SYAFIQAH AKAN BUAT RAKAMAN PARANORMAL PADA PAGAR RUMAH BANGLO YANG BAKAL PAK CIK HISYAM DUDUKI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience