Rate

KEMUNCULAN

Fantasy Series 2542

(Di kawasan KLIA)

"Norjannah, kau taknak balik ke? Dah setengah jam kita kat sini. Mereka ok je tu. Janganlah risau sangat. Aku pula yang pening tengok kau ulang alik sejak tadi." Ajak Sarina yang masih duduk di kerusi menunggu. Televisyen di hadapan sesekali dilihat. Norjannah tetap dengan kelakuan yang memeningkan. Berjalan mundar mandir dan mengomel sendirian.

"Aku risau.. aku risau Sari. Hati aku ni rasa lain macam. Aku takut apa yang aku fikirkan jadi kenyataan." Norjannah masih dengan pemikiran negatifnya. Sarina menggeleng kepala. Dia menarik tangan Norjannah untuk duduk disisinya.

"Mereka takkan apa-apa. Doalah yang baik-baik sahaja. Jomlah balik dulu. Mereka dah sampai sana nanti mereka akan hubungi kita. Jom.. kita tenangkan diri ok." Pujuk Sarina perlahan. Norjannah membiarkan tangannya ditarik oleh Sarina hingga ke tapak parkir. Mereka berlalu dari situ tanpa bercakap sepatah. Laluan keluar dari KLIA Agak sibuk dengan pelbagai kenderaan menuju kearah pintu masuk.

(Di dalam kapal terbang)

"Tiada sesiapa yang nak tolong kami ke? Cari dua budak2 yang saya sebutkan tadi. Dan saya akan lepaskan kamu semua. Saya janji." Lelaki bermisai memberi jaminan untuk mempercepatkan misinya.

"Khairyll, aku takut ni... apa yang mereka nak?" Benjamin menggeletar. Peluh menitik ke pipi.

"Sabar Ben. Jangan fikir yang bukan-bukan. Kalau kau rasa panas satu badan, cepat-cepat makan ubat.. mana ubat kau?" Khairyll memberi arahan dengan suara perlahan supaya penceroboh tidak mendengar kata-katanya.

"Ben, Khai.. Macammana ni? Kami tak tahu nak buat apa ni. Nak bergerak pun tak boleh." Kedengaran suara Shima dari seat belakang. Rania sedang menangis teresak-esak di belakang Khairyll. Khairyll hanya menunjukkan tapak tangannya di celah seat tanda sabar. Shima dan Rania semakin gentar apabila salah seorang penceroboh berjalan menuju kearah mereka.

"Lama lagi ke nak tunggu budak-budak tu? Kalau lama lagi, aku nak berseronok sekejap. Dan aku dah jumpa 'keseronokan' aku." Lelaki yang bertopeng berdiri disebelah Shima dan memerhatikan Rania sambil tersenyum sinis. Tanggannya cuba menyentuh Rania.

"Jangan cuba nak cabul anak oranglah!" Shima menepis tangan lelaki itu sekuat hati.


Tiba-tiba rambut Shima ditarik kasar dan dipaksa berdiri. Lelaki tadi meletakkan pistolnya dibawah dagu Shima.

"Berani kau perempuan! Aku pantang betina macam kau! Aku akan dapatkan apa yang aku inginkan. Dan kau tak boleh halang aku betina!" Shima ditampar sekuat hati hingga jatuh tersungkur di lantai kapal terbang.

"Hei!! kurang ajar kau!" Benjamin bangun dan menendang lelaki tadi. Tidak sempat mengelak, lelaki itu terkena serangan mengejut dari Benjamin.

"You son of a b***h!!" Lelaki bertopeng membuka kain yang membalut wajahnya dan menerkam kearah Benjamin. Belum sempat tangannya menumbuk wajah Benjamin, Khairyll menghalang serangan lelaki itu dengan sebelah tangan.

"Kau jangan cuba nak sentuh adik aku!" Khairyll memberi tumbukan sulung tepat dipipi lelaki itu. Kekuatan yang Agak luar biasa dari Khairyll membuatkan lelaki tadi terpelanting jauh hingga kedalam kokpit Pilot. Kawan-kawannya terperanjat dan cuba menembak Khairyll dan Benjamin. Satu tangan menahan serangan mereka.

"Bagus! Aku berpura-pura sejak tadi dan menunggu korang keluar. Akhirnya keluar juga! Cuba bersikap 'gentleman' ya. Bagus! Tak sia-sia Sarina dan Norjannah besarkan korang selama ni." Si kembar berpaling kearah lelaki bermisai dengan pandangan curiga.

"Macammana kau boleh tahu pasal mak kami? Siapa korang sebenarnya?" Khairyll memberanikan diri berhadapan dengan lelaki bermisai.

"Hehe! Aku tahu semua perkara tentang kau dan kembar kau ni. Semua perkara sejak kau kecil sampailah besar macam ni. Dan selepas ni, korang takkan ada di dunia ni lagi. Sebab aku mendapat arahan dari seseorang untuk bunuh korang berdua. Kewujudan korang tak diperlukan di sini. Atau lebih tepat di dalam dunia ni. Korang sepatutnya tak wujud langsung!" Keterangan dari lelaki bermisai semakin menambah kekusutan di dalam fikiran Khairyll dan Benjamin.


Satu tumbukan hinggap di perut Khairyll. Khairyll cuba bertahan dari jatuh. Ketika lelaki bermisai cuba menumbuk Khairyll lagi, Benjamin menendang dada lelaki bermisai tetapi sempat ditahan. Lelaki bermisai menepis kaki kiri Benjamin. Benjamin menahan impak jatuh dengan tangan kirinya.

"Ben!!" Khairyll bertindak cepat dengan mempraktikkan seni mempertahankan diri yang dipelajari. Beberapa tumbukan tomoi dari Khairyll membuatkan lelaki bermisai berundur sedikit. Benjamin menyerang dua lelaki lagi. Salah seorang penceroboh berada didalam kokpit. Khairyll menumbuk dan menendang bertubi-tubi. Tetapi serangan dari Khairyll seperti dapat diramal oleh lelaki itu kerana tidak satu pun serangannya mengenai lelaki bermisai.

"Nama aku bukan Smith kalau aku kalah pada budak kacukan serigala macam kau. Betul kata profesor Chris. Perubahan dalam tubuh kau dah mula muncul bila kau dah hampir cukup umur. Sekarang panas baran kau pun semakin berkembang bukan? Budak kacukan!!" Smith membalas tumbukan Khairyll dengan sepantas kilat. Smith mengeluarkan pisau rambonya dari tepi peha. Khairyll yang cuba bangun tidak sempat mengelak tikaman dari Smith. Pisau rambo menekan masuk kedalam lengan Khairyll apabila Khairyll berpusing kesebelah kiri.


Benjamin juga tewas apabila penyakitnya mula menyerang secara tiba-tiba. Benjamin menggelupur di lantai menahan kesakitan. Khairyll cuba menyelamatkan adiknya tetapi dia masih dalam pertarungan dengan Smith. Ketika Smith ingin menikam leher Khairyll, Smith tidak bergerak. Seperti patung. Benjamin menggunakan kelebihannya untuk mengawal manusia dengan hanya melihat ke mata mereka tetapi hanya untuk seketika.

"Bunuh kawan-kawan kau sekarang.." Arah Benjamin dari jauh. Khairyll melepaskan diri. Smith cuba meronta tetapi gagal. Dia memegang m-16nya dan terus menembak dua lagi kawannya.


Namun tembakannya menjadi rambang selepas beberapa saat. Benjamin cuba mengawal kelebihannya untuk seberapa lama yang boleh. Tetapi akhirnya Smith menembak keseluruh arah tanpa kawalan. Termasuk tembakan kedalam kokpit pilot. Kedengaran jeritan dari pilot-pilot dan kawan Smith. Darah memercik keseluruh tempat apabila kesemua penceroboh ditembak mati oleh Smith.

"Tolong!! Tak dapat kawal!" Jerit Benjamin sambil menutup matanya. Kelihatan darah mengalir laju dari anak matanya. Khairyll melompat keatas Smith dan cuba merampas senapang darinya. Beberapa das tembakan tembus dibahagian kekunci pintu kapal terbang. Satu alarm berbunyi nyaring. Pintu kapal terbang terbuka sendiri. Kesemua penumpang merasakan sesuatu yang aneh. Kapal terbang mereka seperti terjunam kebawah. Khairyll memegang senapang milik Smith dan bertindak menembak Smith tanpa belas kasihan. Sama seperti Smith membunuh penumpang yang telah ingkar arahannya. Smith terdiam di satu sudut.

"Ben!! Kau tak apa-apa ke?!" Khairyll memeriksa Benjamin selepas melempar senapang Smith yang telah kosong. Benjamin bangun sambil didorong oleh Shima dan Rania.

"Aku tak apa-apa! Aku dah boleh nampak. Sekarang kita kena selamatkan penumpang dalam kapal terbang ni! Pilot dah mati!" Benjamin menuju kearah kokpit pilot. Tiga mayat masih di tempat duduk masing-masing. Benjamin membuka tali pinggang keledar salah seorang pilot dan cuba mengawal kapal terbang.

"Mayday! Mayday!! Menara kawalan,!! Menara kawalan!! Sila dengar! Kapal terbang sini di'hijack'. Sekarang tolong ajar saya macammna nak kawal kapal terbang ni! Kami akan terhempas! ASAP! ASAP!" Benjamin cuba menyambung talian dengan menara kawalan yang berdekatan. Dia cuba menerbangkan kapal terbang dengan kawalan yang tidak pernah dilihat secara dekat. Selama ini dia hanya bermain permainan kapal terbang di arcade dan di rumah dengan alat kawalan kecil. Sekarang adalah cabaran untuknya. Adakah dia mampu untuk menerbangkan kapal terbang besar seperti ini.


Khairyll pula cuba menenangkan penumpang dengan bantuan seorang pramugari yang masih selamat. Pramugari berkenaan cuba memberi arahan kepada penumpang apa yang perlu dilakukan. Semua orang berpegang pada sebarang pemegang supaya tidak terkeluar dari kapal terbang yang masih di altitut yang tinggi.

"Semua penumpang dengar sini!! Semua orang kena terjun dari sini sekarang juga! Kapal terbang semakin rendah dan akan terhempas dalam masa beberapa minit! Sekarang!!" Kedengaran suara Benjamin di speaker sekuatnya. Semua penumpang mengambil payung terjun dan bersedia untuk terjun.

"Boleh ke kita terjun kak?! Tak bahaya ke dalam ketinggian ni?!! Tekanan udara terlalu laju. Mungkin akan beri efek pada badan kita bila terjun tanpa kawalan yang betul!!" Khairyll cuba bersuara sambil cuba mengawal badan supaya tidak terjatuh.

"Jangan risau!! Kita akan selamat!! Sekarang terjun satu persatu!!" Arah pramugari itu tenang. Seorang demi seorang penumpang terjun dengan berhati-hati. Kapal terbang mula terhuyung-hayang dalam ketinggian 20,000 kaki dari paras laut dan semakin menurun.


Khairyll berlari kedalam kokpit untuk mendapatkan adiknya. Dia memberi payung terjun pada Benjamin dan menolaknya keluar secepat mungkin.

"Kita dah tak boleh selamatkan kapal terbang ni lagi! Kita kena selamatkan nyawa kita dahulu!! Pergi!!" Khairyll menolak kawan-kawannya termasuk pramugari yang membantu. Ketika dirinya mengambil jarak untuk terjun, Satu tarikan dari belakang membuatnya terjatuh. Khairyll mendongak dan melihat lelaki bermisai masih hidup dan tersenyum sinis padanya.


Payung terjun di tangan Khairyll dirampas dan lelaki bermisai terus terjun tanpa menoleh kebelakang. Khairyll cuba mencari payung terjun yang lain tetapi rencana lelaki bermisai selangkah kehadapan darinya. Kesemua payung terjun yang ada telah dikoyakkan. Tiada apa yang dapat menyelamatkan Khairyll sekarang. Benjamin yang masih berada diudara belum membuka payung terjunnya lagi dan memusingkan badan. Dari kejauhan dia dapat melihat kelibat lelaki bermisai melintasinya dengan kelajuan tinggi. Senyuman di wajahnya mengecutkan Benjamin. Tiada sesiapa lagi yang keluar.


Benjamin membuka payung terjunnya bersama-sama penumpang lain. Keadaan di langit di kawasan sungai Rajang berlainan sekali apabila orang ramai melihat manusia lain sedang turun dari langit seorang demi seorang. Kebanyakan mereka mendarat di kawasan berdekatan kampung orang asli. Manakala Benjamin, Shima, Rania dan pramugari tadi ditolak angin kuat hingga masuk kedalam kawasan hutan dara agak jauh dari kawasan penempatan. Sebaik sahaja mendarat, Benjamin berlari ketepi tebing sungai Rajang. Matanya mencari kelibat Khairyll namun hampa. Akhirnya kapal terbang jatuh kedalam sungai Rajang dengan sayap yang patah sebelah. Sebahagian dari kapal tenggelam di dalam sungai dan terbakar selepas beberapa saat.

"Khairyll!! Khairyll!! Aku kena selamatkan dia!! Khairyll!!" Benjamin cuba mendapatkan bangkai kapal terbang tetapi sempat dihalang oleh pramugari yang memakai lencana nama 'Nurin'.

"Sabar dik! Kita dah tak boleh buat apa-apa! Kapal terbang dan musnah! Sabar dik!!" Pujuk Nurin sambil menolak bahu Benjamin.

"Itu abang aku!! Aku kena selamatkan abang aku!! Dia masih hidup! Dia masih hidup!" Benjamin meronta untuk melepaskan diri. Shima juga cuba menghalang apabila Benjamin cuba bertindak kasar dengan menolak badan Nurin.

"Ben!! Istighfar Ben! Dalam keadaan kapal macam tu, Khai takkan selamat! Dia tak sempat terjun pun tadi!! Tapi aku tahu dia kuat! Berdoalah dia selamat!" Shima pula cuba menenangkan Benjamin yang terduduk di tanah. Habis kesemua bahagian kapal terbang dijilat api.

"Akan ada ke manusia yang akan selamat dengan api yang marak macam tu?" Benjamin mula berfikiran negatif. Air mata yang mengalir menghilangkan ego lelakinya di hadapan wanita-wanita yang ada disitu.


Kesemuanya hanya mampu melihat dari jauh. Mereka tidak tahu bahawa perkara seburuk ini akan berlaku. Dan mereka tidak menyangka akan kehilangan salah seorang kawan baik mereka dalam nahas berkenaan. Benjamin yang menangis sambil bersujud menumbuk tanah beberapa kali dan mengomel sendirian. Rania berjalan dan duduk di hadapan Benjamin. Digenggam tangannya kemas. Ditampar wajah Benjamin kuat.

"Benjamin yang saya kenal bukan lemah macam ni! Benjamin yang saya kenal amat tenang dan sangat bijak. Dan dia adalah ketua saya! Saya tahu Khairyll takkan suka kalau dia tengok ketua dia menangis macam ni." Rania yang lemah lembut menjadi tegas dalam sekelip mata. Wajahnya menunjukkan kewibawaan seorang wanita yang kuat. Benjamin yang terdiam mengelap air matanya dan senyum.

"Dia akan selamat ke?" Benjamin masih curiga. Dia hanya memandang kebawah.

"Saya pasti!! Khairyll pasti selamat! Saya percayakan dia! Dia pasti dapat cari jalan untuk teruskan hidup walaupun kita tak nampak. Kalau dia meninggal sekalipun, dia takkan tinggalkan kita tanpa mengucapkan selamat tinggal. Itu Khairyll yang saya kenal! "Tegas Rania yakin dengan Khairyll. Di matanya terpancar kepercayaan kepada lelaki bernama Khairyll yang dikenalinya sejak tiga tahun lepas. Benjamin yang melihat tersenyum.

"Ya.. itulah Khairyll.." Benjamin hanya memandang kearah kapal terbang yang terbakar. Bukan pandangan kosong tetapi pandangan penuh harapan. Adakah Khairyll selamat dari bencana itu?"

(TAMAT BAB 2)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience