Rate

KENANGAN

Fantasy Series 2542

(Disebatang jalan raya yang sunyi)

"Jangan!! Jangan!! Pergi!! Bayangan seorang lelaki berpakaian seperti ahli sains sambil mengacukan senapang seperti M-16 mengekori seorang remaja lelaki dikawasan koridor di sebuah banggunan lama. Kelihatan seperti sebuah hospital tinggal. Mereka yang berada di tingkat 7 berkejaran di kawasan itu sehingga ketingkat bawah 5. Beberapa das tembakan kedengaran nyaring di dalam hospital kosong itu. Remaja lelaki yang memakai baju putih seperti pesakit cuba melarikan diri sejauh mungkin dari lelaki bersut putih itu. Tangga dituruni selaju kaki melangkah. Sebaik sahaja sampai ditingkat 2, satu das tembakan mengenai kakinya dan menyebabkannya tersadung kehadapan. Badannya mula bergolek menuruni tangga hingga kebawah. Dia berusaha bangun namun gagal apabila muncung senapang diletakkan di kepalanya. Badan menggeletar dan dada berombak.

"Kau tak mungkin akan lepas dari aku! Hari ini atau esok kau akan jadi milik aku! Hidup atau mati. He! he! he!" Tembakan dilepaskan.


***************************


Sebuah kereta berjenama toyota hilux berdesup laju menyusuri jalan raya yang seolah-olah tiada berpenghuni. Kedengaran suara radio yang kuat dari dalam kereta. Dua remaja terangguk-angguk mengikut rentak lagu yang berkumandang. Remaja lelaki yang memakai cermin mata menekan punat suara. Suara lagu direndahkan. Satu keluhan berat diberi.

"Kau kenapa Ben? Dari tadi asyik dengan muka monyok kau ni je. Kau ada masalah ke?" Tanya seorang remaja lagi yang sedang memandu kereta kesayangannya.

"Entahlah Khai. Aku... susah nak cakap. Aku sebenarnya ada masalah cintalah... kau jangan gelak!" Benjamin memberi amaran awal sebelum Khai atau Khairyll sempat ketawa. Ditutup mulut secepatnya. Ditarik nafas dalam-dalam.

"Ok ok.. Jadi kau ada masalah cinta. Kau beruntung!! Sebab kau ada abang yang terer bab cinta! So... siapa gadis pilihan hati kau yang kau puja tu? Ceritalah. Mana tahu aku kenal ke." Kening dinaikkan beberapa kali. Khairyll cuba mengorek rahsia adiknya. Lama Benjamin termenung sebelum menjawab soalan Khairyll.

"Tak apalah. Aku boleh handle setakat ni. Kalau kau yang jadi penasihat aku tentang cinta, baik aku diamkan diri je. Entah apa-apa nasihat yang kau bagi nanti." Luah Benjamin kecewa.

"What?! Oi! Aku tahulah semua benda tentang cinta. Kau jangan pandang aku sebelah mata ok!" Tegas Khairyll sambil cuba membelok ke satu jalan lain.

"Yelah tu. Tak payahlah." Benjamin menamatkan perbualan setakat itu. khairyll tidak mahu menganggu emosi adiknya lagi. Dia memberi fokus pada pemanduan. Kereta hiluxnya memasuki kawasan sebuah universiti yang agak jauh dari kawasan bandar dan dibina di atas bukit dan dikelilingi oleh hutan simpan. Seperti universiti ini sengaja dibina di situ atas tujuan tertentu.


Kereta diletakkan di parkir yang telah disediakan. Mereka berdua keluar dari kereta dan berjalan beriringan menuju ke sebuah bilik di tingkat atas. Benjamin yang memakai baju kemeja dan berseluar slack kemas dilihat bersama cermin mata yang dipakainya. Manakala Khairyll yang lebih ranggi memakai seluar jeans dan berbaju t-shirt hitam dan bersweater labuh membawa satu fail setiap seorang. Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, mereka dibenarkan masuk.


Dari jauh kelihatan seseorang mengikut mereka dari belakang dan mengendap Benjamin dan Khairyll. Lelaki itu hanya menunggu di dalam kereta yang bertinted hitam pekat. Hanya separuh wajahnya yang terlihat.

(Selepas sejam)

"Terima kasih profesor sebab sudi ajar kami mengenai assignment kami ni. Terima kasih banyak-banyak." Ucap Khairyll gembira apabila kertas kerjanya dapat diselesaikan dengan cepat. Kelihatan dua gadis keluar dari bilik bersama mereka. Seorang memakai pakaian kasual dan seorang lagi memakai jubah muslimah.

"It ok! Saya hanya menolong sahaja. Kalau ada apa-apa let me know ok." seorang lelaki berusia awal 30-an tersenyum manis kearah mereka.

"Kami pergi dulu prof Saifuddin! Nanti kalau ada apa-apa yang kami tak faham, kami bagitahu prof. Terima kasih sekali lagi." Ucap Benjamin pula dan menutup pintu selepas memberi salam.

"Akhirnya!! Kerja kita hampir selesai! Jadi kita hanya perlu pergi ke tempat yang diberitahu oleh prof dan lengkapkan tesis kita di sana. Sekarang nak pergi mana? Ada masa lagi sebelum tengahari." Tanya Khairyll sambil menggeliat. Rasa seronok menyelubungi diri.

"Kita makan nak? Saya laparlah. Eh kejap! Jadi ke kit nak ke Sarawak nanti? Kalau jadi, saya bagitahu family saya di sana yang kita akan bertolak ke Sarawak dan menumpang tidur disana selama seminggu." Gadis sunti yang memakai baju kasual bertanyakan lokasi dimana mereka akan melakukan kajian mereka.

"Jadilah! Kan dah bincang tadi nak pergi ke Sarawak. Hanya kat sana je yang sesuai kita buat kajian. Nak cepatkan tesis kita ni. Tak lama kan. No hal lah." Jawab Khairyll. Benjamin yang berada di belakang dengan seorang lagi gadis hanya mendiamkan diri.

"Hoi Rania! Diam je. Taknak tambah apa-apa ke? Syok dia kat belakang dengan Ben." panggil Shima Agak kuat. Rania terkebil-kebil.

"Ya? kenapa? Tambah apa? Saya setuju je kalau awak semua setuju." balas Rania secepatnya. Wajahnya Agak merah menahan malu.

"Aku rasa kita balik rumah je. Aku tak yakin yang mama-mama kita akan bagi kebenaran pada kita untuk pergi jauh dari kuala lumpur ni." Jawab Benjamin serius. Wajah ceria Khairyll berubah.

"Kau ni memang pemusnah kebahagiaan aku kan. Aku baru nak seronok dapat melancong ke negeri orang, kau pula bagi jawapan yang menghancurkan keseronokan aku." Balas Khairyll sambil memuncungkan mulutnya.

"Aku memang dilahirkan begini. Terima jelah." Usik Benjamin ringkas. Khairyll mempercepatkan langkahnya kekereta. Shima dan Rania menaiki kereta lain. Mereka berpisah di depan pintu masuk universiti.


Mereka menaiki kereta dan mula keluar dari kawasan universiti yang tersergam indah bak istana di atas bukit. Kereta hilux Khairyll dan kereta Persona Shima menyusur laju hingga hilang dari pandangan.

(DI SEBUAH HUTAN SIMPAN DI SARAWAK)
(20 TAHUN YANG LALU)


Kelibat dua renjer hutan wanita sedang meronda keadaan hutan yang sememangnya menjadi tugas rutin mereka sehari-hari. Tiba-tiba, salah seorang dari mereka memanggil kawannya dan melihat seorang wanita lain sedang terbaring dengan berlumuran darah di tepi pokok. Yang paling mengejutkan wanita itu sarat mengandung. Wanita yang cedera itu melambaikan tangan inginkan bantuan. Mereka segera mendapatkan wanita yang kelihatan nazak.

"Tolonglah... selamatkanlah anak saya... tolonglah... " Rayu wanita itu lemah. Kedua-dua renjer hutan hanya memandang penuh kehairanan kerana tidak pernah melihat manusia lain yang berjaya masuk kedalam hutan simpan ini kerana undang-undang yang telah berkuatkuasa melarang sesiapa memasuki hutan simpan itu.

"Macammana Puan boleh ada kat sini? Apa yang berlaku Puan?" Tanya salah seorang dari mereka. Tangan digenggam erat. Luka tembakan di dada ditekan bagi menghalang darah mengalir keluar. Peluh dingin mulai kelihatan di wajah mereka.

"Tolonglah.. selamatkan anakku... jangan bagi anakku mati... mereka tidak bersalah.. berikan ini pada anakku nanti... demi Allah..." rayunya lagi. Kali ini lebih sayu. Suara juga semakin tenggelam. Selepas beberapa saat, tangan terkulai layu. Nafas tidak kedengaran lagi. Jasad dibiarkan begitu ketika nyawa sudah meninggalkan badannya.

"Apa yang kita nak buat ni Sari? Dia dah mati!" Tanya salah seorang dari mereka yang memakai cermin mata. Dia membelek dua syiling lama yang diberikan oleh wanita itu ditangannya.

"Kita kena selamatkan anak dia Jia!" Sari atau Sarina mengeluarkan sebilah pisau tajam dari tepi pinggangnya.

"Kau nak buat apa Sari?! Takkanlah kau.." Jia atau Norjannah semakin binggung. Apa yang difikirkan didalam kepala diharapkan tidak menjadi kenyataan.

"Kita belah perut dia sebelum anak dia mati sama! Dan kita kena cepat sebelum Bau darah dia menarik minat haiwan-haiwan buas yang ada dalam hutan ni!" Sarina nekad untuk menyelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa sebelum terlambat. Tangan Sarina disekat oleh Norjannah.

"Kau gila ke?!! Kau ingat belah perut manusia macam belah perut ikan?!! Ini manusia Sari! Manusia yang bernyawa macam kita!" halang Norjannah panik.

"Tapi dia dah tak bernyawa! Yang bernyawa sekarang anak yang ada dalam perut dia! Aku taknak tengok dia mati bersama-sama ibunya! Aku nak selamatkan dia walaupun aku dikatakan seorang kanibal!" Sarina semakin tekad dan mengambil keputusan yang diharapkan tidak akan menghampakannya dikemudian hari.


Norjannah hanya berserah pada takdir. Dia tidak mampu melihat apa yang dilakukan oleh kawan baiknya walaupun tujuannya baik. Matanya berkalih ketepi dan hanya merenung kosong kearah hutan. Selepas seketika, kedengaran suara bayi menangis. Serta merta Norjannah berpaling. Senyuman terukir di wajah ketika melihat satu tubuh mungil dan kecil terkapai-kapai mencari pelindungnya. Norjannah mengambil bayi itu dan menutupnya dengan jaket. Sarina mengangkat satu lagi bayi yang tidak bergerak.

"Mereka kembar ke Sari? Kenapa yang itu langsung tak bergerak? Dah meninggal ke?" Tanya Norjannah kaget. Sarina meletakkan semula anak itu ditepi ibunya. jaketnya membalut keseluruhan wajah dan badan ibu malang itu.

"Anak dia yang lagi satu dah mati. Kita tak dapat nak buat apa-apa. Jom keluar dari sini sebelum perkara buruk terjadi lagi." Ajak Sarina dengan suara yang hampir menangis. Ketika langkah kaki ketujuh bertapak di tanah, bergema tangisan bayi dari jauh. Sarina menerkam kearah jasad ibu malang dan menyelak jaketnya. Bayi yang dikatakan sudah meninggal hidup semula. Sarina segera mendukungnya. Air mata kegembiraan menyelubungi kedua-dua wanita muda itu. Dikala mata bertentang, Sarina menyedari sepasang mata bayi yang didukungnya berlainan sekali dengan mata seorang manusia. Berwarna hitam kemerahan. Mereka segera meninggalkan tempat ngeri itu dan berdoa supaya apa yang baru sahaja berlaku akan berhenti disitu dan hilang ditelan kegelapan.

(DISEBUAH RUMAH DI KUALA LUMPUR)
(MASA KINI)


Seorang wanita termenung sambil memegang gambar anaknya di halaman rumah agamnya yang terletak Agak jauh dari bandar kuala lumpur yang sesak. Ditenung lagi gambar anaknya semasa kecil yang comel dan bercermin mata itu. Senyuman hilang disaat fikiran mulai memikirkan apakah kebahagian yang dirasanya ini akan berkekalan atau terhenti di suatu masa nanti? Keluhan demi keluhan dihela. Tiba-tiba seseorang memberi salam dan berjalan kearahnya.

"Apa khabar Sari? Dah lama aku tak datang rumah kau. Jauh kau termenung. Ada masalah ke? Nak kongsi dengan aku?" Norjannah meletakkan bekas kuih di meja. Sarina tersenyum.

"Tak ada apa-apalah Jia. Cuma terkenangkan kembali peristiwa hitam yang pernah kita hadapi dulu masa kita menjadi renjer hutan di tempat kerja kita yang lama. Pejam celik pejam celik anak-anak yang kita jaga dah besar dah! Jia, macammana kalau tiba-tiba mereka bertanyakan asal usul mereka? Apa yang perlu kita jawab?" Sarina menyua kopi buatannya dimulut. Dihirup perlahan. Norjannah menuang kopi di dalam teko di cawan yang masih kosong.

"Entahlah Sari. Aku sendiri tak tahu apa yang akan aku jawab kalau mereka tanya. Takkan nak bagitahu perkara sebenar kot. Mereka boleh terima ke asal usul mereka yang tak seperti manusia lain?" Norjannah membalas.

"Assalamualaikum!" Satu suara memberi salam dari arah dalam rumah. Mereka menyambut kepulangan anak-anak mereka dengan senyuman.

"Anak-anak mama dah balik! Meh sini!" Sarina mengajak mereka beriadah bersama. Benjamin dan Khairyll bersalaman dengan mama-mama mereka.

"Mama ada juga ke? Khai ingat nak singgah sekejap kat rumah ibu Sari. Lepas tu terus balik rumah." Khairyll duduk disebelah Norjannah.

"Mama cuma ada ibu Sari je di KL ni. Mana lagi mama nak pergi anak oi? Lainlah kalau Khai sanggup teman mama shopping ke pergi buat date ke.." seloroh Norjannah.

"Hah! Kalau shopping Khai boleh terima. Kalau date, no way!" Khairyll menunjukkan tapak tangannya.

"Kenapa? Tak nak mama Jia kahwin lain ke?" usik Benjamin pula. Khairyll mendiamkan diri. Nampaknya pertanyaan Benjamin menutup suis ceria Khairyll.

"Ben gurau je Khai. Jangan serius sangat. Takkanlah mama nak kahwin lain. Mama dah ada Khai seorang pun dah cukup bagi mama. Ibu Sari pun ada dengan kita. Cukup korum. Tambahan lagi ada Benjamin sekali. Seronok hidup kita kan?" Pujuk Norjannah yang tahu sangat perangai anak terunanya itu.

"Ben tak ada pun tak apa. Khai tak kisah pun." balas Khairyll buat-buat tegas.

"Apa?! Sampai hati kau cakap macam tu! Aku watak penting tau dalam kehidupan kau. Tak ada aku, takkan ada kau!" Benjamin mulai geram.

"Sudah-sudahlah tu. Khairyll bergurau je dengan Benjamin. Takkan Ben tak penting dalam hidup dia. Kamu berdua ni kembar. Mesti sentiasa bersama-sama. Jangan nak gaduh pula. Ibu tak suka." pujuk Sarina pula. Benjamin mencebik. Khairyll hanya tergelak perlahan ditepi Norjannah.

"Hah!! Khai lupa! Ada benda penting Khai nak minta izin dari mama dan Ibu Sari. Harap-harap Mama dan Ibu benarkan. Ben! Kau cakap dulu!" Khairyll bangun mengejut. Semua mata beralih pada Benjamin.

"Em.... sebenarnya... Kami dapat tugasan assignment yang last untuk semester kedua ni. Dan disebabkan kami ambil bahagian geologi dan sains, kami diarahkan supaya pergi ke satu tempat luar dari kawasan KL dan siapkan tesis kami disana. Dan..... Prof bagi cadangan supaya kami buat di.... Sarawak." Benjamin memulakan ayat.

"Dan kami harap sangat mama dan Ibu Sari akan izinkan kami ke Sarawak untuk siapkan tesis kami tu! Tak lama. Dalam seminggu je. Bolehlah mama.. ibu Sari.. boleh ya." rayu Khairyll dengan membuat wajah 'puppy eyes'.

"Tak boleh!! Mama tak benarkan! Kalau dalam semenanjung mama benarkan. Kalau luar dari sini mama tak izinkan! Lupakan assignment korang tu!" Serta merta norjannah membantah. Dia betul-betul tidak menyukai apa-apa mengenai Sabah atau sarawak. Baginya ianya adalah trauma yang berat untuk dipikul.

"Ala mama.... bolehlah... Kali ni je. Dah beberapa kali kami terpaksa tolak tawaran ke Sabah atau Sarawak untuk melakukan kerja kursus yang berkaitan jurusan kami hanya kerana Mama fobia dengan negeri-negeri tu. Mama, kami ambil geologi! Hanya Sabah dan Sarawak tempat yang paling sesuai untuk kami jalankan segala tesis atau kertas kerja yang sepatutnya kami siapkan untuk tiga tahun kami belajar. Tolonglah! Kali ni je." Rayu Khairyll lagi. Norjannah bangun tanpa melihat kearah anaknya.

"Ok. Ibu benarkan. Tapi ada syarat-syaratnya." Sarina memberi kata putus. Wajah Norjannah berubah. Norjannah menarik Sarina jauh dari anak-anak mereka.

"Sarina!! Apa yang kau cakapkan ni? Kita tak boleh benarkan mereka pergi kesana! Kau nak mereka tahu asal usul mereka yang dasyat tu ke? Fikirlah sikit! Aku taknak kehilangan anak-anak aku!" Norjannah meluahkan perasaannya. Sarina hanya memegang erat tangan kawan baiknya.

"Jia, mereka kesana hanya untuk siapkan tesis mereka je. Bukan nak pergi ketempat yang bahaya. Kita benarkan mereka pergi untuk kali ni. Lagipun ini semua untuk masa depan mereka. Sampai bila kita nak sekat atau kurung mereka di semenanjung ni? Lambat laun mereka tetap akan kesana juga. Sabah Sarawak bukan jauh pun Jia. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Takkan ada benda buruk yang akan terjadi pada mereka. Kalau ditakdirkan sesuatu terjadi, aku percaya mereka dapat tempuhinya. Yakinlah pada mereka Jia. Kita sebagai ibu dan juga bapa kenalah sokong mereka." Jelas Sarina ingin mengubah pemikiran kawan baiknya itu.

"Tapi Sari, hati aku ni.. hati aku ni kuat mengatakan akan ada perkara buruk terjadi pada mereka nanti. Aku takut Sari. Aku taknak kehilangan anak-anak kita! Aku tak sanggup!" tegas Norjannah. Beristighfar di dalam hati. Sarina menepuk bahu Norjannah perlahan.


Benjamin dan Khairyll yang melihat dari jauh hanya merenung gelagat ibu-ibunya dengan wajah pelik.

"Apa yang mereka bualkan tu Ben? Macam serius je. Aku harap Ibu Sari dapat pujuk mama Jia supaya benarkan kita pergi ke Sarawak. Kita bukan nak pergi perang pun. Setakat buat kajian pasal struktur tanah dan alam semulajadi je. Itu pun bahaya ke?" Tanya Khairyll semakin pelik dengan sikap mamanya. Dagunya diurut lembut.

"Entahlah Khai. Aku pun tak pasti apa yang mereka bincangkan. Kenapa setiap kali kita cakap kita dapat tawaran ke sabah Sarawak, mama Jia akan bantah sekeras-kerasnya? Apa yang ada disana?" Benjamin mulai curiga. cermin matanya dinaikkan sedikit. Anak matanya yang hitam kemerahan nampak bersinar ketika disuluh sinar matahari.

"Jia, sampai bila kita nak rahsiakan perkara ni dari mereka? Mereka berhak tahu siapa diri mereka yang sebenar. Dan kita sebagai pelindung mereka, perlu beritahu mereka apa yang wajib mereka tahu. Dan aku yakin anak-anak kita takkan tinggalkan kita jika mereka mendengar perkara ini dari mulut kita sendiri. Kau faham tak Jia? Mereka dah besar. Dan kita semakin tua. Mereka sahajalah yang akan menjadi penerus hidup kita. Dan kita tak boleh tamak. Walaupun kita yang membesarkan mereka dengan sepenuh kasih sayang, mereka tetap ada mak ayah mereka. Biarlah mereka cari asal usul mereka. Dan kalau ditakdirkan berlaku perkara buruk, kita perlu sokong mereka dari belakang. Aku yakin pada diri anak-anak kita. Kau pun perlu buat perkara yang sama. Jadilah seorang ibu yang baik. Inilah masanya Jia." Sarina bermain kata-kata dengan Norjannah. Sifat Norjannah yang over protective hanya dapat dilupus dengan kata-kata yang lemah lembut. sesuai dengan jiwanya yang rapuh. Norjannah menghela nafas panjang.

"Baik. Aku percayakan kau kali ni. Dan aku harap apa yang aku rasakan sekarang ini takkan berlaku dalam masa yang terdekat. Aku sayangkan anak-anak aku.." Norjannah akhirnya bersetuju. Sarina tumpang gembira. Sarina menunjukkan ibu jarinya pada Benjamin dan Khairyll. Mereka bersorak riang.


****************************

(PUKUL 3 PAGI DI RUMAH KHAIRYLL)


Khairyll bermimpikan perkara yang sama setiap malam. Kali ini mimpinya seakan nyata. Tetapi kali ini Agak berlainan apabila bayangan lelaki yang memakai sut putih dapat menembaknya bertubi-tubi dan kehadiran benjamin dalam mimpinya melemahkn jantungnya. Ketika dia hampir tumbang dapat dilihat Benjamin ditembak dari jarak dekat tepat dikepala. Serentak itu muncul seorang wanita berpakaian serba putih disebelah Benjamin membuatkannya semakin bingung. Khairyll terbangun dari tidur dengan wajah berpeluh dan dada yang berombak. Nafasnya ditarik sedalam mungkin. Peluh didahi dilap dengan selimutnya.

"Apa maksud mimpi aku tu? Kenapa Ben ada dalam mimpi aku? Kenapa aku asyik bermimpikan perkara yang sama berulang kali? Dan siapa lelaki dan wanita tadi? Apa sebenarnya yang berlaku?" Pertanyaan demi pertanyaan singgah di kotak pemikirannya. Dia semakin buntu dan semakin binggung.


Diteliti duit syiling lama yang bertulis tulisan jawi yang disangkut bersama kalung silvernya di leher pemberian ibunya. Setelah merasa sedikit tenang, dia mengambil wuduk dan solat hajat dua rakaat dan solat istikharah meminta petunjuk. Dia berdoa semoga perjalanan mereka ke Sarawak pagi nanti akan berjalan lancar tanpa gangguan.


***********************

(DILAPANGAN TERBANG KLIA)
(PUKUL 8 PAGI)

"Baik-baik kamu berdua di sana ok! Jangan nakal-nakal. Mama nak selesai sahaja kerja kamu disana, terus balik semenanjung ok! Jangan nak melencong tempat lain. Kalau ada apa-apa terus call mama atau ibu Sari. Faham tak?!" Arah Norjannah serius sambil menelek barang-barang yang dibawa oleh anak-anaknya. Sarina sedang membeli sedikit makanan bersama dengan Benjamin di salah sebuah kedai runcit disitu.

"Ya mama. Khai faham. Khai ingat pesan mama. Dari semalam mama asyik cakap benda sama. Khai takkan lupa semua nasihat mama tu. Janganlah bimbang." Balas Khairyll. Dia meletakkan headphone miliknya di leher. Diambil handphone untuk melihat masa.

"Dah pukul 8 lebih. Lagi sejam nak bertolak. Mana Shima dengan Rania ni? Tak sampai lagi." Rungut Benjamin apabila tiba disebelah abangnya.

"Mereka dah ada di lobby. Tengah tunggu kita. Jomlah. Nanti membebel pula mak nenek tu." Ajak Khairyll. Handphone diletakkan di dalam poket seluar.

"Mama Jia, Ibu, Ben dan Khai pergi dulu. Tak lama. Seminggu je. Bila kami dah sampai sana, kami terus call ibu dan mama Jia. Kami janji. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang ya." Benjamin meminta izin untuk kali terakhir sebelum menaiki pesawat.

"Khai pun sama. Khai akan ingat semua nasihat dan pesanan kedua-dua mama Khai ni. Khai janji akan jaga Benjamin. Kapal terbang landing je, Khai terus bagitahu mama dan ibu ok! Khai janji!" Khairyll pula menambah.

"Ya. Mama dan ibu akan sentiasa doakan kamu berdua. Jangan buat perangai kat tempat orang ok. Jaga diri baik-baik. Ada bawa rantai masing-masing tak? Jangan tinggal. Itu sahaja peninggalan arwah ibu kandung kamu berdua." Norjannah menyedari akan rantai silver milik anak-anaknya tidak kelihatan.

"Ada ni ibu. Khai dengan Ben letak dalam baju. Jadi tak nampak. Kami sentiasa bawa rantai syiling ni ibu. Mana boleh lupa." Benjamin bersalaman dengan ibu kesayangannya manakala Khairyll bersalaman dengan Norjannah.

"Pakai sweater tu. Kat sana mungkin sejuk. Ben jangan lupa makan ubat tau. Awak tu badan tak macam orang lain. Cepat sakit kalau stress. Jaga diri elok-elok. Ibu tak ada nak tolong Ben kalau Ben sakit. Khai yang akan jaga Ben nanti." Sarina begitu menjaga kebajikan anaknya yang mempunyai penyakit yang sangat berlainan dengan penyakit yang ada di dunia.


Penyakit Ben tiada ubatnya. Namun dia dapat bertahan sehingga kini atas ehsan seorang doktor lelaki yang mengenali Sarina sejak muda. Doktor itu yang menjadi doktor peribadi mereka sedari kecil. Oleh kerana keadaan mereka yang tidak seperti manusia biasa, penjagaan khusus perlu diberikan setiap waktu. Dan keadaan badan mereka sangatlah rahsia dan disembunyikan dari pengetahuan doktor lain.


Mereka melihat anak-anak mereka memasuki kawasan menunggu di bahagian hadapan. Sempat mereka melambai dan tersenyum lebar kerana gembira dengan perjalanan mereka kali ini. Tetapi hati Norjannah tetap gusar. Seperti sesuatu yang buruk akan berlaku tidak lama lagi.


Dari kejauhan seseorang sedang berdiri Agak jauh dari mereka semua. Sebaik sahaja Khairyll dan Benjamin memasuki kawasan depart, lelaki itu mengekori mereka bersama beberapa orang lelaki lain.


********************************

(Di dalam kapal terbang)

"Macammana awak dapat tiket kapal terbang ni Shima? Ini kapal terbang dari syarikat baru kan. Rasanya kita penumpang pertama ni. Cantik gila kapal terbang ni. Seat dia pun lapang." Benjamin memulakan perbualan selepas meletakkan beg sandangnya di seat sebelah Khairyll betul-betul di tepi tingkap.

"Nak kata saya yang cari tiket tu, tak juga. Sebab sebaik sahaja saya buka email, email dari syarikat ni terus masuk. Dia kata yang saya dapat tiket free 4 seat sempena hari gawai. Kan saya asal dari Sarawak. And on that day, i celebrating my birthday. So kiranya tiket tu hadiah hari jadilah. Saya apa lagi sambarlah. Tiket free tu. Kapal terbang baru pula tu. Rugi kalau tolak." Jawab Shima seringkasnya.

"Oh.... jadi kena loterilah ni! Sweet!" Puji Benjamin. Dia menoleh ke sebelah kirinya. Khairyll sedang duduk ditempatnya dengan mata yang tertutup. Peluh halus kelihatan di dahi. Dia tahu Khairyll mempunyai penyakit Agak kurang macho iaitu gayat!

"Dah sampai ke? Macam lama je." Khairyll bersuara tanpa membuka mata. Benjamin ketawa kecil.

"Kita belum bertolak lagi Khai. Enjin pun belum hidup lagi. Sabar. Sarawak tak jauh. Dalam 2 jam sampailah kita." Pujuk Benjamin tenang. Khairyll menarik nafas dan menghembus perlahan beberapa kali.


Kapal terbang yang dikendalikan oleh syarikat terbaru kelihatan gah di landasan. Syarikat yang diberi nama AIRFLY baru sahaja ditubuhkan dan mula beroperasi pada hari ini. Khairyll, Benjamin, Shima, Rania dan 26 orang ramai dipilih untuk menaiki kapal terbang yang baru dikeluarkan itu. Limit untuk penumpang hanya 30 orang sahaja dan mereka menghantar tiket VVIP secara email kepada penumpang yang terpilih. Jenis pesawat penumpang serantau yang diberi nama AIRLINE SYSTEM ini dapat terbang setinggi 35000 kaki dari paras laut. Kapal terbang istimewa ini hanya dibina dalam masa 5 tahun sahaja. Kapal terbang ini menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah set makanan dua kali sepanjang perjalanan untuk perjalanan jauh. Jaket keselamatan disediakan dan payung terjun diletakkan disebelah setiap penumpang. Ianya diterbangkan oleh pilot yang berkaliber dan berasal dari luar negara. Satu suara kedengaran di seluruh sudut kapal terbang menandakan kapal terbang mereka akan bertolak tidak lama lagi. Dua pramugara dan dua peamugari menemani penumpang sebelum bertolak. Tali pinggang keledar dipakai sebelum bermula. Sarina dan Norjannah melambai kearah anak-anak mereka yang mulai bergerak.


Dari dalam mereka dapat melihat ramai manusia menaiki kapal terbang yang berlainan dan Agak luar biasa ramainya mungkin kerana tidak lama lagi akan berlangsung pesta keamatan atau pesta Gawai di sarawak. Pesta ini diadakan di Sabah dan Sarawak setiap tahun. Pesta ini dijalankan bertujuan untuk menghargai semangat padi yang telah memberi mereka pelbagai kemewahan melalui penanaman padi.


Kapal terbang mulai bergegar kerana tekanan udara untuk naik keatas. Khairyll menggenggam tangan Benjamin sekuat hati. Perasaan fobia akan ketinggian menakutkan dirinya. Sebaik sahaja kapal terbang stabil diudara, Benjamin menepuk bahu Khairyll.

"Dah ada atas udara ni Khai. Kau boleh lepaskan tangan aku. Sakit oooo..." Mengadu Benjamin menahan sakit.

"Oh! Maaf.. tak sengaja." Khairyll melepaskan pegangannya. Tangan merah Benjamin digosok beberapa kali.

"Awak semua dah ok ke? Dalam masa dua jam kita sampailah kat kampung saya. Seronok rasanya! Dah lama tak balik kampung halaman. Nanti sampai sana abang saya akan datang ambik. Kita pergi kerumah saya dulu. Tumpang tidur kat rumah saya nanti." Shima menanggalkan seatbelt untuk melihat keadaan kawan-kawannya yang berada di hadapan. Rania tersenyum disebelah Shima. Betul-betul dibelakang Khairyll.

"Baguslah! Risau juga nak duduk mana bila sampai sana. Nak check in hotel boleh je. Tapi kalau boleh kena cari seseorang jadi penunjuk jalan untuk mencari port terbaik untuk kajian kita nanti." Benjamin gembira kerana impiannya untuk keluar dari kuala lumpur tercapai. Benjamin melihat keadaan Khairyll yang masih tidak bergerak.

"Khai, kau ok tak? Nampak macam tak ada mood je. Kau ada masalah ke? Ceritalah kat aku. Mana tahu aku boleh tolong." Luah Benjamin risau.

"Tak ada apa-apalah. Aku kan gayat. Jadi aku kurang seronok selagi kita ada atas ni. Kalau boleh aku nak cepat-cepat sampai." Jawab Khairyll perlahan. Perasaan gemuruh masih terasa. Benjamin dapat mendengar suara di dalam hati Khairyll. Kelebihan menjadi kembar dikurniakan pada mereka berdua. Psikik.


Mereka menyeberangi laut china selatan untuk ke Sarawak. Melalui speaker, mereka dapat mendengar suara pramugari memberi maklumat bahawa mereka akan menghampiri sebatang sungai terpanjang di Malaysia. Sungai Rajang berukuran 563 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke laut china selatan di barat. Sungai ini dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak. Balak juga diangkut melalui sungai ini. Banyak hutan dara yang masih belum diteroka di Sarawak. Hanya beberapa hutan sahaja dijadikan hutan simpan. Mereka yang berada di dalam kapal terbang terpesona melihat keadaan sungai yang seperti ular melingkari kawasan hutan dara. Mereka memuji kebesaran ciptaan Allah S.W.T.


Sedang kusyuk merenung, tiba-tiba satu jeritan mengejutkan mereka. Serta merta mata terpandang kelibat beberapa orang lelaki yang muncul dari dalam kokpit pemandu kapal terbang dengan kelengkapan senjata M-16 dan pistol. Wajah mereka ditutup topeng hitam. Salah seorang pramugara ditarik rambut dan diseret keluar. Ditembak beberapa kali di hadapan penumpang tanpa amaran. Kedengaran gelak ketawa mereka seakan-akan gembira dengan buruan mereka yang telah hilang nyawa. Masing-masing menahan debaran di dada. Mendiamkan diri adalah langkah terbaik.

"Saya harap semua dapat tutup mulut. Kami kesini bukan sengaja nak bunuh orang sesuka hati. Kami ada misi. Dan misi kami adalah mencari dua remaja yang berada di dalam kapal terbang ini. Jika kami dapat budak-budak lelaki tu, kami akan lepaskan kamu semua. Jadi bagi kerjasama ok." Salah seorang dari mereka yang membuka topeng tersenyum sinis dan memerhatikan keadaan penumpang.

"Kamu.... cari siapa?" Penumpang lelaki yang berbadan gempal bertanya. Lelaki tadi semakin senyum. Dia mendekati lelaki gempal tadi.

"Kami mencari dua remaja lelaki yang bernama Mohd Benjamin dan Mohd Khairyll. Jadi cari mereka ya. Kalau ada yang berani sorokkan mereka, ini yang akan berlaku." Lelaki bermisai tadi mengacukan senapangnya dan terus melepaskan tembakan dengan senyuman di bibir. Jeritan demi jeritan bersahutan apabila melihat lelaki gempal mati dalam keadaan kepala sebelah hancur.

"Kenapa mereka cari kita? Mereka siapa? Khairyll...." Benjamin mulai resah. Hatinya berdebar-debar.

"Sabar.. jangan panik. Nanti penyakit kau datang. Rilex ok. Aku ada kat sini." Khairyll menenangkan adiknya yang semakin tidak stabil.


Kapal terbang mereka diambil alih oleh lelaki-lelaki bertopeng bersenjatakan senapang. Hijack adalah panggilan untuk kapal terbang yang telah dirampas. Dan yang mengejutkan mereka mencari Benjamin dan Khairyll. Apa yang akan berlaku? Dan siapa mereka sebenarnya?

(TAMAT BAB 1)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience