Bab 22

Romance Completed 1263900

Tepat ½ jam, iphone milik Nurlisa berdering deras, minta di angkat oleh pemiliknya. Nurlisa membiarkan deringan itu berakhir begitu sahaja, kerana dia tahu si pemanggil itu akan menunggunya.
Nurlisa menyarung dress labuh bertanah putih dengan bunga kecil didada. Dress itu memang ada di dalam wardrobenya semasa dia datang ke situ. Kakak iparnya memang sedia maklum dengan segala macam kesukaannya, dari baju sampailah kepada perkara sekecil kecilnya. Dia pernah terjumpa buku catatan Melissa tentang dirinya. Dia tahu Melissa berusaha bersungguh sungguh untuk melihat dia bahagia.
Deringan itu berbunyi lagi. Nurlisa pantas menjawab phonenya.
“I dah ada depan pintu kondo you ni, I tunggu luar, take your time”, suara it uterus hilang tanpa sempat Nurlisa berkata “hello” atau “Hai” atau “Assalamualaikum”
Nurlisa terduduk di katilnya. Dia lantas memegang kepala katilnya tanda meminta kekuatannya. Badannya mengigil, lemah longlai. Airmata mula merembas keluar. Dia mengigil lagi, peluh membasahi dahinya.
Nurlisa meramas tangannya perlahan. Dia lantas mencapai handbagnya dan mengambil sebiji ubat, terus di masukkan kedalam mulutnya. Dia menelan ubat itu tanpa bantuan air setitik pun. Dia mengharapkan ubat itu memberi dia sedikit kelegaan.
Dia cuba bangun, tapi longlai, dia tidak boleh mengangkat kakinya. Airmatanya laju keluar. Dia berusaha sekuat mungkin untuk bertenang. Kedengaran dia berzikir diselami oleh surah AlFatihah. Berkali kali dia membacanya.
“Ya Allah, aku harus bertenang, dia tidak boleh melihat aku lemah begini. Aku kena tunjukkan aku kuat, tolong aku Ya Allah,” doa itu meniti laju di bibirnya.
Selepas 15 minit, dia berjaya menenangkan dirinya, Seperti yang Melissa ajarkan, dia harus kosongkan hatinya, masukkan cerita gembira sahaja, buangkan semua yang memeritkan.
“Ya Allah, aku minta maaf kalau kerana aku sangat menyintainya , seperti tidak berdaya. Aku minta maaf kerana aku menyintai manusia lain lebih darimu Ya Allah. Kau bimbinglah aku Ya Allah. Aku ingin sihat, aku ingin jadi aku yang dulu” Nurlisa menuturkan doa itu jelas ditelinganya.

Dia masih tidak boleh berdiri, masih lembik kakinya. Kenapa dia begitu ketakutan apabila Syed Arman tahu kediamannya, Dia takut Syed Arman datang dan akan pergi seperti dulu.
Nurlisa menarik nafas dalam, melepas semula oksigen itu. Dia harus meletakkan kekuatan pada kakinya. Supaya dia boleh berjalan ke meja soleknya untuk memakai tudung dan bersolek nipis. Dia tidak mahu Syed Arman menunggu lama di luar.
Panggilan dari Syed Arman masuk lagi. Dia tahu dia mengambil masa yang lama untuk keluar. Nurlisa lantas mencapai phonenya di birai katil itu. Dia menarik nafas, supaya suaranya kedengaran tenang.
“Hello….”, tidakkkkkk, suara yang keluar sangat lemah. Suara yang tidak bermaya
“Lily, you ok tak tu?”, pertanyaan itu tidak bersambut, kerana Nurlisa sedang menahan sebak. Entah kenapa Nurlisa mendengar suara Syed Arman yang mengandungi cinta yang tebal, cinta yang sangat tulus.
“Lily, bukak kan pintu ni, atau I panggil security. Hati I tak sedap ni, you ok tak?,” suara penuh kerisauan itu menerjah ke telinga Nurlisa. Ikhlas suara itu.
“Lily, open the door please, or give me password, I enter from here, please Lily”, suara Syed Arman kedengaran cemas. Suara menangis Nurlisa jelas di telinga Syed Arman.
Syed Arman mengetuk pintu dengan kuat sambil memanggil nama Nurlisa.
“Ya Allah, apa aku nak buat ni? Please tolong aku Ya Allah,” doa Syed Arman itu Nurlisa dengar dengan jelas di corong teleponnya. Tangisan hiba Nurlisa semakin kuat.

Dalam kekalutan Syed Arman memanggil Nurlisa, Syed Arman dapat menangkap Nurlisa memberi password kepadanya satu persatu, sangat perlahan, tapi dia boleh mendengar dengan jelas.
Selepas pintu dapat dibuka, Syed Arman berlari masuk ke dalam rumah. Syed Arman memangil nama Nurlisa dengan kuat, sambil memeriksa bilik setiap satu. Bilik utama adalah bilik ke dua yang Syed Arman masuk. Debaran jantung Syed Arman tidak boleh dihitung, dia berharap Nurlisa masih boleh bercakap untuk menyahut panggilannya.
“Lily, I datang ni, you jangan gerak, I datang,” itu yang Syed Arman ulang daripada masuk tadi. Airmata jantannya sudah hampir bertandang.
Syed Arman terkejut melihat Nurlisa terbaring di katilnya, sangat lemah, dengan bekas ubat masih di sisinya. Badan Nurlisa hampir jatuh dari katilnya. Mata Nurlisa sudah tertutup, suaranya sangat lemah.
Syed Arman membetulkan posisi Nurlisa. Dia tidak boleh memikirkan aurat lagi. Nurlisa harus diselamatkan. Dia mengambil bantal dan meletak kepala Nurlisa perlahan.
Syed Arman membetulkan rambut yang menutupi dahi Nurlisa. Dia membetulkan rambut panjang Nurlisa dan menyelak ke atas. Leher Nurlisa di luruskan.
Dia menyentuh dahi Nurlisa lama, tidak panas, tapi berpeluh sampaikan dia dapat merasa kesejukan peluh itu.
Syed Arman melihat kesan airmata pada pipi Nurlisa. Pipinya basah teruk, maknanya dia menangis lama. Syed Arman merasa nadi Nurlisa, sedikit laju, tapi normal. Syed Arman sudah biasa merasa nadi Umi dan Nendanya.
‘Apa harus aku buat’ kata Syed Arman perlahan.
“Abang, jangan tinggalkan Sofea. Sofea sayang abang. Tolong Sofea abang, jangan pergi,” suara merayu Nurlisa jelas di telinga Syed Arman. Semasa bibir mulus itu berkata, airmata laju merembas keluar.
Syed Arman terkejut mendengar suara Nurlisa. Siapa abang itu?
“Lisa, you ok tak? Kita gi clinic ya? Saya takut ni, tak tahu nak buat apa?,” Syed Arman berbisik ke telinga Nurlisa, sambil memegang tangan Nurlisa erat.
“Sofea nak abang”, tangan Nurlis mengemaskan pautan tangan Syed Arman. Syed terduduk di birai katil itu sambil memandang Nurlisa. Gadis cantik itu tidak membuka matanya. Bibirnya basah dengan airmatanya. Matanya pejam rapat.
“Abang jangan pergi”, suara Nurlisa kedengaran lagi, kali ini semakin perlahan.
Dengan sebelah tangannya, Syed Arman menelepon Syed Adam. Dia harus meminta nasihat daripada abangnya. Dengan keadaan sekarang, dia tidak boleh berfikir.
“Abang, aku kat rumah Nurlisa ni, kau kena tolong aku. Aku tak tahu dia pengsan atau sakit apa, sebab dia macam mengigau, tapi badan dia lemah sangat, apa aku nak buat bang?,” cemas suara Syed Arman sangat jelas.

Setelah mendengar bebelan abangnya, Syed Arman mematikan panggilan itu. Tetapi Syed Arman hairan kerana abangnya sangat tenang, tidak seperti dirinya. Yang menjadi bertambah hairan apabila abangnya menyuruhnya menunggu sahaja sehingga Nurlisa sedar, selepas sedar Syed Arman kena pastikan Nurlisa mandi dan makan.
WTF…
Kenapa dengan abangnya?
“Kamu tunggu jer situ, jangan kemana mana, tapi kamu jangan ambik kesempatan pulak. Make sure apabila dia sedar nanti, kena mandi dan makan, Make sure juga dia selesa. Jangan kamu buat dia stress, layan dia elok elok, dia tu tanggungjawab kamu,” haaaa..itu yang Syed Adam bebelkan
‘Tanggungjawab aku? Nurlisa? Baru dua hari kenal dah jadi tanggungjawab aku ke? Dahlah dia meracau sebut abang bagai, ntah ntah dia dah kahwin’ Syed Arman bersungut sendiri.
Mengimbau kembali suara merayu Nurlisa, Syed Arman pasti Nurlisa didalam posisi yang sangat sukar. Syed Arman percaya ubat yang dimakan ini ada kaitan dengan sakitnya. Dalam diam, Syed Arman mengambil gambar ubat di dalam botol itu. Kalau punya masa nanti, dia harus bertanya pada doktornya tentang ubat tersebut.

Sementara menunggu Nurlisa bangun, Syed Arman melihat sekeliling bilik tidur Nurlisa. Syed Arman tersenyum melihat frame gambar besar tergantung di biliknya.
Cantik, bisiknya.
Di meja solek itu, kelihatan gambar budak kecil, sekitar 4 tahun. Entah mengapa Syed Arman mengambil gambar budak kecil itu dan mengosok bingkai gambar perlahan. Dia seperti melihat dirinya di dalam gambar itu. Tetapi budak itu mempamerkan wajah yang sangat bahagia, di peluk oleh Nurlisa dan dua orang lagi. Syed Arman mengagak pasti keluarga Nurlisa. Dia pasti itu
Keseluruhan bilik itu di cat putih, di sudut bilik itu ada rak buku kecil dan bunga lily. Cadar Nurlisa juga putih, sama seperti langsir, putih berbunga lily kecil. Sangat tenang.
Dia mula jatuh cinta dengan persekitaran bilik itu. Dia seperti melihat dirinya di bilik itu. Jiwanya seperti melekat pada suasana itu. Jiwanya seperti pernah melihat seseorang yang berbaring dan dia menunggu disisi seseorang itu.
Tapi dia tidak pasti bila suasana seperti itu. Dia cuma merasa sangat dekat dengan Nurlisa. Sangat dekat dengan bunga lily, buku, cadar putih, dinding putih. Syed Arman memejam matanya, cuba mencari aura itu, tetapi tidak terasa apa apa.
Kosong…
Kosong…
Syed Arman kembali ke katil, melihat Nurlisa yang tertidur pulas. Tiada lagi Gerakan bibir basah Nurlisa, cuma kedengaran dengkuran kecil. Syed Arman perlahan menarik selimut putih itu dan menutup badan Nurlisa.
Tiba tiba Syed Arman merasakan sangat sayang kepada gadis itu. Kesian dan sayang bertandang dalam masa yang sama. Dia akan bertanya siapa “abang” yang disebut dalam ingauan tadi. Dia pasti sesuatu yang telah membuat Nurlisa sedih.
Usai menyelimut Nurlisa, Syed Arman melangkah ke dapur. Dia harus mencari sesuatu untuk dimasak atau order makanan thru online.
“Lily, aku akan pastikan kau jatuh cinta dengan aku. Abang yang tinggalkan kau tu boleh jalan terus, aku yang akan masuk dalam hati kau, kau tunggu yaaaa,” ucap Syed Arman perlahan. Dia tersenyum bahagia
Bersambung
“Babah harap plan kamu berjaya, Babah nak sangat dia bahagia. Kalau dia tak dapat handle nanti, kita masuk campur, Insyallah dia akan dirahmati. Yang lain kamu jangan risau, Babah akan handle,” seorang ayah itu berkata dengan sebak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience