BAB 15

Romance Completed 9862

Ayu memandang kearah baju pengantin itu. Esok dia akan di satukan dengan Khairil. Ayu membuang jauh perasaan cintanya. Dia memandang bintang yang bertebaran di langit malam itu. Perasaannya seakan cuba memberitahu yang Aidil dalam kesusahan.

“Assalamualaikum.”

Khairil memberi salam.

Ayu mengangguk perlahan.

“Ayu..Khai nak cakap sikit. Pasal Aidil.”

Ayu terus mahu keluar apabila nama Aidil di sebut. Khairil menarik tangan Ayu.

“Dengar dulu apa Khai nak cakap ni.”

Ayu mengalah. Dia mengambil tempat di sebelah Khairil.

“Sebelum Aidil pergi, dia ada bercakap dengan Khai. Khai tahu apa yang berlaku antara Ayu dan dia. Sebenarnya dia cintakan Ayu.”

Ayu terkejut. Dia merasakan Khairil cuba untuk menipunya.

“Ayu kena faham. Dulu dia orang kongsi gelap. Dia ada ramai musuh. Dia tak nak sesuatu berlaku pada Ayu. Sebab itulah, dia mahu Ayu kahwin dengan Khai.”

Air mata Ayu mula turun.

“Dia ada dekat hospital sekarang ni. Dah seminggu dia terlantar. Khai tak sanggup tengok dia keseorangan macam tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience