BAB 12

Romance Completed 9862

“Awak nak beli apa?”

Tanya Aidil.

Ayu meninjau ikan-ikan di pasar itu. Tangannya menunjukkan kearah ketam.

“Oh.”

Ayu menunjukkan nombor satu kepada peniaga itu. Peniaga itu memahami permintaan Ayu yang mahukan sekilogram ketam itu.

“12 ringgit cik.”

Aidil pantas mengeluarkan dompetnya.

“Nah.”

Dia menghulurkan 2 not RM10.

Ayu memandang Aidil dan menggelengkan kepalanya.

“Ala, nanti awak bagi saya juga kan.”

Ayu tersenyum kecil.

Sudah 3 bulan Aidil di sini. Dia sudah mengambil keputusan untuk bekerja di ladang tebu berdekatan. Dan setiap hari jugalah Ayu membawakan makanan padanya. Hubungan keduanya mula rapat. Setiap petang mereka akan menghabiskan masa bersama dengan Ajim menerbangkan layang-layang.

Khairil termenung. Air wuduknya masih membasahi wajah. Hubungan dia dan Ayu mula regang kerana kehadiran Aidil.

“Ya Allah, aku mencintainya sepenuh hatiku. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan hatinya. Kau panjangkanlah jodohku dengannya. Amin.”

Air mata Khairil turun perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience