Rate

BAB 3

Other Series 1264

"Aku pergi ke!!!! P " Tyra cuma memberi klu sahaja kerana dia mahu rakan-rakannya meneka kemana dia pergi sepanjang cuti persekolahan.

"P...hmmm haa aku tahu pahang....betul kan?" Diyana meneka nama Negeri yang bermula dengan huruf P.

"Yes betul tu aku pergi ke pahang dan juga perak" Ternyata jawapan yang diteka oleh Diyana itu benar dan giliran dia pula untuk menceritakan aktiviti yang dilakukannya dan juga keluarga.

"Aku tak pergi mana pun, aku balik kampung aku dekat Perak sebab ada majlis akad nikah dan perkahwinan mak cik aku tapi best gila sebab ye lah bila ada majlis aje mesti semua ahli keluarga akan berkumpul dalam satu rumah dan ia mesti la riuh rendahkan banyak aktiviti yang dilakukan seperti memasak and other" Diyana menceritakan aktivitinya dikampung halaman dengan panjangnya.

"Aku pula pergi ke Penang rumah mak sedara aku sebab mak aku dengan mak sedara aku tu kalau sebulan tak jumpa macam setahun tak jumpa ada aje cerita yang nak diceritakan. Kali ni aku pergi ke sana aku rasa lain aku rasa happy sangat" Izah pula menceritakan percutiannya.

"Happy yang macam mana?" Afza mengajukan soalan ke atas cerita yang di ceritakan oleh Izah sebentar tadi.
"Aku pun tak tahu kenapa aku rasa happy sangat bila pergi ke rumah mak sedara aku dekat Penang tu." Izah menerangkan perkara yang membuatkan sahabatnya kurang faham dan dia juga tidak tahu akan rasa yang dia rasai itu.

"Okey now giliran aku pulak aku pergi ke Johor untuk menziarahi pak lang aku yang sedang terlantar sakit. Tapi aku dapat pergi merantau jugak dekat Johor tu best sangat macam-macam aku buat dengan sepupu aku." Fatin pula menceritakan aktiviti yang dilakukan bersama sepupunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience