Rate

BAB 1

Other Series 1264

Bermulanya tahun 2018 seluruh dunia akan menyambut tahun baru itu, begitu juga dengan 6 orang sahabat karib itu tahun 2018 adalah tahun mereka menduduki perperiksaan yang amat penting dalam hidup rakyat malaysia iaitu perperiksaan bagi pelajar tingkatan 5 yang masih bersekolah (SPM).

Pembukaan persekolahan pada hari pertama pun bermula mereka berenam bertemu semula setelah 2 bulan cuti persekolahan. Mereka semua saling berpelukan dan bermulanya sesi bergelak ketawa bersama. Susana di situ bertukar menjadi sunyi seketika kerana penat bergelak ketawa dan melepaskan rindu. Mereka semua mengingati memori manis mereka pada tahun 2017.

"Sekarang sudah masuk tahun baru aku masih ingat lagi memori-memori manis yang kita semua cipta bersama, sampai bila-bila pun aku tak akan lupakan kenangan yang mencuit hati dan kekadang tu ada jugak yang menyakitkan hati" Tyra memulakan perbualan bagi memecahkan kesunyian yang agak lama dibiarkan.

"Betul tu kenangan itu memang benar-benar membuatkan aku happy, kalau mengingatinya dikala aku sedih aku mesti akan menatap foto-foto yang telah kita ambil bersama selama setahun itu ia membuatkan aku tersenyum semula" Balas Afza bagi membalas perbualan yang dimulakan oleh Tyra tadi bagi menghilangkan suasana sunyi di antara mereka berenam.

"Saat yang aku paling tak boleh lupa adalah masa kita pergi ke Nibong Tebal untuk menjalani sesi kursus Basic Adobe Illustrator tu, kita beramai-ramai menghadiri kursus tu dan dari itu kita dapat merapatkan lagi hubungan kita bersama guru-guru dan rakan-rakan yang lain, that was so fun!!" Isya pula bersuara mengingatkan memori mereka saat menghadiri kursus yang amat bermakna buat mereka semua.

"Ya betul tu tapi sayangnya salah seorang dari sahabat kita tidak dapat hadir kursus tersebut and that make bit sad" Diyana juga turut bersuara tentang memori mereka disaat menghadiri kursus tersebut kebahagiaan yang mereka bina disaat itu tidak dapat dirasai oleh seorang sahabat mereka iaitu Izah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience