Rate

kisah 2 ?SUSUK?

Mystery & Detective Series 329

Namanya Sarah, namun tidaklah beriman seperti sepatutnya. Usia 21 tahun, belajar di universiti awam, Asal ceruk kampung, sampai bandar kL..terus terkejut beruk.
Sarah terpesona melihat betapa hebatnys rakan-rakan seusia hidup bergaya. Ada gaya hijabster. Ada jenis hipster. Melalui fb dan instagram,rata-rata mempamerkan cara hidup mewah. Mampu memiliki apa sahaja, boleh melancong macam duit di dalam bank tidak pernah surut agaknya. Makan pula di kafe mahal,macam anak VIP dan HARTAWAN.
Buatkan sarah teringin mahu megecapinya juga.Beg berjenama, minyak wangi ratusan ringgit, Telefon pintar APPLE. Komputer riba. kasut berpasang- pasang. Oh...banyaknya keinginan!
Paling sarah angan-angankan,dia mahu mendapatkan segalanya dengan mudah. Sama seperti kawan sebiliknya, EMMA. Gadis seusia itu dapat menangkap si jerung besar. Anak lelaki pewaris syarikat pembinaan GAMUDA-TUA berhad,antara 50 jutawan terkemuka malaysia!
Emma bagaikan puteri yang ditatang, siap dijemput setiap kali dengan BMW mewah! Meleleh air liur sarah melihatnya... kalaulah nasibnya juga sebaik itu, alangkah bagusnya!
"Sarah.. macam mana kau pikat erman? Hebatlah!" sarah cuba-cuba mengorek rahsia pada kala teman sebilik itu baru balik dengan jambangan bunga sedozen dan sebekas coklat berbentuk hati.
Nak dapat lelaki hebat, kita kenalah melabur juga." Emma tersenyum-senyum membuka kasutnya. kasut jenama LV pun pemberian erman, katanya mencecah rm3000!.
"Melabur macam mana?" sarah terpelik-pelik,sampai terjongket kening.
Melaburlah! keluar duit untuk cantikkan diri, makan kolagen setiap pagi. Rawatan giginpun aku buat kaedah VENEER. Haa.. rambut pun kena set di salun." Emma memberitahu rahsia tampil secantik artis. Rupa-rupanya besar perbelanjaan yang dikeluarkan bagi mendapat personaliti menarik.
" Berapa agak-agaknye pelaburan yang kau dah keluarkan?" Sarah sudah mencongak-congak. Mungkin dia boleh mengunakan duit pinjaman pembelajaran bagi tujuan kecantikkan juga.
"VENEER, putihkan dan ratakan gigi aku saja.. sudah RM14.000." emma memberitahu selamba.
"Serius? Mahalnya!" sarah sudah ternganga.
"Memanglah.. tapi berbaloi." Emma ketawa dihujung kata, bagaikan sengaja menayang senyuman sempurna yang dimilikinya.
Sarah terdiam, tidak mungkin dapat diikut jejak emma. Nampaknya dia perlu mencari Alternatif lain.
????????????????????????????????????
Hujung minggu itu,emma tiada.keluar dengan erman tentunya. sarah mengunakan kesempatan itu, membuka komputer riba emma digunakan macam hak milik sendiri.
Carian diinternet dibuat,satu kata kunci ditaipkan~CANTIK CARA CEPAT~!
mengharapkan ada cara mahu mengubah penampilan tetapi tanpa belanja yang banyak, sarah mula membaca satu demi satu tip yang disenaraikan.Kebanyakkan membosankan dan macam lambat mengecap hasilnya.
"Minum air lemon setiap hari,biar kulit cerah berseri. Hmm.. berapa bulan kena minum? berapa gelen kena telan, baru nampak perubahan?" sarah cepat menolak idea itu.
"Bersenam tiga kali seminggu,seluruh tubuh akan dicas tenaga positif. Alah... aku mana ada masa.. kuliah penuhlah!" Kali ini bibir mencebik nembaca petua kecantikan yang seterusnya "Susuk? Cara wanita dahulu dapat aura kecantikan serta merta? Boleh tundukkan lelaki? ketika membaca artikel itu.. mata sarah membuntang teruja.laju mata meneliti satu persatu himpunan kisah mistik yang ditulis dalam satu forum yang ahlinya berminat berkongsi pengalaman-pengalaman berunsur misteri.
"Kos susuk, RM500. Hmm.. boleh diusahakan!" sarah merasakan jumlah itu adalah satu pelaburan yang dapat diterima risikonya, Kalau menjadi, hebatlah! jika tidak berkesan pun.. hanya RM500 sahaja yang hangus.
Membaca setiap apa yang ditulis oleh ahli forum,sarah akhirnya dapat mengetahui lokasi seorang pengamal perubatan tradisional yang terletak di hulu selangor. laju mencatit alamat,sarah nekad mahu mencuba!
isi minyak tadi, RM30. kerete sewa pula bayaran RM70. nanti duit upah RM500. harapnya berbaloilah." sarah membebel sendiri ketiKa memandu memasuki denai. Jalan kampung itu rumah nya berjarak-jarak dan dia mesti mencari sebuah pondok berwarna kuning, betul-betulndi tepi simpang tiga.
Mudah pencarian apabila ada papan tanda memandu arah,tertulis dengan jelas }TOK MAT,PAKAR PERUBATAN TRADISIONAL{.
??Memberhentikan kereta,sarah keluar kenderaan dan menegakkan pinggang. Pergi sendirian,padanya itu pilihan terbaik. Kalau ikutkan ahli forum lain memberitahu,dinasihatkan pergi berdua bersama rakan. Ini kerana selepas proses memasukkan susuk,badan akan lemah dan kepala boleh terasa pening-pening lalat. Malah ada yang lebih kronik, sampai termuntah-muntah!
sarah tidak peduli.. padanya jika tidak sihat nanti, tidur sahajalah dalam kereta ditepi jalan.
mana mungkin memberitahu sesiapa, keputusan memakai susuk itu akan jadi rahsia paling gelap dalam hidupnya!
Memasuki pondok yang sudah siap-siap terbuka pintu, sarah melihat seorang lelaki berusia 50_an... memakai persalinan baju melayu kuning duduk bersila dihadapan bekas kemenyan.
"Tok mat..," sarah menegur dengan suara takut-takut.Bimbang juga melihat riak serius lelaki itu
"Masuk..masukk." Pelawa lelaki tua itu sambil menggamit sarah yang tercegat berdiri dihadapan tangga.
sarah akur, mengatur langkah perlahan-lahan meniti lantai kayu yang berbunyi rapuh apabila dipijak. Sempat mata menjeling sekeliling, jelas pondok itu penuh dengan segala jenis keris, gong lama, dan berbau kemenyan. Terteguk air liurnya, itu semua elemen-elemen yang sentiasa dikaitkan dengan dunia paranormal!
orang kata asap kemenyan adalah makanan jin. Ramai percaya,gong lama apabila dimainkan.. itulah paluan yang memanggil makhluk halus. Bunga kemboja pula sinonim dengan tanah perkuburan. Mistik dan seram hingga naik bulu roma sebaik menghidunya!
Sarah kini bagaikan menyesal sendiri, ketakutan menguasai diri. Habis menyumpah dalam hati," Hish.. apa aku buat disini?"
"Duduk." Lelaki bernama tok mat itu menunjuk ke arah bantal kuning pengalas dilantai.Mengarahkan gadis itu duduk berhadap-hadap.
sarah akur, Dalam hati asyik menguatkan diri.Membayangkan kehebatan yang dikecapi.
Emma,dia mahu hidup sehebat itu juga.Jika rawatan susuk mampu membantu , maka segala ketakutan mesti disingkir jauh-jauh!
"Apa tujuan datang kesini?" tok mat merenung wajah sarah .Gadis berusia 20tahun yang mentah sangat pemikiran.
"Saya datang sebab nak pasang susuk." Tidak berdalih,Sarah laju memberitahu niatnya itu.
"Susuk apa? BERLIAN? EMAS?" tok mat sudah mencapai satu kotak kayu yang berukir indah. Dibuka dan dipamerkan isinya kepada sarah. Itulah pertama kali melihat item bernama susuk. Ia bagaikan jarum-jarum panjang tirus yang tajam dihujung.
" Err.. susuk yang harganya RM500." sarah memberitahu jujur, naif dan tidak peka langsung tentang jenis-jenis susuk yang pelbagai.
"RM500? itu susuk perak, jenis yang paling murab." Tok mat ketawa, bagaikan ada nada mengejek pada suaranya.
"Ya.. saya nak cuba dulu. Kalau okey den berkesan, boleh masukkan susuk emas dan berlian pula." sarah bagaikan bernafsu melihat kepelbagaian susuk yang diyakini mampu membantu mengubah kehidupan.
"Baguslah. Cuma tok mat nak ingatkan, susuk perak ini bukan kuat sangat kuasanya Ia boleh buatkan orang jatuh kasih pada sipemakai. Tapi bukan tergila-gila bayang macam susuk berlian." Tok mat bagaikan jurujual yang licik, mahu menjual barang yang mahal Tentu memberi keuntungan yang lebih lagi.
" Tokmat berilah harga diskaun. Harga pelajar." sarah cuba bernegosiasi, mana tahu dapat lebih murah.
"RM10.000 untuk susuk berlian. Itu harga terakhir." Tok mat tersenyum penuh agenda.
"Okey.. saya akan datang lagi. Nanti masukkan susuk berlian. Tapi hari ini saya bawa susuk perak dulu." sarah begitu nekad, mahu mencuba alternatif rawatan susuk.
Tok mat mengangguk kepala, lalu berkata.
"Pergi belakang, tukar pakaian kain batik kuning.berendam dalam bunga tujuh jenis. Selepas itu, kita mulakan proses masukkan susuk.

??" Besi pengasih, besi sayang.

semua simpati, semua sayang

Berdampinglah wahai jin kafir arahan.

kau dampingi sarah,

kekal dimukanya sebagai kekuatan

Hingga sebati menjadi tuan."

Mantera itu dibacakan,pada kala Tok mat mencucuk tiga besi tajam ke wajah sarah.Dagu, dahi dan antara dua mata.. ketika dipasak susuk itu, Sememangnya sakit tahap maksima! tanpa bius, tanpa ubat tahan sakit... sarah menggelupur dibuatnya!
Lama-kelamaan, pandangan mata jadi gelap. sarah pengsan!
Pemanduan kembali ke universiti dilakukan dengan berhati-hati. Benarlah tubuhnya lesu. Sakit-sakit. Pening mencengkam kepala. Tiga lokasi wajahnya rasa berdenyut-denyut. Panas satu badan!
"Ingat...jaga pantang larang. kau tak boleh makan sate, labu dan pisang. Jangan lalu bawah ampaian baju. Jangan solat dan baca Quran sebab nanti jin pengasih pada susuk itu tidak akan berfungsi."
Kata-kata Tok mat buatkan sarah terteguk air liur sendiri. Bukanlah dirinya baik sangat, sembahyang pun kadang- kadang ikut kerajinan.
Adakala buat, Kebanyakkan masa sebenarnya culas.Baca Quran? Adalah beberapa muka surat secara merangkak rakak, Itupun apabila masuk bulan ramadhan. Tetapi apabila kini dilarang terus daripada melakukan aktiviti keagamaan.. rasa bersalah itu jadi menebal.
" Tak apalah... nanti aku berubahlah. Umur muda lagi. Bila dapat suami kaya, aku taubat nasuha. Keluarkan susuk ini, bukannya susah... jumpa Tok mat saja." sarah menyedapkan hati sendiri. Mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku, automatik akan mengubah kehidupanya yang dirasa terlalu biasa-biasa.
Malam pertama, sarah tidur awal selepas mencuci muka dan mengenakan baju tidur pada tubuhnya. emma pula sudah memberi mesej, mengatakan tidak akan balik ke asrama kerana bercuti hujung minggu. Naik kapal mewah ke krabi, thailand bersama erman dan keluarga.
" Seronoknya hidup emma! tak sabar aku nak jadi macam dia, Tak apa, esok pergi kelas... mesti susuk ini akan mula berfungsi sepenuhnya. Aku akan disenangi, berpengaruh dan popular!" sarah kini tersenyum , mematikan suis lampu bilik dan mahu tidur
Sebaik menutup mata, tiba-tiba terasa ada benda mengusik kakinya. Mula-mula disangka itu hanyalah perasaan. Lama-lama sarah dapat merasa ada lembaga naik ke atas badan! Cepat-cepat dipetik lampu tidur, sarah terduduk terus memandang sekeliling!
Sebaik dilihat dihujung kaki, benarlah ada lembaga hitam. Berbadan bulu,Bermata merah dan bergigi menyeringai.Ia bagaikan gorila,bertubuh besar... duduk mencangkung disitu!
sarah terkaku dan terpasak, tubuhnya bagaikan tidak boleh bergerak. Pada kala itu juga.. Lembaga tersebut semakin datang dekat. Ketika betul-betul duduk berhadap, Lembaga itu megeluarkan lidah yang panjang... menjilat-jilat tiga lokasi susuk pada muka sarah.
"Aku akan bersama mulai sekarang.. bersama selamanya..."
Bisikan itu serak lagi garau.Berdesis bagaikan ular.. memberitahu sarah meremang seluruh bulu roma. Tidak mampu berbuat apa kerana itulah pilihan yang sudah dibuatnya.
sarah semakin dikenali dan disebut-sebut semua, Ini kerana setiap malam diasrama,gadis itu akan dirasuk histeria. Menjerit-jerit menghalau lembaga yang dikatakan cuba mendekatinya.
"JAUHLAH! aku tak nak dengan kau!"
PERGILAH! benda berbulu busuk!"
"jangan dekat...jangan...
Kes histeria itu berlanjutan, sehingga emma juga akhirnya meminta bertukar bilik. Ustaz-ustaz yang dipangil membantu, turut tidak mampu menghalau jin yang merasuk itu kerana katanya sarah sendiri yang membenarkan jin tersebut berdampingan. Jin tersebut telah jatuh suka kepada sarah, Malah mahu menjadikan isterinya!
Sarah pula,setiap hari terlalu ketakutan sehingga tidak lagi memberi tumpuan kepada pembelajaran. Kelas-kelas kuliah habis tertinggal.
Siang baru tersenguk-senguk tidur kerana malam asyik dikacau makhluk berbulu lebat.
Ketika meminta nasihat ustaz,mereka hanya boleh menyarankan agar pergi menanggalkan susuk tersebut. Susuk itu pula hanya boleh ditangalkan oleh si pemakainya.
Maka dengan berat hati, sarah kembali bertemu Tok mat..
"Kau patut biarkan saja.makhluk itu cuma nak berdampingan.Bukan luak pon dia hempap-hempap ataupun jilat-jilat. Bukan mengandung pun!"
Tok mat ketawa berdekah..sedikit pun tidak rasa terkejut. Malah langsung tidak bersimpati dengan masalah sarah.
"Hei.. saya bukan isteri jinlah.. nak dibuat sesuka hati!" sarah benggang tahap maksima,sampai memerah mukanya." Bila setuju masukkan,maknanya kau dah setuju berdamping dengan jin itu." Sekali lagi Tok mat tersenyum, macam tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku.
Sekarang saya mahu keluarkan! Saya tak mahu hidup terus-terus kena ganggu macam ni!" sarah pantas membuat permintaan, Wajahnya tegas.
Boleh.. kau nak keluarkan susuk ya? Boleh sangat." Tok mat senyum lagi, menampakkan giginya yang kuning lagi jarang.
"Bayaran keluarkan susuk.. RM5000 saja!"
sarah terbeliak biji mata,hampir pengsan mendengar bayaran yang diminta!. Sarah mengeluh lemah melihat transaksi bank yang dibuat.Duit pinjaman pendidikanya susut RM5000,Semata-mata mahu membayar perkhidmatan mengeluarkan susuk. Kini dia dikenali semua sebagai mangsa histeria diasrama.
Pensyarah-pensyarah cukup simpati dan jatuh kasihan kerana keputusan ujianya jatuh teruk akibat gangguan mistik yang melanda.
sarah memang dikenali dan popular..tetapi bukanlah kerana kecantikan atau pengaruh yang buatkan pemuda kaya jadi gila bayang padanya. Kisahnya mencuba susuk sudah tersebar ke seluruh universiti. Pengalaman mistik itu buatkan sarah sedar, Meminta sesuatu selain pada ALLAH.. pasti ada bahana bala yang menimpa!
?THE END?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience