Rate

kisah 1 -masa hadapan-

Mystery & Detective Series 329

Pada kala hari masih pagi benar, Sham sudah keluar dari rumah dan duduk melepak di sebuah kedai mamak. Riak wajahnya kelihatan gusar, perasaanya tidak tenang sekejap sahaja, dua batang rokok sudah habis disedut asap. Namun itu tidak cukup untuk buatkan dia merasa walau sedikit ketenangan.
Seketika matanya terlihat sebuah majalah diatas meja sebelah. tiada sesiapa yang duduk disitu. mungkin bahan bacaan tersebut ditingalkan secara tidak sedar oleh pemiliknya. Memandangkan hanya dia sahaja pelanggan yang ada disitu, Lantas dicapai majalah tersebut.
Ternyata ia adalah sebuah majalah yang berkisar tentang kejadian mistik, misteri, dan paranormal. Buat sham mengeluh panjang dan kasar. Sesuatu yang buat dia menyampah... namun ketika hendak diletak kembali naskhah itu, dia terbaca tajuk utama majalah tersebut.
''Seorang remaja buta yang boleh meramal masa depan.'' Sham membaca kuat antara tajuk yang tertulis pada kulit majalah bersaiz novel itu. pantas dibatalkan niat, dia mula mencari muka surat artikel tentang budak buta itu. Teruja membaca bagaimana seorang remaja tingkatan 4 yang buta????? sejak lahir mampu meramal masa hadapan. Malah telah menyelamatkan seorang pak cik tua dari terlanggar.
Walaupun ramai pihak menyatakan itu hanyalah kebetulan, namun penulis artikel tersebut percaya dan telah datang ke rumah insan yang dikatakan punya bakat istimewa. Hasilnya, ditulis kisag cerita sebenar dari sudut pandang remaja tersebut. sham tidak berfikir lama, mempercayai akan artikel tersebut.
Dia laju bangun dari kerusinya dan bergegas ke kaunter bayaran. Majalah itu dibawa bersamanya
hati tidak puas kerana penulis artikel tersebut tidak menyebut dimana alamat rumah budak tersebut.
Samit harus berjumpa dengan budak istimewa itu. Dia punya masalah yang sangat besar dan hanya kebolehan meramal masa hadapan mampu membantunya menyelesaikan segalanya. Tanpa berlengah, keretanya dipecut menuju ke arah alamat syarikat penerbitan majalah.
Kebetulan tidak jauh lokasinya, hanya lebih kurang 13minit perjalanan... sham kini tiba dipintu hadapan syarikat penerbitan yang terletak disebuah barisan kedai. Tanpa mahu berlengah dia, Terus keluar dari keretanya dan mendaki tangga ke tingkat atas.
Nasibnya baik, pagi-pagi begitu syarikat tersebut telah membuka operasi. Dia berharap penulis yang dicari ada disitu. Loceng ditepi pintu masuk ditekan. Selang beberapa saat kemudian, kelihatan seorang gadis membuka pintu dan bertanya tujuanya datang. Sham memberitahu yang dia mahu berjumpa dengan penulis bernama jali.
`` Tolonglah cik. Ini soal hidup atau mati. Saya merayu nak jumpa dengannya, " Bersungguh sham merayu kepada gadis bertudung biru berbaju kurung itu. Atas dasar ehsan, akhirnya dia dibenarkan masuk kedalam. Gadis itu pula menuju ke kubikel pekerja, Memangil penulis yang bernama jali.
Selepas beberapa saat, Seorang pemuda berambut panjang hingga ke bahu berjalan ke arah ruang menunggu para tetamu. Pantas sham berdiri dan bersalaman dengan penulis tersebut.
`` Ada apa encik nak jumpa saya?" Pemuda bernama jali itu bertanya, kemudian duduk bersama-sama.
`` Saya datang sebab terbaca artikel tentang budak buta yang boleh meramal masa depan. Saya nak jumpa dengan budak berkuasa mistik tu."
sham memberitahu terus tujuanya, Pada kala jari dipatah-patahkan resah.
Jali lantas mengeluh kasar, mengeleng kepala. Riak wajahnya berubah masam sebaik mendengar niat sebenar tetamunya.
" Encik bukan orang pertama yang datang ke sini bertanyakan tentang budak tersebut. Jelas saya dah beritahu dalam artikel tu, saya hanya mahu kongsi cerita. Bukan hendak jual dia kepada pihak -pihak yang ingin mempergunakan kebolehanya." Agak tegas nada suara jali.
Tunduk dan mengeluh panjang, Riak wajah sham kini tampak sedang menahan sedih. Menarik perhatian jali yang melihatnya.
'' Saya minta maaf, encik. saya mengaku tujuan datang kesini memang kerana memerlukan bantuan daripada budak tersebut. Hanya dengan kebolehan dia, masalah saya boleh diselesaikan."
Sham bersuara tersekat -sekat, nadanya sedih sangat.
`` Masalah apa? Kewangan? maaf !! Saya tak boleh tolong awak. Budak itu bukan mesin buat duit. Bukan niat saya jadikan budak itu mesin duit atau mesin tilik nasib. " Masih nada suara jali kedengaran tegas walaupun perlahan.
Sham mengeluh lagi. Riak wajahnya kelihatan semakin sayu... Malah ada air bergenang pada kelopak mata lelaki itu.
`` Bukan kewangan masalahnya... Tapi ni soal hidup atau mati !!" Tekan sham.
Jali membalas pandangan mata, Sepertinya cuba membaca fikiran lelaki itu. Namun, sebagai manusia biasa.. Tentunya dia tidak mampu. Apa yang terpamer hanyalah riak sedih pada wajah sham. Meruntun hati.
``Masalahnya apa??" Akhirnya jali bersetuju melanjutkan perbualan mereka.
`` Isteri saya menghidap barah dan perlu buat pembedahan untuk selamatkan hidupnya. Tapi doktor kata peluang untuk berjaya adalah 50-50.
saya hanya mahu tahu, sekiranya pembedahan itu nanti akan berjaya atau sebaliknya. Saya ada dua orang anak kecil. Saya harus bersedia sekiranya berkemungkinan buruk akan berlaku." Dalam kesedihan, Sham berkata -kata.
Jali terdiam mendengar penjelasan itu." cepat sahaja hati jadi bersimpati hingga akhirnya diberikan alamat budak tersebut. Ini kali pertama dia melakukannya demi mendengar kisah sedih yang menimpa lelaki berduka nestapa dihadapanya.
Maka.... bersungguh -bersungguhlah sham berterima kasih kepada jali... Sampai menitiskan airmata! Dengan hati yang teruja dan gembira, Sham bergerak pergi bersama alamat yang dimilikinya....

????????????????????
Selepas mengisi penuh minyak kereta, Sham mula memandu masuk ke lebuhraya. Bakal menempuh perjalanan lebih kurang dua jam, ini kerana alamat rumah remaja yang dicarinya itu ada dimelaka. Sepanjang pemanduan, Sham tidak menghidupkan radio. Padanya, Segala lagu diradio mungkin akan lebih menggangu perasaanya. fokusnya kini adalah sampai ke destinasi dan mendapatkan bantuan daripad si budak istimewa.
Namun dalam kesunyian itu, dia tidak mampu menahan dirinya dari memikirkan konflik yang sudah lama bersarang dalam hidup. Keluhan demi keluhan berhembus dari lubang hidung, sedang benaknya sudah mula terasa penat.
Masa pula bergerak tanpa berlengah walau sedetik. Tidak pernah ia boleh diulang oleh mana-mana kuasa kecuali kuasanya ALLAH S.W.T. . Justeru itu masa dikatakan tidak ternilai harga nya. sedang sham tegar meneruskan perjalanan, begitulah juga masa bergerak pantas .meningalkannya.
Dua jam memandu terus-terusan, Akhirnya sham mengberhentikan keretanya disebelah sebuah warung. Kebetulan kelihatan sekumpulan lelaki tua sedang duduk-duduk santai. Berbual tentang bermacam masa yang lapang dalam hidup mereka.
`` Maaf... Pak cik semua. saya mohon bertanya," Sham berkata selepas memberi salam..kepada lima lelaki tua yang memakai kopiah dikepala.
" Ada apa ya?" Pak cik yang memakai kopiah putih berbelang hitam membalas. Mereka yang lain sekadar memerhati dengan riak tenang. Salam sham tadi dijawab secara berjemaah.
" Saya nak tanya, Rumah HAZIM BIN SUDIN dimana ye?" tanya sham kepada sesiapa sahaja yang tahu.
" Budak Hazim tu?? Kamu jalan lurus, sampai jumpa simpang di sebelah kiri. hujung itulah rumahnya, warna biru cair." Sekali lagi pak cik itu menjadi wakil kepada semua yang ada disitu.
" Terima kasih semua." Sham siap tunduk hormat.
Selepas memberikan salam, dia bergerak pergi. manakala sekumpulan lelaki tua tadi menyambung bergosip. Kali ini sham turut dijadikan topik perbualan. Antara persoalan pokok yang perlu dibincangkan adalah kenapa sham mahu kerumah Hazim yang sudah menimbulkan kontroversi itu.
Tidak susah hendak mencari rumah siremaja buta, Kerana hanya ada satu sahaja rumah yang berwarna biru cair. Ia rumah kampung yang dibina dengan campuran kayu dan juga simen. Ketika sham melangkah keluar dari kereta, Kelihatan seorang perempuan lebih kurang berusia pertengahan 40-an, berdiri dimuka pintu. sham memberi salam dalam nada penuh santun.
" Maaf.. saya mohon berjumpa dengan anak puan," ujar sham dalam nada merayu.
riak wajah emak Hazim berubah serius . Tiada lagi kemesraan kelihatan pada raut wajah itu.
" BERHENTI ganggu anak saya !!" tegas emak hazim.
" Tidak, puan. saya tiada pilihan... datang sebab nak minta bantuan. Ini soal hidup atau mati, puan. saya mohon sangat." sham bersungguh merayu sampai melutut ke tanah.. masih riak wajah wanita itu tampak serius.
" Cukup-cukuplah ganggu anak aku! kebolehan yang dia ada bukan untuk dipergunakan sesuka hati !" makin tegas nada suara emak kepada hazim.
" Kalau puan pikir saya hendak pergunakan kebolehan anak puan untuk duit dan kekayaan, Maaf.. puan silap. saya perlukan bantuannya untuk nyawa isteri saya." sham membalas tegas.
Emak hazim terdiam, riaknya kali ini sudah berubah.. Bagaikan berfikir seketikA. cuba membuat keputusan dan akhirnya lemah bersuara.
`` Naiklah ``
Tanpa berlengah, sham mendaki anak tangga seleoas mengucapkan terima kasih. Kemudian berjalan masuk ke dalam dam dipersilakan duduk diruang tamu. Semuanya kelihatan normal dan kemas. Sofa yang digunakan jenis kayu... set kampung zaman dahulu.
" Nama saya sham." Pantas pemuda itu memperkenalkan diri sebaik melabuhkan punggung disofa.
" saya rozana. Duduklah dahulu.. sekejap saya buatkan air," tingkah rozana sambil mula mengatur langkah ke dapur
" Tak payah susah-susah Puan rozana." sham cuba menghalang. Namun sudah menjadi adab, tuan rumah menerima tamu dengan sekurang-kurangnya segelas air yang dijamu.
tidak lama memudian, rozana kembali bersama satu jag air sirap sejuk. sham mengucap terima kasih sambil tersenyum ramah.
" Kenapa sebenarnya nak jumpa anak saya?" Rozana melafazkan persoalan yang terbuku di hatinya.
" Sebenarnya... saya kesini demi anak dan isteri saya." sham mula kelihatan sedih dan menderita.
Rozana melihat dengan rasa simpati dihatinya. Walau belum tahu cerita sepenuhnya, dari riak wajah ...dapat diagak, sesuatu yang tidak baik telah terjadi dalam hidup sham.
" Isteri saya telah disahkan menghidap barah. dia perlu menjalani pembedahan. Tapi... doktor kata peluang untuk berjaya 50-50 . namun isteri saya tetap kena menjalani pembedahan untuk selamatkan nyawanya. saya pula ada dua orang anak kecil, puan. saya cuma mahu tahu.. Kalau pembedahan itu akan berjaya atau sebaliknya. Bolehlah lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan."
Airmata menitik dipipi sham tetapi dilap kasar. Mungkin cuba untuk tidak menitiskan air mata di hadapan Rozana.
Maaf... puan. Saya dah memandu lebih dari dua jam emosi tak terkawal sangat." Cepat-cepat sham cuba tersenyum, namun teramat tawar.
" YA ALLAH, datang dari jauh rupa-rupanya," balas rozana dengan nada bersalah.
Tanpa berlengah lagi, rozana terus bergerak kebilik anaknya. sedang sham masih menanti diruang tamu.
Seketika kemudian, kelihatan Rozana kembali seorang diri. Buat sham jadi tidak sedap hati. takut budak buta itu pula yang enggan berjumpa dengannya.
" Hazim mahu bercakap dibiliknya saja." Ada riak hairan terlukis pada wajah Rozana. Begitu juga dengan sham.
tetapi sham tidak mahu berfikir panjang, lantas bangun dari kerusi dan bergerak kebilik yang ditunjukkan. Sampai di muka pintu, sham jadi teruja sebaik melihat seorang remaja sedang duduk dihadapan jendela yang dibiar terbuka.
" Mak.. boleh biarkan kami bercakap sendirian?" Tiba-tiba hazim bersuara.
walau tampak keberatan,namun rozana terpaksa akur dengan permintaan anak tunggalnya itu.sejak permergian suaminya, Hazim sahaja yang dia ada.Tuhan menguji pula apabila Hazim dilahirkan buta.
" Terima kasih sebab sudi bercakap dengan saya." sham bersuara sebaik rozana bergerak meningalkan mereka.
Aku dah tahu kau akan datang kesini " Nada suara hazim sedikit tegas.
Kau sanggup menipu semua orang untuk sampai kesini," sambung hazim lagi. Kali ini mengejutkan sham.
Perlahan-lahan sham mengunci pintu bilik kemudian melangkah mendekati remaja buta yang kekal duduknya dihadapan jendela.
Jadi kau dah tahu kenapa aku kesini sebenarnya?" kata sham dengan nada serius.
"Berjudi tu haram. Hidup ini terlalu singkat untuk disia2kan dengan perkara-perkara yang merosakkan." hazim berkata dengan nada tenang.
sham merengus kasar sambil tersenyum sinis.
" Apa budak buta macam kau tahu tentang kehidupan? Kalau tak ada kebolehan membaca masa depan, kau ingat kau berguna? Hidup pun menyusahkan mak kau saja!" Walau suara sham perlahan, tapi tetap kedengaran jahat dan menghina.
Hazim diam... tidak menjawab apa. Pada kala mukanya masih menghadap ke luar jendela.
kau tahu tak... sekarang aku dikejar aH long? Hutang tak banyak pu, rm20.000 saja. Itulah sebabnya aku perlukan bantuan kau." sham bersuara lagi.
" Maaf.. aku tak nak tolong orang berjudi." Walaupun takuymt, Hazim cuba bertegas.
Pantas dan secara mengejut , sham mengenggam kasar rambut pendek remaja buta itu.
" Kau dengar sini... budak! Aku datamg dari jauh-jauh bukan nak merayu pada kau. tolong aku ataupun kau akan dengar suara mak sendiri dikelar leher. Kau sanggup?" Sham bersuara dengan nada mengancam, dekat dengan telinga hazim.
Dada hazim mula berombak... riak wajahnya sudah terlihat ketakutan, buat sham tersenyum puas.
kau nak apa?" Dalam gagap, hazim bertanya.
sham melepaskan genggaman... perlahan-lahan mengusap rambut remaja yang sudah digenggam kasar.Meratakan kembali rambut itu, sebelum tersenyum...
"Bagus... jangan lawan cakap kalau nak mak kau selamat. sekarang...aku nak kau beri nombor ekor yang akan menang besar lusa nanti." sham akhirnya memberitahu tujuan sebenar mencari hazim.
Hazim kelihatan cuba fokus, sham pula membiarkan remaja itu menggunakan kebolehanya. Pantas juga mengeluarkan buku nota kecil dan pen dari poket seluarnya.
" TOTO... empat..lapan..enam..dua." Satu persatu, hazim terpaksa memberitahu apa yang dimahukan.
Senyuman puas dan gembirA pada wajah sham semakin mekar.
Dengar sini ! Kalau aku tahu kau tipu aku... aku akan datang ke sini... Aku bunuh mak kau... Biar kau menderita hidup buta sendiri ! jangan cabar aku! ingat... aku sanggup buat apa saja untuk terus hidup!" sekali lagi sham mengugut hazim lalu bergerak terkocoh-kocoh ke pintu bilik. Tetapi tiba-tiba remaja itu bersuara,menghentikan langkahnya.
" ALLAH dah berikan kau masa hidup yang panjang. Tapi sayang, tak digunakan nyawa dengan sebaik mungkin." Hazim berkata-kata , cuba menasihati buat kali terakhir.
Buntang mata sham apabila ditegur... lantas berjalan mendekati hazim kembali.
"Sebenarnya kau yang tak boleh gunakan nyawa dengan sebaik mungkin... bukan aku! buta, menyusahkan orang saja. Duduk pun tepi tingkap,makan tanggung, berak cangkung... bolehlah cakap banyak!" sham ketawa kecil, menghina hazim secukup cukupnya.
Hazim tertunduk sedih, mengeluh panjang dan berat.
" Tapi kau janganlah sedih sangat. patut gunakan otak sikit. Kau beri saja nombor ekor macam aku, lepas tu buat pembedahan mata baru .mak kau pun senang. Tak payah nak kerja tanggung kau sampai tua. Haa.. macam mana?? Angaplah cadangan bijak lagi pandai daripada aku ni sebagai tanda terima kasih pada kau," sham berkata lagi.
Sham kemudian bergerak keluar dari bilik.Diruang tamu, Kelihatan rozana menanti dengan sabar. Wanita itu pantas bangun dari kerusi menghormati tetamunya.
" Saya dah selesai,puan. Terima kasih." sham terus bergerak ke keretanya tanpa mahu menanti kata balas dari rozana.
Memecut keretanya pergi dari situ, sekelip mata kenderaan yang dipandu sham menghilang dari pandangan. Tidak lama kemudian, kelihatan Hazim berjalan dengan tongkatnya dan berdiri disebelah Rozana.
Dasar laki tak guna!" Rozana bersuara sebaik mengetahui perkara sebenar yang terjadi.
" Kasihan dia... tak sempat bertaubat." Hazim membalas tenang sebelum tiba-tiba bertanya , "Mak,kenapa kita tak gunakan kebolehan ini untuk jadi kaya?"
"Hazim l... kebolehan yang ada ini adalah satu ujian ALLAH buat kita. Meramal nombor ekor,berjudi,ambil upah tilik nasib orang.. itu semua tu haram disisi agama. Ingat...dunia hanya sementara. Akhirat yang kekal selamanya. Hidup kita sekarang pun sudah selesa. Buat apalah nak ikut jejak langkah si sham tak ada otak yang sanggup masuk neraka tu." Lembut rozana berkata kepada anaknya.
" Sudahlah mak, jangan dikutuk orang yang dah nak mati." Hazim membalas, lalu beredar kembali ke bilik.
Dilebuhraya, sham memandu dengan hati yang riang.. Yakin hazim tidak akan berani menipunya. Kekayaan bakal menjadi miliknya, segala masalah akan selesai akhirnya!
" Aku akan kaya! Nanti bolehlah campak duit ke muka Ahlong tu semua!" sham ketawa besar sambil mengulang gulang nombor yang disebut oleh hazim tadi.
Tiba-tiba, Kelihatan sebuah lori kontena bernombor plat WFA4862 berhenti mengejut secara kecemasan, lalu terbalik melintang ditengah jalan! Sham yang memandu dilorong ketiga dengan kelajuan mencecah 130kilometer sejam,tidak sempat menekan brek.Keretanya merempuh lori itu dan meletup serta merta!
Habis impian membeli tiket TOTO, masa hadapan samit punah begitu saja.????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience