Rate

Chapter 2

Romance Series 3170

            "Beb,makan la!! Kau dari pagi tadi lagi tak makan. Nanti masuk angin, engkau jugak yg sakit! "seru Amirah Aliya

Hanna Sofea tidak mengendahkan kata-kata sepupunya sebaliknya hanya diam memeluk lututnya.

Setelah kematian Dato Hanif dan Datin Suhaila tempoh hari. Hanna Sofea dan Husna Safiyya dijaga oleh Dato Hasan dan Datin Maria.

"Hanna, jgn la macam ni. Dari pagi lagi Hanna tak makan. Nanti kalau masuk angin macam mana?" pujuk Datin Maria kepada Hanna Sofea.

"Tak nak! Hanna nak mama!!! "jerit Hanna Sofea dgn tersendu-sendu.

'Mama!papa! Kenapa mama dgn papa tinggalkan Kakak dgn adik? Mama dgn papa tak sayang kakak dgn adik ke??'pinta Hanna Sofea di dalam hatinya sambil menangis yg tidak keluar airmata.

"Hanna,  kita ni kalau sayang dekat orang, kita kenalah doa kat dia, sedekahkan alfatihah dekat dia. Kalau Hanna menangis je macam ni,macam mana arwah mama dgn papa nak tenang dekat sana kalau Hanna tak boleh terima takdir Allah ni? Allah ambik mama dgn papa Hanna sbb Allah mama dgn papa.  Allah tak akan uji seseorang tu kalau seseorang tu tak mampu."

Datin Maria cuba utk memujuk Hanna Sofea tetapi tidak berkesan.

"Kakak,kakak jgn la macam ni. Kalau kakak tak makan nanti kakak sakit. Kalau kakak sakit nanti adik akan sedih sebab tak ada org yg nak teman adik main"pinta Husna Safiyya yg baru sahaja masuk ke dlm bilik tersebut.

"Okayy adik, kakak makan ehh. Adik dah makan ke? "Soal Hanna Sofea

"Adik dah makan dah dekat bawah tadi dgn Uncle Hasan dgn Auntie Maria dgn Kak ya. Hehe yeay kakak nak makan!!" Balas si kecil Husna Safiyya dgn gembira.

Hanya adiknya seorang yang mampu untuk memujuknya.

Hanna Sofea pun makan bubur yg dibuat oleh Mak jah iaitu pembantu rumah Dato Hasan dgn perasaan yg masih lagi berasa sedih.

Datin Maria dan Amirah Aliya hanya diam melihat dua beradik itu turut sedih dgn apa yg sudah terjadi.

****************

            "Kakak,janji dgn mama tau yg kakak akan jaga adik betul-betul masa mama dgn papa tak ada nanti."Beritahu Datin Suhaila kepada anaknya .

"Kenapa ma? Mama dgn papa nak pergi mana? " tanya Hanna Sofea

"Mama dgn papa nak pergi kerja laa "Balas Datin Suhaila

"Ayat mama tu macam mama nak tinggalkan kakak dgn adik lama je ! "Kata Hanna Sofea lagi.

"Hmmm.. Kita ni semua ada ujian masing-masing dan Allah tak akan uji hambanya yg tak mampu utk hadapi ujian tu. Jadi kalau kita diuji, kita kena kuat dan jangan cepat putus asa. Kita kena teruskan hidup kita. Doa bnyak-banyak dekat Allah. Mengadu banyak-banyak kat Allah. Okay kakak? "pinta Datin Suhaila kpd Hanna Sofea.

"Dan satu lagi jangan pernah tinggalkan solat. Solat tu penting dan wajib ditunaikan.Satu lagi yg mama nak cakap... Mama dan papa syg dekat kakak dengan adik sangat-sangat tau"pinta Datin Suhaila lagi sambil tangan mahu memeluk anaknya.

"iya mama, inshaallah. Kakak pon syg dekat mama papa jugak"balas Hanna Sofea sambil membalas pelukan mamanya.

'Kenapa la mama aku ni pelik semacam je hari ni? 'ujar Hanna Sofea di dalam hati.

****************

              Hanna menangis kerana teringat dgn kata-kata mamanya tempoh hari

Hanna menangis perlahan kerana adik nya sedang tidur disisi nya. Dia tak mahu adiknya sedar kerana terdengar tangisannya itu.

*****************

            "Hanna,  kita ni kalau sayang dekat orang, kita kenalah doa kat dia, sedekahkan alfatihah dekat dia. Kalau Hanna menangis je macam mana arwah mama dgn papa nak tenang dekat sana kalau Hanna tak boleh terima takdir Allah ni? Allah ambik mama dgn papa Hanna sbb Allah syg diorang.  Allah tak akan uji seseorang tu kalau seseorang tu tak mampu."kata Datin Maria kepada anak saudaranya itu.

         
*******************
           
             'ye, betul ! Aku kena kuat !! Aku tak boleh lemah!!aku kena kuat demi adik aku. Aku kena move on. Aku kena teruskan hidup. Ye, aku kena!!! ' gumam Hanna Sofea dalam hati.

Hanna Sofea terus turun dari katil dan menuju ke bilik air.

Keluar sahaja dia dari bilik air. Dia terus mencapai kain telekung utk mendirikan solat.

Selepas 5 minit

Selesai sahaja Hanna Sofea mendirikan solat, dia menadah tangan utk berdoa.

"Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya dugaanMu ini amat berat bagi aku. Kau berikanlah syurga kepada mama dan papaku, ya Allah. Kau berikanlah ketabahan dan kekuatan kepadaku utk menempuhi segala dugaanMu ini ya allah. Sesungguhnya hanya Engkau la sebaik-baik tempat utk aku mengadu. Amin yarabbal alamin."

Setelah selesai dia mengaminkan doanya, dia membuka kain sembahyangnya dan menggantungkan nya pada hanger. Dia terus menuju ke katil dan merebahkan badannya perlahan di sisi adiknya.

'Aku bersyukur kerana masih ada orang yg berhati mulia utk menjaga aku dan adikku. Memberi tempat tinggal kpd kami,  memberi makan minum yg mencukupi. Aku bersyukur, ya allah. ' pinta Hanna Sofea di dalam hatinya.

Dan dia pun tidur dgn hati yg lapang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience