Rate

Chapter 1

Romance Series 3170

Tamat sahaja kelas tambahannya petang itu Hanna Sofea terus menuju ke keretanya dan ingin terus pulang ke rumah nya kerana sudah penat.Biasalah Spm kan.Kelas tambahan berderet.

Pak Man yang merupakan driver kpd keluarga Dato Hanif sudah pun menunggu Hanna Sofea di luar sekolah.

Walaupun Dato Hanif dan Datin Suhaila kaya tetapi mereka tetap mahu menghantar anak-anaknya bersekolah di sekolah kerajaan sahaja.

Apabila Hanna Sofea sudah menaiki kereta,Pak Man terus menekan pedal minyak utk pulang ke rumah Dato Hanif.

"Macam mana belajar hari ni? Okay?"tanya Pak Man kpd Hanna Sofea.

"Okay je Pak Man. Cuma penat la sikit. Yelaa kelas tambahan berderat. Nak rehat pon tak sempat.hmm"jawab Hana Sofea mendatar

"Biasa la tu , Hana. Peperiksaan besar memang diberi penekanan sikit. Utk kebaikan kamu jugak tu"beritahu PakMan

Hanna Sofea tidak lagi menjawab.Hanna Sofea yang berada di bahagian tengah tempat duduk belakang hanya diam kepenatan dan memejam mata.Mungkin kerana mahukan Aircond.

Jalan yang jammed membuatkan perjalanan mereka menjadi semakin lama.

Setelah lima minit kemudian!!

"Oh ada excident rupanya. Patut la jammed kemain teruk lagi hari ni"kata PakMan sendiri.

Hanna Sofea yg mendengar itu terus membuka mata mencari kereta yg excident tu. Memang Hanna Sofea seperti itu pun. Kalau ada yg excident mesti dia akan bersungguh mahu lihat. Hanya lihat sahaja. Tak berhenti pun.

Hanna Sofea yg melihat ke arah luar mendapati sebuah kereta yg berwarna putih telah kemek tersandar di tepi jalan dan dikerumuni oleh orang ramai.Hanna Sofea yg rasa seperti mengenali kereta tersebut cuba utk membaca nombor plate kereta tersebut.

Orang ramai yg mengerumuni kereta tersebut menyebabkan Hanna Sofea sukar utk membaca nombor plate kereta itu.

Kereta yg dipandu PakMan yg bergerak perlahan membuatkan Hana Sofea sempat membaca no plate kereta tersebut.

Selepas berjaya membaca no plate kereta tersebut. Hanna Sofea terkejut dan memberitahu PakMan dengan nada yg kuat dan mata yg luas  "PakMan tu kereta papa laa PakMan".

"Eh yeke?" tanya Pakman

"Iya Pakman ,tu kereta papa. Berhenti Pakman.! Berhenti!!! "arah Hanna Sofea.

"Haa okay².Tunggu kejap"kata Pakman.

PakMan dengan segera memberi signal ke kiri dan menghentikan kereta ke bahu jalan.Hanna Sofea dengan cepat membuka pintu kereta tanpa sempat kereta yg dinaikinya betul-betul berhenti dan segera berlari ke tempat kereta papa & mama nya.

Baru sahaja Hanna Sofea mahu memintas jalan, Hana Sofea pelik kerana melihat orang ramai yg lari menjauhi kereta tersebut sambil menjerit entah apa entah.Hanna Sofea tidak mendengarnya dgn jelas.Tidak sampai beberapa langkah, kereta tersebut meletup dan terbakar.

Hanna Sofea yg terkejut dgn letupan itu terundur dan jatuh ke belakang. Dengan sekuat hati nya dia menjerit dan memanggil papa & mamanya sambil cuba bangun utk pergi ke kereta tersebut tetapi dihalang oleh Pakman kerana bahaya.

"Papa!!!!! Mama!!!!! "Hanna Sofea menjerit lagi dgn sekuat hati sambil air mata nya yg jatuh dgn lebatnya.

Hanna Sofea menggelupur melepaskan diri utk pergi ke arah mama & papanya. Manakala Pakman pula memegang Hana Sofea dgn kemas.

Setelah lama Hana Sofea menggelupur akhir nya dia berhenti kerana kepenatan. "Mama! Papa! " panggil Hanna Sofea dgn esakan tangisnya.

*****************

Ramai orang yg sudah beransur pulang.Manakala Hanna Sofea masih lagi menangis sambil memegang batu nisan kubur arwah mama dan papanya.

"Hana, dah-dah la tu. Jom la kita balik. Nanti kita melawat la lagi,okay? " kata Amirah Aliya iaitu sepupu kpd Hana Sofea.

"Kalau kau nak balik,kau balik je la. Tak payah nak tunggu aku."balas Hanna Sofea sambil tersendu-sendu.

"Kakak,jom la kita balik. Adik dah penat la kakak. " kata Husna Safiyya iaitu adik kpd Hanna Sofea yg baru berumur 7 tahun sambil dipimpin oleh ibu saudaranya iaitu Datin Maria.

"Tak nak!! Hanna tak nak balik!!! Hanna nak mama dgn papa "teriak Hanna sambil menangis memeluk kemas batu nisan ibu bapa nya.
Semua orang sudah berputus asa utk memujuk Hanna.

Setelah 30 minit berlalu.Hanna Sofea tertidur di pusara ibu bapanya sambil tangannya masih lagi memeluk batu nisan tersebut. Dato Hasan dan Datin Maria mengambil kesempatan itu utk mengangkatnya shj menuju ke kereta dan pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience