BAB 5

Romance Completed 8116

Buat pertama kalinya air mata aku gugur melihat dia dalam keadaan yang lemah. Aku tak sanggup melihat dia menderita. Ya Allah selamatkanlah Aman.

“ awak..” pantas air mataku seka. Tak mahu Umairah Nampak.

“ ya..” balasku sambil tersenyum.

“ saya tahu awak risaukan dia. Tapi kita harus berdoa banyak-banyak. Insya-Allah dia akan selamat dan sembuh.”

Aku terkesima. Sungguh. Selepas mendengar dia berkata begitu. Aku rasa lebih tenang dan dadaku terasa lapang. Macam ada perasaan lain yang muncul dalam hati ni.

“ terima kasih.” Ucapku sambil tersenyum.

“ sama-sama.”

Seketika kemudian doktor pun keluar. Dengan debaran yang semakin hebat, aku bertanya kepada doktor akan keadaan Aman.

“ macam mana dengan Aman?” soalku.

Doktor menggeleng lemah. Apa maksudnya?

“ maksud doktor?” doktor itu memegang bahuku.

“ sabarlah. Sesungguhnya Allah lebih menyanyangi dia. Banyakkan berdoa kepada dia.” Aku terkedu.

“ adakah abang saya sudah tiada?” soal Umairah dengan suara yang bergetar.

“ ya.. maafkan kami. Kami sudah lakukan sedaya upaya. Tapi kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana Allah lebih sayangkan dia. Bawa bersabar ya. Saya minta diri dulu.”

Air mataku gugur tanpa segan silu dihadapan Umairah. Aku amat berasa kehilangannya. Ya Allah…

“ awak… sabar ya..” aku memandangnya sekilas.

“ saya tak kuat. Saya seperti bermimpi. Saya tak sangka dia akan tinggalkan saya dulu. Awak sebagai adik dia pun mesti rasa yang sama seperti saya.” Ujarku lemah.

Dia tunduk dan memegang begnya dengan kuat. Aku dapat rasakan kesedihan dia.

“ saya tahu awak sedih. Menangislah. Kalau itu yang buat awak lega.” Aku tak mampu menangis lagi. Tambahan pula di hadapan Umairah. Aku tak boleh lemah di hadapan dia. Aku tak nak dia sedih.

“ a..awak… maafkan saya. Sebenarnya saya tahu apa yang terjadi kebelakangan ni terhadap dia.” Luahnya dalam nada serak.

“ tak mengapa. Lagipun sekarang bukan saat yang sesuai. Jangan paksa diri untuk luahkan.”

Dia menggeleng dan mendongak melihatku. Matanya merah kerana menangis. Ingin saja aku seka air mata kau tu Umairah. Tapi aku tak boleh. Kita bukan muhrim.

“ saya kena beritahu juga. Sebenarnya saya seorang saja yang tahu apa yang terjadi kepadanya. Ibu dan ayah saya langsung tak tahu. Dia yang suruh rahsiakan. Sebenarnya dia hidapi penyakit barah. Dalam dua bulan sebelum ni, dia sebenarnya pergi ke hospital bagi membuat rawatan fisioterapi. Itupun saya yang suruh. Saya tak mahu dia beputus asa. Maafkan saya kerana…. Sa.. saya tak beritahu lebih awal.”

Dia menangis lagi. Sesungguhnya aku sangat terkejut mendengar kenyataan Umairah. Patutlah kebelakangan ni dia asyik berkata yang bukan-bukan. Ya Allah macam mana aku tak boleh perasan semua itu. Ya Allah … Aman maafkan aku.

“ kita masuk tengok Aman ya..” ujarku kepada Umairah sambil tersenyum kelat. Dia hanya mengangguk.

Kakiku lemah ingin melangkah masuk ke dalam. Tapi aku ingin menatap wajahnya buat kali terakhir.

“ awak… saya tak kuat.” Aku tersenyum pahit.

“ jangan risau. Saya ada untuk temani awak. Percayalah.” Ujarku memberi rangsangan kepadanya. Dia hanya tersenyum hambar.

Dengan perlahan-lahan aku dan Umairah masuk ke dalam bilik rawatan Aman. Segala debaran dapat di rasa kini.

Sekujur tubuh yang kaku sedang terbaring lemah di katil. Umairah ku lihat menekup mulutnya tanda tidak tahan untuk melihat semua ini. Aku tersenyum hambar bagi menyakinkan dia.

“ sa…sa…saya.. rindukan abang.” Luahnya dalam sebak. Aku yang melihat pun sudah berasa sebak. Dia adalah kawan yang sangat baik dan berharga untukku.

“ saya tahu… saya pun amat rindukan dia. Tapi dah takdir dia akan pergi dulu. Saya harap awak dapat bersabar.”

Aku mengetap bibir sekuat hati bagi tidak menitiskan air mata di hadapan Umairah. Aku tak boleh sedih. Kalau tidak Umairah pasti akan rasa yang sama.

Aman.. aku harap kau tenang di sana. Moga roh kau di cucuri rahmat. Amin…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience