BAB 4

Romance Completed 8116

Dua bulan sudah berlalu. Dalam dua bulan itu juga aku akui yang aku semakin tertarik akan Umairah. Aku masih belum berani buat kesimpulan kerana ia masih baru. Jadi aku hanya pendamkan. Mungkin itu hanya perasaan suka sebagai kawan. Mungkin..

Dalam dua bulan ni juga, aku jarang dapat jumpa dengan Aman seperti dulu. Entah mengapa. Aku ingin bertanyakan kepada Umairah. Tapi aku tak berani. Lagipun adakah dia tahu? Aman tu pun bukannya suka sangat beritahu orang lain masalah dia. Termasuk keluarga.

Tapi hari ini aku bertekad untuk menanyakan Umairah soal abangnya. Apa nak jadi jadilah.

Petang itu, aku berjumpa dengan dia di perpustakaan. Sebenanya kebetulan jumpa. Jadi ada peluanglah.

“ erk..maaf kalau ganggu awak. Tapi saya nak Tanya sesuatu.” Ujarku perlahan. Tak mahu ganggu orang lain yang sedang menelaah.

“ tak apa. Tanya je.” Dia tersenyum.

“ abang awak ada masalah ke sebab kebelakangan ni saya jarang jumpa abang awak.” Kelihatan dia sedang berfikir sesuatu dan kembali tersenyum.

“ sebenarnya saya pun tidak tahu. Tapi yang saya tahu dia selalu pergi ke hospital. Katanya melawat kawan. Saya pun tak tahu siapa.” Aku tersentak.

Buat apa dia ke situ. Melawat kawan. Siapa? Sepatutnya dia akan kongsi rahsianya dengan aku. Tapi kali ini tidak.

“ saya tahu awak risaukan abang saya. Tapi awak jangan risaulah. Dia tu kuat orangnya.” Aku tersenyum.

“ itu saya tahu. Tak usah beritahu pun saya dah tahu.” Ujarku bergurau. Umairah hanya tersenyum.

Sesungguhnya gadis ini telah buat hatiku berdebar-debar apabila dia tersenyum. Gadis yang bertudung labuh ini juga telah buat aku lebih mengenali Tuhan. Adakah aku layak untuk dia?

“ awak…” dia melambai-lambai tangannya di hadapanku.

“ erk..saya..”

“ kenapa? Awak berangan erk… teringatkan siapa tu. Saya? Hehe…” aku tersengih dan memandangnya.

“ awak percaya tak kalau saya kata yang telahan awak tadi betul? Saya memang sedang fikirkan awak.” Senyumannya mati dan tunduk memandang buku.

“ maaf jika kata-kata saya keterlaluan. Tapi saya beritahu awak perkara yang benar.” Luahku. Aku rasa sekaranglah masa yang sesuai untuk aku luahkan perasaan. Apa yang kau suruh tu Aman memang terjadi. Aku bukan cintai adik kau sebab suruhan kau. Tapi ia memang lahir dari hati ini untuk mencintainya. Dia persis sama dengan kau.

“ maaf.. saya kena pergi dulu.” Aku terus minta diri selepas dia berdiam diri terlalu lama. Mungkin dia terkejut akan pernyataan aku. Biarkan dia berfikir dulu.

Tutt! Tutt! Tutt!

Telefonku yang berada dalam beg pantas aku ambil dan jawab.

“ helo…”

“ helo… Daus. To…tolong aku.” Aku tersentak mendengar suara Aman yang lemah itu.

“ eh Aman, kau kenapa ni? Cuba beritahu aku.” Aku bergerak laju ke stesen bus.

“ a..a..aku.. Daus… to..tolong… da..datang ke ru..rumah a..aku se..sekarang.”

Belum sempat aku balas, talian terputus. Ya Allah kenapa dengan Aman. Ya Allah lindungilah dia. Aku perlu berpatah balik bagi menemui Umairah. Lagipun dia kan adik Aman.

Pantas aku melangkah semula ke perpustakaan. Mujur juga Umairah masih berada di situ.

“ awak… tolong ikut saya.” Arahku lembut.

“ ke mana?” soalnya terkejut.

“kita keluar dulu. Nanti saya beritahu awak.” Aku pantas mengemaskan buku dia dan keluar dari perpustakaan. Keselamatan Aman lebih penting.

“ awak…” aku menoleh dan tersenyum.

“ kita kena pergi ke rumah awak sekarang juga. Abang awak. Ada sesuatu berlaku kepada dia.” Maklumku. Dia seperti terkejut.

“ kenapa dengan dia?” aku menggeleng tanda tidak tahu.

“ yang penting sekarang kita kena pergi ke rumah awak. Cepat.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience