KISAH 1

Short Story Series 1616

Adin Rafael melaungkan azan dengan penuh penghayatan.Suara yang dikurniakan ALLAH kepadanya sungguh indah sekali.Furqan di belakang merasa cukup menyampah dengan suara tersebut.Dia jijik dengan kaki maksiat itu,dia benci kepada Adin.Kerana Adin lah, ramai kawan kawannya yang menjadi tidak berguna.
"Alhamdulillah,berubah jugak Adin nikan, kalau dulu memang ana benci gila arh,tapi sekarang dah lain.Kuasa ALLAH kan,"
"Huh,entah entah berlakon.Bukan boleh percaya sangat dengan orang macam tu," Furqan menolak penyataan yang dibuat oleh temannya,Hadi.
" Hish tak baiklah kau fikir macam tu,aku rasa Adin memang betul betul berubah.Berbeza sangat dengan sikap dia yang dulu," Hadi berkata lagi.
Furqan mengangkat bahu.Malas nak fikirkan tentang lelaki itu.Setelah beberapa minit,warga PRFA menunaikan solat Isyak diimamkan Hadif.PRFA singkatan bagi Pondok Raudhatul Firdaus al Amin yang dihuni oleh 200 remaja Islam.Selesai mengaminkan doa, amalan yang sering diamalkan ialah bersalam salaman.Adin Rafael menghulurkan tangannya kepada Zarif Namun sama dengan hari hari sebelumnya,huluran tangan Adin tidak bersambut.Adin tunduk.Sudah dua bulan. Bila lagi dirinya diterima?Tiba tiba ada tangan yang menyentuh bahunya.
"Adin kenapa tak gerak lagi?Semua orang dah pergi dewan makan.Lepas ni kita ada program tau,nanti Adin tak sempat nak minum pulak," tegur ustaz Hasyir.
Adin diam tak berkutik.Malu.Masih ada yang prihatin terhadap dirinya.
"Laaa,kenapa diam ni?Dah,jom gerak sama,"ust Hasyir yang berusia dalam lingkungan awal 30 an itu mencapai tangan Adin.
Adin menurut tanpa bersuara. Sebenarnya dia pelik dengan kehadiran ustaz itu.Orang lain semua memulaukannya.Tapi takpelah, asalkan bahagia.Ye dak??Adin tersenyum sedikit.Dia bejalan sambil menunduk. Sampai sahaja di dewan makan, semua mata menyorot ke arah mereka berdua. Mereka semua pelik dengan senario yang berlaku.Ustaz Hasyir datang bersama Adin Rafael yang dipulaukan??Lebih mengejutkan,dengan selambanya ustaz Hasyir melatakkan tangannya di atas bahu Adin.Sekali imbas seperti dua sahabat satu jasad.Akrab sekali.
Furqan berasap melihat adegan tersebut.Dia bangun menuju ke arah pintu sambil membawa gelasnya yang masih penuh dengan milo panas.Ustaz Hasyir dan Adin memandang ke arah Furqan yang berjalan kearah mereka.Furqan tanpa perasaan terus menyimbah milo panasnya ke arah Adin.Basah kuyup bajunya.Seisi dewan terkejut melihat tindakan melampau Furqan.
"Abang Furqan...kenapa??"Adin bertanya sambil memegang tangan Furqan
Furqan terus merentap tangannya.
"Jangan sentuh aku!"
Furqan berlalu keluar .
"Furqan kenapa kurang ajar sangat?!" mudir,iaitu Syeikh Abdul Qahar muncul bersama soalan.
Furqan tanpa rasa hormatnya terus pergi.Mudir dan ustaz Hasyir menggelengkan kepala melihat Furqan yang jelas kelihatan tidak beradab.Adin meleraikan pegangan ustaz Hasyir kemudian pergi meninggalkan dewan makan.Secebis simpati lahir daripada mereka semua.
Adin sudah berubah,apa lagi yang tidak puas hati??Hanya Furqan yang tahu .
"Ana rasa kesian tengok abang Adin.Dahlah tadi dia nak salam dengan aku tapi aku buat derk je.Rasa bersalah pulak,"Zarif bersuara kepada kawannya.Zarif muda dua tahun dari Adin.
"Enta pergi ah mintak maaf dengan abang Adin.Kan dia dah berubah," kawannya membalas.
"Malu arh,"
"Kalau abang Adin boleh mintak maaf seorang demi seorang dengan kita semua,siap merayu lagi,takkan lah kau tak boleh mintak maaf dengan abang Adin seorang?"
Zarif tunduk mendengar kata kata kawannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience