KISAH 2

Short Story Series 1616

"Kau....apahal kau duduk sebelah aku?!Blah kau!Jijik aku dengan kau!"jerit Furqan apabila melihat Adin berdiri di sebelahnya untuk solat asar berjemaah.
Adin tersentak.Terhiris juga hatinya mendengar kata kata abang seniornya.
"Astaghfirullah,Furqan!Jaga kata kata tu.Apa hak kita nak hina orang?Kenapa Furqan boleh jadi macam ni?Mana Furqan yang yang dulu?Furqan yang pandai jaga hati orang,yang sentiasa senyum,tak pernah marah,selesaikan masalah dengan berhemah,tak pernah lari dari masalah,yang baik,yang menyebabkan semua orang tersenyum bahagia melihat enta.Mana?Apa sebabnya?Kerana Adin?Enta sendiri tahu,semua manusia tak ada yang sempurna,yang maksum hanyalah Rasulullah.Setiap anak adam itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.Dan sekarang semua orang dah tahu Adin dah insaf,dah bertaubat.Kita sepatutnya bersyukur,Furqan!"panjang lebar ustaz Hasyir berbicara.
Furqan tersenyum pahit.Sakit hatinya yang sentiasa datang tanpa diundang dibiarkan tersimpan.
"Dah,solat!"ustaz Hasyir memutuskan bicara.
Semua warga PRFA menurut perintah.Adin dan Furqan tetap meneruskan solat seperti biasa.Berusaha untuk khusyuk walau diganggu.
Selesai solat asar adalah aktiviti riadah dan kendiri.Pelajar bebas melakukan apa sahaja ketika itu.Furqan turut serta dalam permainan bola sepak bersama junior.Namun, entah apa masalahnya, Furqan telah bergaduh dengan pemain pemain yang lain.Dengan tujuan ingin menyejukkan hatinya,Furqan pergi ke sungai yang terletak di belakang pondok. Sungai yang masih terpelihara keindahannya itu memang sesuai dijadikan tempat berehat dan menenangkan fikiran.Setibanya dia di sungai,dia mengeluh.Kenapa mesti budak tu ada kat sini??Haish.
"Errr,assalamualaikum abang Furqan," Adin Rafael menyapa tanpa memandang.
Furqan diam tidak membalas.
"Jawab salam wajib," Adin bersuara lagi.
"Huh,tahulah,waalaikumussalam,"Furqan menjawab kasar.
"Haa kan manis macam tu,"Adin menjawab selamba.
Ibaratkan Furqan itu sahabatnya.Tiada persengketaan yang berlaku.
"Entah apa manisnya tu,eii,"Furqan mencebik geram.
Adin bangun mendekati Furqan yang berdiri tidak jauh darinya.Furqan memandang pelik.Dia menjelirkan lidahnya kepada Adin.
"Enta jangan main main abang Furqan, sifat lama ana masih ada ni,kang tak pasal pasal.. "
"Adin gilo..Kau jangan dekat dekat dengan aku!Kalau tak aku terajang kau masuk dalam sungai tu!Pergi!Nyah kau!" Furqan jadi tak keruan mendengar kata kata Adin sebentar tadi.
Adin tergelak melihat reaksi seniornya. Tahu takut,baru acah sikit.Wahaha.Dasar penakut,semalam bukan main garang.
"Takde ah,tak best bergurau dengan enta.Tak sporting,cakap sikit dah menggelabah,apa kes,"
"Eleh,aku normal okey,"
"Ana pun normal bang.Adin dulu dan Adin sekarang dah tak sama.Sampai bila abang tak nak terima ana?Ana jahil!Ana perlukan bimbingan,"Adin kembali duduk di atas batu besar yang didudukinya sebentar tadi.
Furqan memandang Adin yang asyik merenung sungai yang mengalir deras.Lama.Hatinya berdetik simpati.
"Ouh.Kau perlukan aku ke?"Furqan pura pura bertanya sambil mendekati Adin.
Adin diam.Menghayati keindahan alam ciptaan tuhan.Tidak menyedari Furqan berada di belakangnya.
"Eh,diam pulak.Hoi!"sergah Furqan tepat di telinga Adin.
Adin yang terkejut terus melompat terjun ke dalam sungai.
"Wahaha.."Furqan ketawa kuat melihat reaksi Adin.
Adin di dalam air memandang Furqan geram.
"Alolo,cian erm,bak sini abang Furqan tolong,"Furqan dengan sengihannya menuju kearah Adin sambil menghulur tangan.
"Huh,tak nak ah.Pura pura baik konon"Adin berpura pura marah.
"Alah,marah ke?Huish,sini lah dik eh,abang nak tolong ni,"
Asin menghulurkan tangannya,Furqan mencapai.Kurang sesaat,Furqan sudah berada di sebelah Adin.Bukan didarat tapi di dalam air.Air sungai yang segar dan menyejukkan
"Woi,balas dendam ke,hah!"Furqan merenung tajam ke arah Adin.
Adin terus naik ke darat lalu berlari meninggalkan Furqan.Tanpa berlengah,Furqan mengejar Adin.Mereka berdua berkejaran di padang.
Mata para hafiz di situ memandang dengan senyuman.Alhamdulillah.Furqan telah berbaik dengan Adin.Tiada lagi persengketaan yang berlaku di pondok mereka.Kerana Furqan orang yang terakhir susah untuk menerima Adin Rafael.
Suasana petang itu menunjukkan betapa manisnya ukhwah.JOM HIJRAH.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience